Pages

Monday 30 May 2011

SEPULUH SAHABAT UTAMA RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM..

SEPULUH SAHABAT UTAMA RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM..

scrawled by JEHAD_FISABILILLAH on t' date o' Tew's Day, Januarrrry 18, 2011 roundabouts 3:15 in the evenin'
       Diriwayatkan dari Sa'id bin Zaid r.a bahawa beliau pernah mendengar seseorang ,memaki  Ali bin Abi Talib di hadapan seorang raja/amir.Beliau berkata ;Aduhai kiranya ,aku melihat orang-orang berani memaki para sahabat Nabi SAW di hadapan kalian,namun tidak ada di antara kalian yang mengingkari perlakuan itu dan mengubahnya.

         Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda;sekalipun sesungguhnya aku tak perlu mengucapkan sesuatu yang beliau tak pernah mengucapkannya,sehingga kelak beliau akan meminta pertanggunganjawabku di akhirat bilamana aku bertemu dengan beliau,baginda bersabda;"Abubakar pasti masuk syurga,Umar pasti masuk syurga,Usman pasti masuk syurga,Ali pasti masuk syurga,Thalhah pasti masuk syurga ,Zubair pasti masuk syurga Sa'ad bin Malik(Abi Waqqash)pasti masuk syurga,Abdurrahman bin 'Auf pasti masuk syurga.Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah pasti masuk syurga.Dan beliau berdiam diri  tentang orang yang kesepuluh.Para hadirin bertanya:"Siapa orang yang kesepuluh?"Beliau menerangkan ;"Sa'id bin Zaid". Yang di dimaksudnya ialah diri beliau sendiri.

           Kemudian beliau meneruskan perkataannya:"Demi ALLAH sesungguhnya kedudukan seorang sahabat menyaksikan perjumpaan  bersama dengan Nabi SAW yang penuh debu pada mukanya (ketika dalam perjuangan li i'la-i Kalimatillah),adalah lebih baik daripada amal perbuatan seorang dari kalian,meskipun diberi umur panjang sepanjang umur Nabi Nuh a.s.[HR. Abu Daud dan Tirmidzi]

"KEMBALIKANLAH KEGEMILANGAN ISLAM,CONTOHILAH PERJUANGAN PARA SAHABAT RASULULLAH SHALLALLAHU'ALAIHI WA SALLAM."

            

No comments:

Post a Comment