Pages

Monday 30 May 2011

TUTUP dan BUKA - ON and OFF

TUTUP dan BUKA - ON and OFF

scrawled by Wak Dol on t' date o' Tew's Day, Januarrrry 18, 2011 roundabouts 12:25 in the mornin'
"Zaman sekarang, diantara perempuan bertudung dan tidak bertudung, yang mana lagi ramai?"
- status FB aku untuk mlm ni.

Apa yang aku lihatla kan sekarang ni, sebenarnya perempuan bertudung lebih ramai dari yang free hair. Pergi mana2 mesti bilangan perempuan bertudung lebih ramai. Kecuali kalau korang masuk dalam disco, itu mmg nak kena petirla kan.. (Ini apa yang aku lihatla.. ) kat IPTS pon, IPTA jangan cakapla, majoriti perempuan bertudung yang ramai, pergi mana2 kusus pon, perempuan bertudung yang ramai jugak, pergi mall, suping2, perempuan bertudung jugak yang ramai walaupun masih terselit perempuan melayu yang separuh bogel, tetap perempuan bertudung yang ramai. Kat tempat kerja pon perempuan bertudung yang ramai, silap2 kau sorang (ditujukan kpd yang free hair) yang gondol kepala (bak kate mak aku la kan.. ) hiks. Tapi ada sesetengah orang kata 50-50. hentah..Bergantung kepada persekitaran masing2.. Macam aku, terang2 aku skrg menumpang di negeri bawah BULAN PENUH. hiks

Tapi ada jugak golongan yang 'ON-OFF'. Kejap pakai, then kejap tak pakai. IKUT MOOD. kalau haritu mmg hari bad hair korang, maka akan tertutupla kepala korang, tapi kalau hari tu hari rambut terindah korang, maka akan gondol-la rambut korang. Itu nak di panggil apa? Salah ke aku kalau aku nak melabelkan dorang ni sebagai manusia hipokrit?

Dan boleh ke orang yang bertudung kalau setiap hari nak memerli aku? salah ke dorang? Secara jujurnya, aku mmg terkilan bila ada orang yang sesuka hati nak persoalkan kenapa aku tak bertudung dengan keadaan yang agak sinis, takde adap atau takde pendekatan yang baik untuk menegur aku. Pernah sekali aku kena tegur dgn seorang lelaki :

"hey kau tau tak, kat sini, kau sorang yang tak pakai tudung, kau ni menambahkan dosa aku jela, kau ni mmg takde agama la"

Siries masa tu muka aku merah gila, rasa tergamam sangat2. Tak tau nak cakap ape. Pada aku, dia boleh nak menegur aku. Tapi bukan macam tu caranya.. Jangan cakap pasal agama, kalau diri sendiri takde adap dan sopan. Bukan ke agama menyuruh kita untuk menegur dengan cara yang betul,menggunakan pendekatan yang betul, bukan main sergah sesuka hati. haihla lelaki..

Okeh, berbalik pada topik asal aku, TUTUP dan BUKA. aku sebenarnya nak cakap pasal golongan yang ON-OFF je sebenarnya, takkan aku nak hentam golongan2 aku pulak kan.. oh, bukan juga untuk menghentam sape2, tapi sekadar pandangan aku saje..(cover baek punya)

Macammana pulak dengan perempuan yang pakai tudung, tapi still mcm tak pakai? Pakai tudung, tapi bila tunduk nampak segala lurah? pakai tudung, tapi baju still jarang gile sampai nampak yang dalam? Pakai tudung tapi still pakai kebaya yang kainnya terbelah sampai nampak segala cop duit syiling? Pakai tudung ala-ala Siti Nurhaliza?

Macammana pulak dengan perempuan yang harini kau nampak dia bertudung, tapi esoknya tak pakai tudung, ikut sesuka hati dia jela bilanya dia nak pakai tudung..Ikut mood dia je.. mcm Anne anak ngasri? ada jugak kes, dalam facebook ada album sume alim2 belaka, satu lagi pulak mak datok gambar tutp atas dan bawah siap pegang gelas air warna kuning lagi beb!

Kadang2 dorang akan cakap

"aku nak berubah, tapi biarlah pelan2" tiru ayat Dato' Siti

"ini urusan saya dengan tuhan" ayat anne kata melodi semalam

"kira ok wat aku pakai tudung mcm ni, dari aku tak pakai tudung langsung"

hmm..golongan aku jugak dipersalahkan.. INI TIDAK ADIL. (maka terhasilla entry ini).

Jadi, sebenarnya ini adalah hak masing2, sama ada nak bertudung atau tidak, terpulang,masing2 dah besar untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk, sendiri tau ape akibatnya disetiap pilihan yang dibuat, Maka bagi mereka2 yang rasa mereka tu alim sangat bertudung, tak payahla nak sergah orang sesuka hati nenek belah bapak kau je, Kalau kau bertudung, tunjukkanlah ciri2 perempuan muslimah sejati, jangan pakai tudung, tapi perangai kalah kafir sejati.

Ini sebenarnya isu sensitif, tapi aku geram bila ada yang sound ikut suka hati je. Jangan ingat bila kau bertudung, kau dah cukup hebat, dah cukup syarat boleh masuk syurga. Jangan pandang perempuan tak bertudung dengan pandangan menjijikkan, kalau kau rasa kau tak boleh nak hidup dalam komuniti yang bermacam ragam, masuk hutanla weyh! sungguh BULAN betul anda. Siries aku mmg tak hormat langsung perempuan yang bertudung, berpurdah, bersarung tangan, berstoking, tapi bila bercampur dengan perempuan free hair dorang akan buat sejenis muka yang aku rasa mcm haram jadah. Dan aku akan hormat sangat2 kat korang yang bertudung dan still boleh becakap dengan aku seikhlas yang boleh..

Dan kepada golongan yang bertudung, tapi seolah-olah sedang berbogel, bawak2la berhenti. Jangan memalukan mereka2 yang ikhlas nak bertudung.. Aku faham, sebab kawan2 aku majoriti bertudung.. Tapi tak boleh nak salahkan dorang jugak, sebab kadang2 naluri dorang nak bukak tudung, tapi parents paksa soh pakai, ada BF yang paksa, nak buat camne dah BF tu terang2 BULAN PENUH. Ikutkan ajela. Ada sesetengah sebab rambut dia tak lawa, tapi badan dia lawa, tu yang tutup atas, bukak bawah. hiks!

Maka dengan ini, sebenarnya, orang yang bertudung secara tetap dan orang yang tak bertudung secara tetap, adalah tidak bersalah.

TETAPI, orang bertudung tetapi seolah-olah tidak bertudung, 100% adalah bersalah.

MUKTAMAD.

sukahati akulah aku nak salahkan siapa pon. nak marah aku? marahla.. sila la kutuk aku, sila lah komen, aku pedulik ape. agak2 aku tak suke, aku delete je komen korang. hahaha~ agak2 komen korang tak kuar, nak gaduh jugak ngan aku, silalah email aku.. hukhuk..

jangan salahkan aku bila korang baca entry ni.

WEH. INI BELOG AKU.
Posted by ♥ kinkin ♥ at 11:42 PM
http://www.google.com/gwt/x?q=BERTUDUNG+TETAPI+KAINNYA+terbelah&ei=iXg0TbDYB4-crgOPwfvxAw&ved=0CBgQFjAI&hl=en&source=m&rd=1&u=http%3A%2F%2Fmisskinxs.blogspot.com%2F2010%2F02%2Ftutup-dan-buka.html

No comments:

Post a Comment