Doa Rabitah
by Hani Solehah on Sunday, 23 January 2011 at 20:42
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu.. bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan Nya (yang sebenar).
Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu.. (Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini..
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.. Aminn…
~ Buat semua teman sepejuangan.. jangan pernah merasa putus asa.. sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang sabar..
No comments:
Post a Comment