Pages

Showing posts with label Dilema Gadis Melayu. Show all posts
Showing posts with label Dilema Gadis Melayu. Show all posts

Wednesday, 12 January 2011

Wahai Perempuan, TOLONGLAH Kasihani Kami!

Wahai Perempuan, TOLONGLAH Kasihani Kami!

by Amira Akmal on Thursday, 08 July 2010 at 18:21
Ikutilah Luahan Seorang Lelaki Kepada Wanita..

Bismillahirahmanirrahim...

Wahai wanita² dan sahabat² sekelian.. Di sini saya ingin kongsikan luahan hari seorang lelaki kepada wanita... Marilah kita sama² membacanya dan mengambil iktibar dari luahan hati ini... Sekian...
Kepada sahabat² yang membaca artikal ini, semoga kita mendapat pengajaran daripada artikal ini terutama sahabat² yang bergelar WANITA di luar sana.. InsyaAllah...

Ikutilah luahan hati beliau…

| Kepada Insan Bernama Perempuan, |

Sesungguhnya saya terseksa dengan perangai sesetengah dari kalangan anda.
Pakai baju nampak pusat, pakai skirt pendek.
Ketat-ketat bak sarung nangka, terbonjol sana tertonjol sini.
Sanggul atas, sanggul tepi, sanggul belakang.
Rambut hitam, oren, pink dan hijau.

| Perangai Sengal |

Saya bukan membenci sesiapa secara khas.
Saya secara khas, membenci sikap dan perangai khas, waima milik siapa pun perangai itu bertapak.

Aku suap engkau, engkau suap aku.
Ambil gambar bersama, biar nampak romantik, biar ku peluk pinggang rampingmu.
Baru pasangan bahagia kata orang.

Saya kata,

"Kesian bakal suami anda!!"

Kalau suami anda tiada marah, pasti dia jenis yang DAYUS. Isterinya jenis 'bisa pakai' (bespak kata orang Indonesia). Hak milik awam, kegunaan bersama..

Saya marah dengan perangai ini.
Saya sedih dengan sikap ini.

| Melayu Dulu, Melayu Kini |

Melayu 70-an cukup pantang anak dara mereka keluar malam, berdua-duaan apatah lagi.
Walaupun zaman itu, zaman rambut tersembul jambul, Melayu sedar tatasusila adat dan agama.
Melayu alaf baru pula pantangnya berbeza. Bertudung kebanyakan, tetapi tudung sekadar adat, bukan ibadat.

" Balik jangan lambat sangat.Pukul 10 malam ye!"

Laung seorang ibu dari kejauhan. Tersenyum puas melihat anaknya cukup laris. Ada lelaki yang sudi menjengah.
Melayu bergerak ke arah kehancuran.
Melayu tanpa Muslim bergerak ke arah celaka.
Tidak ajaib bin hairan, apabila akhir zaman, lelaki yang paling baik sekadar berkata..

" Kalau ye pun nak berzina, buat la elok-elok kat tepi jalan. Tengah-tengah jalan ni kan kena langgar kereta .Tak kan bahaya!"

| Hak Asasi Saya Seorang Lelaki!!! |

Anda mahu berfesyen ala Britney Spears?
Paris Hilton atau Lady Gaga?

"Suka hati kami la. Inikan hak asasi kami"

Ada perempuan sengal yang berkata sedemikian. Rasa ingin mencili-cili terus mulut yang bercakap tanpa menggunakan kepala akal.

Fitrahnya lelaki suka kepada perempuan.
Apa-apa yang diwajibkan syariat untuk dilindungi, pasti terkandung hikmah di sebaliknya.

Lelaki juga punya hak asasi!
Kalau ada lelaki yang terangsang melihatkan aksi-aksi anda, anda perempuan telah MELANGGAR HAK ASASI kami untuk hidup tenang dan damai.

