Pages

Tuesday 5 April 2011

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin


scrawled by Faz Zefron on t' date o' Day o' the Moon, Novembarrr 29, 2010 roundabouts 2:07 in the evenin'
 
 
Dipayahkan Yang HALAL


Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini ialah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau  iklim kehidupan yang menyukarkan yang HARAM dan memudahkan yang HALAL. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang mungkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang HALAL dan menyenangkan yang HARAM, tanda kita begitu menjauhi roh syariat Islam yang hakiki yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T

Antara perkara yang selalu disusahkan ialah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumah tangga itu kadangkala bermula daripada keluarga sehingga "ketidakfahaman" tuk kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama serta mahkamah syariah. Kerenah-kerenah yang pelbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk berkahwin. Lebih menyedihkan apabila kerenah-kerenah itu wujud disebabkan faktor luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.


MANGSA NAFSU SOMBONG


Umapanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa dan keluarfa sehingga ditangguhkan perkahwinan bagi membolehkan kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf "jenama keluarga". Sehingga ada pasangan terpaksa menunggu bertahun-tahun kerananya. Apatah lagi, jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat "nafsu seks" hanya kerana hendak menjaga "nafsu menunjuk-nunjuk keluarga".


Walaupun kenduri itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya "ditumbangkan sesekor lembu atau orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang harus mengadakan dengan kadar kemampuan sahaja, seperti sabda Nabi S.A.W :

Maksudnya : "Buatlah waliwah walaupun sekadar sesekor kambing." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Dalam erti kata lain, jika hanya mampu kenduri laksa atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalka diadakan walimah. Apa yang penting, perkahwinan yang HALAL telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu-dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya : "Kau dah lembu ke nak buat kenduri?" Maka tertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya : "Kau dah ada pasangan ke?". Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta, lalu hanya dijemput orang yang "berjenama" dan ditinggalkan saudara mara, rakan karib, jiran tetangga yang tidak setaraf.

Nabi S.A.W bersabda : "Seburuk makanan ialah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Maka, deritalah bakal suami dan isteri disebabkan keangkuhan keluarga.


KERENAH KURSUS KAHWIN

Tulisan ini bukan antikursus kahwin. Amat baik khusus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum hakam nikah yang disyariatkan Allah S.W.T sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam.

Syariat Islam yang mudah dan penuh nikmat dapat diserapkan dalam pemikiran bakal pasangan, khususnya mereka yang masih muda agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah yang penuh profesional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projrk lumayan mengaut yuran peserta. Banyak laporan diterima dari seluruh negara bahawa penceramah khusus kahwin  berunsur lucah, lawak bodoh serta mengambarkan Islam begitu menakutkan dan susah untuk difahami serta dihayati, Hukum hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta.

Justeru, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya semakin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, namun masalah keretakkan rumah tangga generasi baru semakin meningkat.

TUK KADI TAK FAHAM HUKUM


Amat tidak selesa melihat tuk kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima ( ijab ) ketika akad nikah, kononya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur lasaf akad itu dengan begitu skema sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambarkan persetujuan kedua-dua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz membahwa maksud tujuan tersebut maka ia adalah sah.

Jika bapa bakal isteri menyebut : "Saya nikahkan saudara dengan nak saya Fatimah,"

Bakal suami menjawab : "Saya terima" atau "saya setuju bernikah dengannya"

Ini seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab Syafie, maka sahlah ijab dan kabul tersebut.
Tidak disyariatkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa baku. Sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut :

"Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain : "Nikahkan saya dengan anak perempuan awak",

Lalu si bapa menjawab : "Aku nikahkan engkau." atau si bapa berkata kepada bakal suami : "Bernikahlah dengan anak perempuanku"

Lalu bakal suami menjawab : "Aku nikahinya."

Kedua-dua contoh di atas adalah sah nikah berdarsarkan apa yang siebutkan dalam sahin bukhari dan sahih muslim :

"Sesungguhnya seorang Arab Badwi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi S.AW ( INGIN BERKAHWIN DENGAN NABI S.A.W ), Arab Badwi itu berkata : "Nikahilah dia denganku." Jawab Nabi S.A.W : "Aku nikahkan engkau dengan bermaharkan Al-Quran yang ada bersamamu." ( al-Mufassal, 6/87, Beirut : Muassasah ar-Risalah ).

Bahkan dalam sahih bukhari, ada dalam bab yang al-imam bukhari letakkan ia berbunyi :

"Bab apabila lelaki yang meminang berkata kepada wali perempuan : "Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan, " lalu dia menjawab : "Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju atau terima"

Juga al-Imam al-Bukhari menyebut :

"Apabila bakal suami berkata kepada wali ( bakal isteri ) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya : "Apa yang ada ( mahar )?", atau kedua-dua mereka diam lalu wali itu berkata : "Aku nikahkan engkau dengannya," maka itu adalah harus ( sah )."

Itu kesimpulan yang dibuat oleh al-imam al-bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada suatu cerita tetang satu nafas atau lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang penting, proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua-dua belah pihak seta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan perserujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. apabila proses itu berlaku, maka ia adalah sah.

KHURAFAT AKAD SATU NAFAS


Tidak pernah ada dalil yang menyatakan  mestilah satu nafas atau tidak terputus nafas seperti yang diada-adakan oleh sesetangah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata ialah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah.

Justeru, Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h menyebut :

"Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah, dalam bahasa atau lafaz atau perbuatan" ( petikan sayyid sabiq, fiqh as-sunnah, 2/355 )

Dijelaskan disini betapa proses ijab dan kabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab "Aku terima nikahnya." Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti amalan sesetangah pihak yang membuli pengantin. Jik jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tuk kadi yang sengaja bertanya hadirin :"perlu ulang ke?" Lalu mereka pun dengan suka menyebut beramai-ramai : "Sekali lagi". Ini adalah permainan buli yang dicampur aduk dengan hukum syarak.

Apabila situasi ini terus berlaku maka salah satu kesannya, makin ramai lebih ramai mudah berzina kerana sukarnya untuk berkahwin.

Sama-sama kita mengambil penghayatan.

No comments:

Post a Comment