Pages

Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Sunday, 23 January 2011

Syiah Bahagian I - Intro kewafatan Rasulullah saw


by Putera Sriwijaya on Tuesday, 30 November 2010 at 15:37
 
 

Dalam artikel kali ini,kita akan membicarakan satu lagi senjata paling ampuh The Hidden Hand.Di sini juga kita akan menyiasat,siapakah yang sebenarnya menaburkan fitnah dan membunuh cucu nabi yang amat-amat nabi cintai.Kita juga akan mengetahui siapakah juga yang menghina isteri-isteri nabi terutamanya Siti Aisyah r.a dan Sahabatnya yang dikasihi.

Baca dengan teliti,ayat demi ayat sehingga sampai kepada noktah terakhir.Fahami betul-betul maksudnya.Terdapat rahsia di sana-sini.Anda akan dapat menghidu 'sesuatu' jika benar-benar faham.Dan anda paling faham jika dapat menukarkan racun yang disuap Yahudi dan Nasrani (baca:The Hidden Hand),menjadi madu yang manis,segar lagi menyihatkan.


Ini adalah artikel di bawah siri Mason-Mason Melayu (Bahagian V)

Selamat membaca.


-M.O


Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w,keadaan umat Islam begitu membimbangkan.Berita kewafatan baginda benar-benar membuatkan mereka terpukul.Umar Al-Khattab r.a mengancam untuk memenggal tangan dan kaki siapa yang mengatakan nabi sudah tiada.Jika tidak ditenangkan oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a,sudah tentu keadaan bertambah berserabut.Keadaan umat Islam perlu ditenangkan terlebih dahulu.Maka para Sahabat pun bermenyuarat untuk menentukan siapakah yang bakal menguruskan keperluan umat Islam;mengambil alih peranan Rasulullah s.a.w,berkhidmat kepada kaum Muslimin.

Akhirnya sebulat suara,para Sahabat memilih Abu Bakar As-Siddiq mengenangkan arahan nabi menyuruh beliau menjadi imam menggantikan Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit tenat,dan diteguhkan dengan sikap nabi yang seperti tidak menyenangi Umar Al-Khattab menggantikan Abu Bakar As-Siddiq sebagai imam pada suatu ketika,juga berdasarkan usia dan kredit beliau sebagai Sahabat nabi yang paling rapat susah dan senang dan beberapa kriteria lain.

Namun ketika berita kewafatan baginda tersebar,ada satu kelompok manusia yang mula tersenyum lebar.Dendam mereka kepada Rasulullah s.a.w tidak pernah padam sejak baginda membuka kota Mekah lagi.Mereka mula merancang sesuatu,malahan sejak nabi menghadapi sakit tenat,kelompok ini sudah mengangan-angankan impian mereka dan dendam yang terbalas.Mereka memerhatikan setiap perjalanan politik umat Islam,apabila terjadi perpecahan walau sedikit pun,mereka akan bertindak!

Pada hari-hari yang indah itu,ketika Rasulullah s.a.w masih hidup,kelihatan dua cucu baginda yang masih kecil bermain-main di sekeliling Kekasih Allah itu.Adakalanya mereka bermain-main dengan janggut nabi,ada yang cuba memanjat tubuh nabi.Nabi hanya tersenyum melihat gelagat cucu-cucu baginda yang amat dicintainya.

Nantikan sambungan akan datang Para Pembunuh Cucu Nabi.

Wednesday, 12 January 2011

Definisi Syiah

Definisi Syiah

Menurut kamus, Syiah bererti pengikut, pembantu, pendukung, firqah, atau golongan, terutama pengikut dan pencinta Ali bin Abu Talib serta ahli keluarga Rasulullah saw. Golongan ini mencintai Ali secara berlebih-lebihan. Pelopornya adalah Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari Kota Sanaa (Yaman) yang berpura-pura memeluk agama Islam untuk menyebarkan fitnah dan tipu muslihat agar timbul kekacauan dikalangan umat Islam. Ia bertujuan merosakkan dan menghancurkan Islam daripada dalam.

Asas ajaran golongan Syiah adalah bahawa Ali bin Abu Talib sebenarnya yang berhak menjadi khalifah kerana perkara ini adalah atas tunjuk ajar dan pesanan Rasulullah saw secara langsung atau tidak langsung. Pimpinan atau khalifah tidak boleh lepas daripada beliau, keluarga, atau keturunan beliau, kecuali atas izin beliau atau atas dasar kemaslahatan umum. Maka sesiapa yang menjadi khalifah selain beliau, orang tersebut bererti merebut hak beliau, melakukan kezaliman dan wajib ditentang.

Abdullah bin Saba’ mempunyai ajaran tentang apa yang dinamakan al-wasiyyah, iaitu penetapan bahawa Ali bin Abu Talib adalah wasiyyu Rasulullah saw iaitu orang yang menerima pesan terus daripada Nabi saw untuk menjadi khalifah setelah Nabi saw wafat. Dengan demikian Ali telah diangkat terus oleh Rasulullah saw sebagai pemimpin dan khalifah setelah kewafatan baginda, dan pengganti Ali adalah keluarga atau Ahli al-Baitnya. Kepercayaan ini menjadi rukun dan syarat yang wajib dipatuhi oleh setiap penganut fahaman Syiah.

Khilafah dan imamah tidak boleh keluar daripada Ali dan keturunannya. Maka menurut mereka kekhalifahan Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin al-Khattab dan Uthman bin Affan adalah tidak sah. Ketiga khalifah itu adalah zalim dan merampas hak Ali. (Kecuali Syiah Zaidiah yang masih mengakui kekhalifahan Abu Bakar dan Umar kerana kedua orang itu lebih utama daripada Ali.

Ciri-ciri Fahaman Syiah

Dalam fahaman Syiah, terdapat bermacam-macam aliran kepercayaan. Ada empat aliran utama Syiah, yang mana setiap daripada empat aliran itu berpecah atau tumbuh menjadi berpuluh-puluh aliran lagi. Keempat-empat aliran Syiah itu adalah :
a. Aliran Ghaliah
b. Aliran Rafidah
c. Aliran Zaidiah
d. Aliran Imamiah

Antara sebab golongan Syiah berpecah kepada beberapa aliran ini ialah :

Pertama : Perbezaan dalam prinsip dan ajarannya. Ada yang mengagung-agungkan para imam mereka dan mengkafirkan pihak lain. Antara kumpulan Syiah yang agak ekstrem ialah al-Ghulat yang bererti kumpulan yang telah malampui batas daripada ajaran Islam yang sebenar. Kumpulan ini antara lain mendakwa sesungguhnya yang seharusnya diangkat menjadi Nabi itu adalah Ali, tetapi kerana kekeliruan Malaikat Jibril maka wahyu itu diserahkan kepada Muhammad.

Kedua : Kerana keturunan Ali dan para puteranya ramai, maka sering terjadi perbezaan dalam perkara penggantian imam sesudah al-Hussein (cucu Rasulullah saw) kerana segolongan pengikut beranggapan bahawa yang lebih berhak menggantikan Hussein adalah putera Ali yang bukan anak Fatimah yang bernama Muhammad Ibn Hanafiah. Sedangkan golongan lain berpendapat bahawa yang berhak manggantikan Hussein ialah Ali Zainal Abidin.


Prinsip Fahaman Dan Akidah Golongan Syiah

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan sesebuah negara. Berikut adalah beberapa prinsip fahaman dan akidah golongan Syiah.

Penyanjungan Yang Keterlaluan Kepada Saidina Ali

Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga beliau disamatarafkan dengan Rasulullah saw. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi.

Golongan Syiah menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawattir. Mereka juga tidak menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah Khulafa ar-Rasyidin (kecuali Sayyidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al- Khariji dan Amru bin al-As. Apa yang mereka terima hanyalah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali dan Ahlul Bayt sahaja.

Golongan Syiah menganggap bahawa tiada daripada kalangan sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali dan para imam sahaja. Mereka turut mendakwa mempunyai mushaf Fatimah. Diriwayatkan juga terdapat mushaf Ali yang mengandungi ayat al-Quran sebanyak 17 000 ayat, iaitu tiga kali ganda daripada mushaf Uthmani yang sedia ada diguna pakai oleh umat Islam pada hari ini.


Penganut fahaman Syiah mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakan mereka dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah antaranya :

1.Golongan Syiah selalu mengadakan majlis-majlis sambutan dan perayaan bagi ucapan takziah dan dukacita dengan cara melolong serta manonjolkan sikap gelisah.

2.Mereka selalu berpegang teguh kepada anggapan bahawa semua orang yang tidak sealiran dengan mereka adalah sebagai musuh.

3.Mereka menganggap perbuatan mengutuk Saidina Umar dan semua sahabat Rasulullah saw sebagai salah satu amal ibadat yang lebih mulia dan besar pahalanya daripada melakukan zikrullah dan semua ibadat yang lain.

4.Mereka juga ingkar dan enggan mengiktiraf Ruqayah dan Ummu Kalthum iaitu isteri-isteri Khalifah Uthman bin Affan, sebagai puteri-puteri Rasulullah saw serta bahawa ibu mereka ialah Siti Khadijah, isteri Rasulullah saw.

5.Mereka juga mengatakan bahawa semua ayat al-Quran yang memberikan pengertian dan menjadi syiar yang memuji para sahabat Rasulullah saw merupakan ayat mutasyabihat. Ayat-ayat ini tidak mampu difahami tafsirannya yang sebenar melainkan oleh Allah swt sahaja.

6.Mereka juga menganggap bahawa orang-orang Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) adalah lebih jahat daripada orang Yahudi dan Nasrani.

7.Mereka memandang hina kepada orang-orang Sunni dan orang-orang nasrani. Sekiranya mereka tersentuh dengan orang Sunni, maka mereka akan membasuh bahagian badan dan anggota mereka yang terkena sentuhan itu.

8.Mereka menganggap bahawa memulakan sesuatu percakapan dengan mengutuk dan memaki hamun Saidina Abu Bakar dan Umar itu sebagai ganti menyebut perkataan Bismillah lebih dimulia dan diutamakan apabila mula mengerjakan sesuatu perkara yang penting.


Sejarah Kemunculan Syiah 


Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Umar Bin al-Khattab dan juga sehingga enam tahun pertama pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan, suasana dan keadaan umat Islam masih berjalan seperti zaman Rasulullah saw dahulu.

Umar Bin al-Khattab amat berjasa sekali dalam meletakkan dasar-dasar Islam dalam pemerintahannya.

Bila ada perbezaan pendapat diantara para sahabat, maka hal itu tidaklah menimbulkan perpecahan. Mereka tidak membesar-besarkan perbezaan pendapat itu kerana memang perkara itu terjadi disebabkan pandangan dan hasil ijtihad yang berlainan.

Namun begitu mereka saling berhati tulus, masih tanya menanya, bermusyawarah kerana masalah perbezaan pandangan itu belum pernah terjadi pada zaman Rasulullah saw hidup atau belum disebut dalam al-Kitab dan as-Sunnah.

Akan tetapi suasana yang indah demikian itu menjadi musnah selepas enam tahun pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan. Walaupun beliau seorang yang jujur dan baik, tetapi mempunyai kelemahan sedikit didalam corak pemerintahannya yang mengikut jalan sistem keluarga. Ramai petugas yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga Uthman.

Ini kerana beliau berpendapat bahawa bila yang menjadi petugas itu terdiri daripada ahli keluarganya sendiri, mereka akan cenderung untuk memelihara amanah, mengatur dan menyelenggarakannya. Tetapi iktikad baik beliau ini dijadikan kesempatan oleh orang-orang yang tidak senang terhadap beliau, seperti kaum munafiq dan petualang politik pada masa itu.

Seorang tokoh Yahudi yang memeluk Islam, Abdullah Bin Saba’ namanya dan dia adalah seorang munafiq, musuh dalam selimut bagi orang Islam kerana pura-pura masuk Islam tetapi jiwanya masih Yahudi.

Abdullah Bin Saba’ menuntut supaya pegawai-pegawai yang diuruskan oleh Uthman itu dipecat sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Abdullah Bin Saba’ menghasut orang-orang yang dapat dihasutnya untuk membenci Uthman.


Maka datanglah lima ratus orang dari Mesir. Begitu juga dari Basrah, Kufah dan daerah-daerah lain menuju ke Madinah untuk memenuhi undangan Abdullah Bin Saba’. Oarang-orang dari Mesir menuntut agar Wali Negeri Mesir, Abdullah Bin Abu Sarah dipecat dan digantikan dengan Muhammad Bin Abu Bakar.

Tuntutan orang-orang Mesir ini dipenuhi oleh Uthman tetapi setelah utusan dari Mesir itu pulang, ditengah perjalanan mereka menangkap seorang pembawa surat rahsia. Isi surat itu mengandungi perintah agar Abdullah Bin Abu Sarah segera membunuh Muhammad Bin Abu Bakar. Orang-orang Mesir terkejut dan marah kembali ke Madinah menuntut kepada khalifah agar beliau bartanggungjawab atas isi kandungan surat itu, kerana surat tersebut dicap dengan mohor rasmi Uthman Bin Affan.

Uthman bersumpah tidak mengetahui tentang isi kandungan surat tersebut, kerana orang yang membuat surat tersebut ialah Marwan Bin Hakam. Pada suatu hari rumah Uthman dikepung oleh orang ramai, terutamanya oleh orang-orang Mesir. Mereka menuntut dua perkara. Pertama, Uthman mesti melepaskan jawatannya. Jika tidak, tuntutan kedua mesti dipenuhi iaitu Marwan Bin Hakam mesti dihukum qisas.

Uthman menolak tuntutan tersebut kerana Marwan Bin Hakam belum membunuh, tetapi baru membuat surat memberi arahan untuk membunuh seseorang sahaja. Akhirnya mereka berhasil membunuh Uthman dan wafatlah beliau pada akhir tahun ke-35 Hijrah pada usia 82 tahun.

Abdullah Bin Saba’ berjaya dalam usahanya membuat fitnah, menghasut dan menyemarakkan api pemberontakan.

Ali Bin Abu Talib pun diangkat menjadi Khalifah menggantikan Uthman Bin Affan. Kebijaksanaan Khalifah Ali tidak dapat memadamkan penentangan yang apinya telah menjalar ke merata penjuru. Maka benih-benih yang ditanam oleh Abdullah Bin Saba’, iaitu benih-benih perpecahan itu terus tumbuh meluas. Bahkan peribadi Ali Bin Abu Talib sendiri dijadikan sasaran dan alat untuk memecah belah umat Islam. Hembusan fitnah dan angin pertentangan politik semakin kuat.

Sekarang pertentangan antara kaum pembela Uthman Bin Affan yang telah meninggal dunia dengan Khalifah Ali Bin Abu Talib yang baru diangkat menjadi Khalifah yang keempat itu dikobarkan pula oleh kaum penghasut.

Marwan Bin Hakam sebagai pemimpin daripada Bani Umayyah di Madinah telah pergi menemui Wali Negeri Syam, Muawiyah Bin Abu Sufian. Kedua tokoh Bani Umayyah ini pun menuntut bela keatas kematian Uthman. Kedua mereka meminta agar Ali Bin Abu Talib segera menghukum qisas kepada pembunuh Uthman.

Tambahan pula Bani Umayyah tahu bahawa ketika Uthman dikepung oleh kaum pemberontak, Khalifah Ali yang telah mengsyorkan agar Uthman melepaskan jawatan Khalifah kalau tidak mahu menyerahkan Marwan Bin Hakam untuk diqisas. Saranan Ali ini dikemukakan dalam keadaan yang semakin meruncing dan Khalifah Utman telah tidak dapat mengawal keadaan. Malah rumah Uthman telah dikepung hampir empat puluh hari.

Abdullah Bin Saba’ masih berusaha untuk menghancurkan umat Islam pada waktu itu. Dahulu Abdullah menghasut Bani Hasyim dan orang-orang bukan dari Bani Umayyah agar membenci kepada Bani Umayyah (termasuk Uthman Bin Affan kerana beliau adalah daripada keturunan Bani Umayyah). Tetapi sekarang setelah Uthman terbunuh, Abdullah Bin Saba’ menghasut Bani Umayyah agar menuntut Ali Bin Abu Talib supaya dapat menghukum pembunuh Uthman.

Aisyah Binti Abu Bakar, balu Rasulullah saw juga turut menuntut agar Ali menghukum qisas kepada pembunuh Uthman. Akhirnya, terjadilah perang saudara. Orang-orang Mekah yang dipimpin Aisyah menyerbu Kufah. Peperangan antara pasukan Aisyah dengan pasukan Ali dimenangi oleh pasukan Ali. Ramai yang terkorban, hampir 10 000 orang yang mati. Perang tersebut dinamai sebagai Perang Jamal.

Kemudian pada tahun 37 Hijrah (Tahun 658 M) terjadi peperangan antara pasukan Muawiyah Bin Abu Sufian dengan pasukan Ali Bin Abu Talib di Siffin. Sebab utama terjadinya perang saudara yang kedua ini adalah kerana Muawiyah Bin Abu Sufian tidak mengakui kekuasaan Ali dan kemudiannya Ali memecat Muawiyah. Muawiyah tidak menghiraukan pemecatan keatasnya itu. Pasukan Ali bejumlah 95 000 orang dan pasukan Muawiyah berjumlah 80 000 orang.

Pertempuran telah mengorbankan puluhan ribu tentera daripada kedua belah pihak. Tentera Muawiyah kucar-kacir dan berantakan. Tidak dapat dipastikan sama ada kemenangan berada dipihak Ali atau Muawiyah. Tetapi Amr Bin al-‘As, pembantu utama Muawiyah berjaya menipu Ali.