Bolehkah kami menyentuh dan membelai anda, usai anda mempertontonkan badan di khalayak?
Anda biarkan pandangan lelaki meratah badan anda.
Sudikah pula anda biarkan lelaki meratah pula badan anda?
Inikan hak asasi kami sebagai lelaki..
Jangan berselindung di sebalik hujah Pak Pandir itu.

| Lelaki Proaktif, Lelaki Reaktif |

" Lelaki tundukkanlah pandangan. Jangan tengok kami!"

Hilang Pak Pandir, muncul Pak Kadok.

Percayalah saya, kami lelaki berasa terseksa. Menunduk itu perlu, melarikan pandangan itu patut.Sedaya upaya, jerih dan perih diusahakan.

Tetapi percayalah saudari-saudariku, di pihak anda pun janganlah menjadi punca celaka itu.
Sudah tahu kucing sukakan ikan, janganlah pula digoreng enak, dihidang di depan sang kucing, dengan mengharapkan sang kucing melihat semata-mata.

| Saya MARAH dengan PERANGAI! |

Saya bukan mentarget individu, saya konsisten membenci perangai.
Saya tidak menghakimi orang, saya hanya katakan perangai itu salah.
Ada yang sengaja berperangai, ada yang tidak sedar dan sebagainya.Ada juga yang terikut-ikut.

Kerana ISLAM konsisten dengan prinsip.
Manusia boleh berubah, tetapi PRINSIP itu tidak.
Salah tetap salah, benar tetap benar.
Walaupun saya pelaku salah, saya mohon dibetulkan.

Kerana pembetulan sesuatu yang SALAH, adalah TANDA kita saling mencintai dan menyayangi.
Kerana senipis-nipis IMAN, adalah kita membenci.
Jika sudah tiada BENCI, masihkah ada HARAPAN IMAN di HATI??

Maaf SAUDARIKU, AKU MENYAYANGIMU!!

p/s: Sayangilah dirimu wahai wanita…
Tidakkah anda berasa berdosa apabila berpakaian seksi???
Tidakkah anda berasa takut dengan Azab Allah di Akhirat nanti???
Tidak mahukah anda masuk ke SYURGA???
Mengapakah perlu di tayangkan segala mahkota anda kepada Lelaki?
Cukuplah segala mahkota anda Cuma di tayangkan kepada Suami anda dan Mahram anda sahaja..
Sayangilah dirimu sendiri sebelum orang lain menyayangi dirimu…

Sekian..
Wallahua’lam..

Sumber: Di petik dari blog Ahmad Zulfahmi
http://maxchempaka.blogspot.com/2010/07/wahai-pere...

Wednesday, 5 January 2011

Adakah Kamu Anak Panah Syaitan?


by Kempen Aurat Saya Maruah Saya! on Saturday, 04 September 2010 at 23:34
 
 
Note ini dipetik daripada blog seorang rakan iaitu: http://alfateh.via.my/

Kadangkala, tika diri ini mengenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan gambar2 mereka pada page mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace,facebook mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym sebagai medium perhubungan... terbit rasa hairan di dalam hati ini.. dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di hati mereka..?

Ada Apa Dengan Gambar?

Baiklah... ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu perkatakan selepas ini...

Ana mulakan dengan persoalan..Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??

1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?dan byk lagi ana rase....

Jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2 Friendster dan respon mereka...

Kerana Gambarmu itu Begitu Berharga

Sedarlah wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga..? Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..?? Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..?? Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini..

Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...Tidakkah kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?INGAT..!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2.. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.... Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...(jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop ini.. hehehe...)

Muslimah Dan Gambar

Perlu ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.. Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..

Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??

Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....(mafhum)

Sedarlah muslimah/akhowat.. sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH...!!


Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!

by Saya sayang Islam on Saturday, 04 September 2010 at 19:54


As-Salaamu ‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

– Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary

Source: http://an-nawawi.blogspot.com/

Anda disarankan untuk membaca artikel ini;

Tajuk: "Hukumlah Dengan Keluasan Islam Bukan Sentimen"

Klik Link: http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=16

Sekiranya anda terdapat pertanyaan isu Agama, bertanya di sini;

Klik Link: http://al-fikrah.net/


note dari akhi "Abu Muawiyah Dua".
cantik kan?