Pages

Thursday 16 June 2011

Kepada adik-adik remaja - Kalau Berpacaran

Kepada adik-adik remaja - Kalau Berpacaran

scrawled by LayarMinda on t' date o' Windsday, Januarrrry 26, 2011 roundabouts 9:07 in the evenin'
 
 
by Ustaz Zahazan Mohamed 

Saya tidak pernah mendengar lagu ini tetapi terbaca dalam Solusi 28 oleh Dr Harlina Hj. Siraj dalam ruangan Fitrah ms15 (tajuk bulan ini: Pergaulan Antara Jantina: Malu Sebagai Benteng) mengenai lirik lagu ini yang bolehlah dikatakan mendidik.

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua (sekiranya tidak dapat dielakkan)
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang (bukan untuk tujuan maksiat, kalau tujuan maksiat, memandang sahaja sudah merupakan dosa!)
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah (bahagian ini bolehlah dikatakan sebagai monolog syaitan yang cuba menggoda manusia)
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa

Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah



No comments:

Post a Comment