Pages

Wednesday 26 January 2011

Daruriyat, hajiyat & tahsiniyat...(huraian islamic studies..


by Green Leaf on Monday, 22 November 2010 at 11:38
 
 
Maqasid Umum Syarak.


Pertama: Memelihara Maslahah Dharuriyat (KeperluanAsasi).
Maslahah daruriyat ialah maslahah yang menjadi keperluan asas kepada kehidupan manusia di dunia dan akhirat, jika sekiranya tidak dipelihara maslahah ini kehidupan manusia akan pincang dan hilang nikmat abadi. Maslahah asasi itu ialah, agama, jiwa, akal, keturunan (kehormatan) dan harta benda. Segala urusan agama dan keduniaan dibina di atas maslahah-maslahah ini dan hanya dengan memelihara kesejahteraannya sahaja kehidupan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik

Allah telah menyatakan kepentingan maslahah daruriah ini di dalam firmannya yang bermaksud:
“Wahai nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberikan pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatupun, dan mereka tidak mencuri, mereka tidak berzina, mereka tidak membunuh anak-anak mereka dan mereka tidak akan melakukan sesuatu dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah pengampunan dosa mereka: Sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani” (Al-Mumtahinah: 12)

Untuk memelihara agama, Allah mewajibkan manusia menuntut ilmu yang berkaitan dengan aqidah, ibadah dan akhlak dan melaksanakannya dalam kehidupan. Islam juga mewajibkan berjihad untuk memelihara agama dan menghukum mereka yang murtad.
Amal ibadah yang dilakukan oleh seseorang hamba akan mententeramkan jiwanya, begitu juga Islam mensyariatkan perkahwinan agar perkongsian hidup manusia lebih mencapai ketenangan sebaliknya mereka yang melakukan jenayah yang boleh membawa kepada kemusnahan jiwa manusia akan dikenakan hukuman qisas atau kifarat.
Allah menurunkan al-quran dan mengutuskan sekelian rasul untuk mengajarkan manusia dengan segala ilmu bagi memelihara akal, Islam mengajak manusia berfikir tentang kejadian diri manusia dan alam semesta, Islam menggalakkan umatnya melancung bagi melihat bukti-bukti kebesaran Allah. Islam mengharamkan semua perkara yang merosakkan akal manusia dan menghukum mereka yang mengambil sesuatu yang boleh memabukkan mereka.
Untuk mewujudkan keturunan, dan memelihara maruah Islam mensyariatkan perkahwinan, mengharamkan zina dan qazaf.
Untuk menghasilkan harta Islam mewajibkan berusaha mencari rezki, mensyariatkan muamalat diantara manusia seperti jual beli, sewa menyewa, syarikat, hutang piutang, gadaian, pelaburan dan sebagainya.
Untuk memelihara harta Islam mengharamkan judi, riba, memakan harta orang tanpa hak, mencuri dan sebagainya.

Kedua: Melaksanakan Keperluan Maslahah Hajiat (Perlu)
Maslahah hajiyat ialah perkara yang diperlukan kerana memberi keselesaan kepada kehidupan dan mengelakkan daripada kesempitan yang pada kebiasaannya membawa kepada kesusahan dan keserbasalahan dalam hidup, ketiadaannya tidaklah membawa kepaincangan kepada kehidupan manusia sebagaimana sekiranya ketiadaan perkara-perkara dharuriyat.
 Sekiranya tujuan ini tidak diambil-kira akan menjadikan kehidupan berada di dalam kesukaran dan kepayahan, walaupun begitu ia tidak mencapai kepada kerosakan kepada maslahat umum. Maslahat hajiyat ini wujud dalam urusan ibadah seperti hukum-hukum rukhsah, dalam adat kebiasaan seperti keharusan menikmati perkara-perkara baik yang halal seperti, makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Manakala dalam urusan muamalat seperti hukum jual al-salam dan dalam bab jenayah ialah seperti hukum diat kepada aqilah.[8]
Di dalam ibadah disyariatkan beberapa kemudahan (rukhsah) seperti sembahyang qasar dan jama’ bagi orang musafr, diharuskan berbuka puasa Ramadan bagi orang-orang sakit dan uzur kerana tua. Menunaiakn solat dalam keadaan duduk dan berbaring kerana uzur, gugur kewajibab solat keatas wanita haid dan nifas dan tidak diwajibkan qada’ dan sebagainya.
Di dalam adat diharuskan berburu, berriadah, bergusti, berlumba kuda dan sebagainya.
Di dalam muamalat diharuskan berbagai-bagai kontrak atau akad yang bermatlamat memenuhi hajat keperluan manusia seperti jual beli, syarikat dan sebagainya. Dalam perkahwinan dibenarkan fasakh sekiranya pasangannya tidak sesuai, ada keaiban dan menamatkan perkahwinan dengan talak dan sebagainya.
Di dalam perkara jenayah Islam memebenarkan hukum qisas atau membantu keluarga yang membunuh dengan tidak sengaja dengan membayar diat.

Ketiga: Melaksanakan Keperluan Maslahah Tahsinat atau Kamalat[9]
Maslahah tahsinat atau kamalat ini ialah sesuatu maslahah yang termasuk di dalam perkara yang membawa penyempurnaan hidup seperti adat-adat dan akhlak yang baik, menjauhi kekotoran dan sikap yang buruk dan melakukan amalan-amalan sunat dalam ibadah. Sekiranya tidak diberikan perhatian kepada maslahah tahsinat ini secara berterusan, akan juga berlaku kepincangan dalam kehidupan hidup manusia sebagaimana berlaku akibat pengabaian terhadap perkara-perkara daruriyat..[10]
Maslahah ini terkandung di dalam perkara-perkara sunat seperti mandi jumaat, memakai wangian untuk kemasjid, di dalam muamalat ialah larangan meminang di atas pinangan orang lain dan di dalam adat seperti adab-adab makan, adab berjiran, bertamu dan sebagainya.
Begitu juga Islam melarang umatnya membunuh paderi, meruntuh tempat ibadat memusnahkan tumbuhan di dalam peperangan.

http://siasahharokiah.wordpress.com/tujuan-siyasah-syariyyah/

Daruriyat adalah kemaslahatan dunia dan agama diasaskan di atas menjaga lima perkara asas, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. manakala hajiyat adalah berbentuk keperluan dan tahsiniyat adalah kehendak. Sebagai contoh, penggunaan handphone pada masa sekarang boleh dikatakan sebagai hajiyat (keperluan) kerana ianya adalah alat komunikasi yang penting pada hari ini. tetapi berkeinginan untuk memiliki handphone yang mahal dan canggih adalah tahsiniyat (kehendak) kerana ianya sudah melampaui keperluan. sekiranya kita dapat membezakan dua perkara ini, maka kita telah berjaya mengawal nafsu kita daripada melakukan perkara yang sia-sia.

http://ibnu-ali.blogspot.com/2010/03/akal-dan-nafsu-3.html

2 comments: