scrawled by Muhammad Hafiz on t' date o' Windsday, Decembarrrr 22, 2010 roundabouts 6:52 in the mornin'
Jika mendatangkan dosa, Baginda adalah orang pertama menjauhinya. Rasulullah SAW juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Islam adalah agama Allah yang kesuciannya hendaklah sentiasa dipelihara dan segala perkara dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah. Oleh itu, umat Islam janganlah terburu-buru bertindak apalagi terhadap perkara yang remeh temeh kecuali terhadap perkara menyentuh kepentingan agama.
Islam memberi kelonggaran kepada umatnya melakukan perkara yang mudah dan senang selagi ia tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, umat Islam perlu berusaha untuk menjauhi perkara berkenaan dengan apa cara sekalipun.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment