Pages

Saturday 27 August 2011

Personaliti Unggul Nabi Teladan Untuk Guru


by Hizb Addeen on Thursday, 03 February 2011 at 01:17
Empat sifat Rasulullah iaitu Siddiq (benar), Tabligh (menyampaikan), Amanah dan Fatonah (bijaksana) sangat sesuai diterapkan oleh setiap diri warga pendidik.

KONSEP KEPIMPINAN


Kepimpinan wujud dalam semua profesion termasuklah profesion perguruan. Tetapi dalam konsep profesion perguruan, kepimpinan adalah salah satu daripada unsur-unsur yang terpenting. Dengan yang demikian, unsur kepimpinan dalam profesion perguruan perlu dipupuk dan dipertingkatkan kualitinya supaya proses pendidikan memperolehi keberkesanan untuk mencapai matlamat-matlamatnya secara cemerlang. Konsep kepimpinan yang sesuai dan tepat kepada profesion perguruan ialah kepimpinan yang:
(i) Positif
(ii) Dinamik
(iii) Progresif
(iv) Berfungsi
(v) Produktif
Kelima-lima unsur kepimpinan merupakan punca usaha mencapai kejayaan matlamat-matlamat pendidikan.
Para guru hendaklah memnpunyai unsur-unsur kepimpinan positif iaitu berfikiran luas, waras, mendalam dan berpandangan jauh. Kepimpinan guru yang positif memberi galakan dan dorongan yang kuat kepada pelajar-pelajarnya bagi merancang dan melaksanakan sesuatu projek.
Konsep ini memberi pengertian bahawa tidak ada aktiviti yang sihat yang tidak boleh dilaksanakan. Konsep ini membantu para pelajar ke arah pencapaian matlamat murni.
Unsur kepimpinan dinamik pula membawa pengertian bahawa para guru adalah anggota yang sentiasa bergerak maju, berinisiatif, berkreatif, berinovatif dan bersemangat tinggi.
Unsur ketiga, progresif ialah yakin kepada amalan bahawa kemajuan perlu dicapai melalui usaha dan keazaman. Guru perlu memikirkan kemajuan yang mesti dicapai.
Unsur kepimpinan yang keempat ialah berfungsi iaitu setiap orang guru mempunyai tugas-tugas tertentu yang mesti dilaksanakan.
Unsur kepimpinan kelima ialah produktif. Setiap guru hendaklah berproduktif dan sumbangan baktinya kepada masyarakat perlu berterusan dan berkesan.
Sekiranya kelima-lima unsur kepimpinan ini dapat diamalkan, profesion perguruan akan Menjadi satu profesion yang dihormati, dan sumbangannya terhadap pembangunan negara akan lebih berkesan.
KEPIMPINAN DALAM PROFESION PERGURUAN
Profesion perguruan memerlukan kualiti kepimpinan yang tinggi kerana para pendidik bertanggungjawab mengasuh generasi muda. Di antara kualiti-kualiti kepimpinan yang diperlukan termasuk:

(i) Keimanan
(ii) Keberkesanan
(iii) Kematangan
(iv) Keikhlasan
(v) Kemahiran
(vi) Kejujuran
(vii) Kecekapan
(viii) Penglibatan
(ix) Keazaman
(x) Keyakinan diri
Dalam usaha menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan, para guru hendaklah menunjukkan kualiti-kualiti di atas supaya terjamin perkembangan personaliti pelajar daripada aspek fizikal, mental, social, estetika dan moral. Kepimpinan guru adalah luas dan memberi makna yang positif kepada kanak-kanak. Kejayaan profesion perguruan juga disebabkan oleh kualiti-kualiti kepimpinan yang ada. Semakin teguh kualiti kepimpinan guru, semakin kuatlah kualiti pendidikan pelajar.
Kepimpinan profesion perguruan bagi masa depan memerlukan perancangan yang lebih rapi dan relevan kerana:

(i) Bilangan pelajar semakin ramai
(ii) Ragam pelajar bertambah kompleks
(iii) Pengaruh masalah masyarakat terhadap pendidikan bertambah berat.
(iv) Keruntuhan disiplin yang terus meningkat
(v) Kemerosotan akhlak bertambah nyata.
Perancangan pelaksanaan proses pendidikan ialah untuk menentukan bahawa tidak ada pelajar yang menjadi mangsa, tidak ada bakat yang tidak terpupuk dan tidak ada pelajar yang tidak terdidik.
Kepimpinan guru yang berkesan penting untuk mendidik seramai 3.12 juta kanak-kanak di bangku sekolah supaya mereka menjadi rakyat yang beriman dan bertaqwa, berguna, bertanggungjawab, berbudi dan berakhlak tinggi, berdisiplin, berdikari, berilmu dan akhir sekali berbakti.

KEPIMPINAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ SEBAGAI TELADAN

“Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemerintah kamu. Padahal aku bukan orang terbaik di kalangan kamu. Maka sekiranya aku berbuat baik, tolonglah aku dan apabila aku berbuat jahat, luruskanlah aku” -Abu Bakar As-Siddiq (Amidah Hamim dan Gunawan Mahmood, 2001:18)
Pada awal abad ke-21, fokus pendidikan lebih terarah pada usaha memperkasa sistem pendidikan khasnya dalam pengurusan sekolah. Usaha ini melibatkan semua peringkat kepimpinan sama ada kepimpinan guru di kelas sehingga ke menara gading. Perkasa melambangkan perwira, semangat juang yang tinggi, tidak mudah putus asa dan ketahanan yang teruji. Sebenarnya, gambaran ini sesuai bagi gaya kepimpinan transformasi.
Paparan iklan di bawah mungkin dapat memberi gambaran berkaitan dengan pentingnya inspirasi itu.

“Di perlukan, seseorang Pengetua berinspirasi yang akan…….
1. Dihormati oleh murid, staf, ibu bapa, jabatan dan masyarakat setempat kerana pengurusan dan kepimpinan cemerlang.
2. Mempunyai tahap kraetiviti dan kemahiran interpersonal yang tinggi.
3. Menerajui sekolah mencapai pembangunan pendidikan yang terbaik.
4. Mengerakkan sekolah sebagai pusat sosial dan sumber pembelajaran sepanjang hayat dalam komuniti.
5. Membina budaya sekolah berasaskan tradisi sekolah terbaik yang sedia wujud, mengekalkan dan membangunkan etos yang meraikan kepelbagaian dan peranannya memperkayakan perkembangan murid.”
Pusat Pengetua Australia
(Australia Principal Centre) Julai 2000
(Ayob Jantan, 2004:32)
Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini dari seorang pengetua:
“Wahai guru-guru. Aku telah dilantik menjadi pengetua kamu. Aku mempunyai banyak kelemahan tetapi tentulah aku tidak dilantik jika aku tidak lebih baik daripada kamu. Maka ikutlah arahanku untuk menjayakan tugasku jika tidak tunggulah tindakan tegasku”.

PENUTUP

Ahli-ahli pendidik telah banyak mencipta konsep pendidikan. Tetapi konsep yang difikirkan sesuai dengan tajuk ini, membawa erti bahawa pendidikan ialah satu proses yang berterusan, untuk mengembangkan secara menyeluruh personaliti seseorang individu serta memupuk bakat-bakatnya.
Konsep yang dibentangkan ini memberi gambaran bahawa pendidikan mempunyai fungsi tertentu. Pendidikan merupakan suatu alat yang melaksanakan dua fungsi dan kedua-dua fungsi ini saling kait-mengait.
Fungsi pertama, adalah untuk mengekalkan, memupuk dan menggariskan unsur-unsur tradisi kebudayaan dan nilai social kepada generasi muda. Tujuannya ialah supaya generasi muda mempunyai pedoman dan panduan hidup ke arah yang diredhai oleh masyarakat umum.
Fungsi pendidikan yang kedua ialah mewujudkan suatu perubahan bagi mencapai kemajuan masyarakat : kemajuan yang setanding dengan masyarakat sedunia. Tujuan fungsi ini supaya generasi muda tidak ketinggalan zaman. Dalam erti yang sebenarnya, supaya masyarakat bersifat progresif .
Kenyataaan di atas membuktikan bahawa kemajuan masyarakat dan negara bergantung di antara lainnya kepada pendidikan. Jenis pendidikan yang dimaksudkan ialah pendidikan yang berkualiti, berakhlak tinggi dan pendidikan yang mengandungi unsur-unsur kepimpinan.
Kita bersetuju bahawa pendidikan yang progresif

No comments:

Post a Comment