Dia memerintahkan kepada anak buahnya untuk mengacukan al-Quran dihujung tombak, tanda perdamaian. Oleh kerana Ali cintakan pada perdamaian dan juga atas desakan sebahagian pasukannya yang tidak tahan melihat ramai yang terkorban, maka Ali menerima permintaan damai daripada pihak Muawiyah.

Di tempat yang bernama Dawmat al-Jandal, rundingan dilaksanakan. Wakil Ali adalah Abu Musa al-Ash’ari dan wakil Muawiyah ialah Amr Bin al- ‘As. Dalam rundingan ini Amr Bin al-‘As berjaya menipu Abu Musa al-Ash’ari. Amr mempersilakan Abu Musa untuk naik keatas mimbar terlebih dahulu dan berbicara. Sesuai dengan persetujuan awal, Abu Musa telah berkata, “Mulai saat ini aku turunkan Ali daripada jawatan sebagai Khalifah.”

Setelah itu tibalah giliran Amr Bin al-‘As yang naik keatas mimbar lalu berkata, “Aku telah menyetujui penurunan Ali, dan sekarang aku mengangkat Muawiyah sebagai Khalifah!”

Semua yang hadir terkejut. Tetapi memang demikianlah yang dirancang oleh pihak Muawiyah. Mereka menggunakan rundingan sekadar taktik untuk menyelamatkan diri daripada kehancuran, bukan untuk kemaslahatan umat.

Dengan demikian sempurnalah permusuhan antara Bani Hasyim (Ali Bin Abu Talib keturunan Bani Hasyim) dengan Bani Umayyah. Padahal mereka semua adalah daripada suku kaum yang sama iaitu suku Arab Quraisy. Hembusan api fitnah yang ditiup oleh Abdullah Bin Saba’ telah berjaya memecah belahkan umat Islam.
Sejak gencatan senjata antara pasukan Ali dengan Muawiyah dalam Perang Siffin, Penyokong Ali berpecah kepada dua golongan. Golongan pertama adalah golongan Khawarij, yang memisahkan diri daripada pasukan Ali. Golongan kedua adalah golongan Syiah, yang menyetujui kebijaksanaan Ali.

Golongan Khawarij pernah menyerbu pasukan Ali, tetapi mereka berjaya dihancurkan oleh pasukan Ali. Tetapi pengikutnya masih aktif. Mereka merencanakan untuk membuat komplot rahsia yang bertujuan untuk membunuh tiga tokoh, yang mereka anggap sebagai biang keladi perpecahan umat Islam. Ketiga tokoh itu Ali Bin Abu Talib, Muawiyah Bin Abu Sufian dan Amr Bin al-‘As.

Mereka telah bersepakat bahawa ketiga orang tokoh itu harus dibunuh serentak. Pada malam yang telah ditentukan, para petugas telah melaksanakan rencana untuk membunuh ketiga orang itu ketika mereka sedang solat subuh.

Ibn al-Muljam berjaya menikam Ali ketika keluar untuk solat subuh di Masjid Kufah. Dua hari kemudian beliau wafat iaitu pada tahun 40 Hijrah (661 M) dalam usia 63 tahun setelah menjadi Khalifah selama 4 tahun 9 bulan.

Hajjaj Bin Abdullah barjaya menyerang Muawiyah ketika beliau masuk ke Masjid Damsyik. Beliau hanya cedera ringan. Serangan tersebut tidak mengakibatkan kematian.

Amir Bin Bakar al-Tamimi berjaya menikam imam Masjid Fustat (sekarang Kaherah) di Mesir. Tetapi bukannya Amr Bin al-‘As yang ditikam, tetapi penggantinya kerana subuh itu dia tidak dapat solat di masjid.

Dengan demikian rancangan pembunuhan ketiga tokoh itu hanya berjaya membunuh Ali. Selepas wafatnya Ali Bin Abu Talib, Bani Hasyim melantik anak beliau iaitu Hassan Bin Ali menjadi Khalifah. Tetapi perlantikan Hassan Bin Ali hanya mendapat sokongan daripada Kufah sahaja.

Setelah Muawiyah Bin Abu Sufian mendengar perlantikan penduduk Kufah terhadap Hassan Bin Ali, maka Muawiyah menyerang Kota Kufah. Hassan berusaha menghadapi serangan Muawiyah tetapi gagal. Bahkan Hassan Bin Ali terpaksa mengundurkan diri ke Mada’in berdekatan Madinah.

Hassan kemudian mengirimkan sepucuk surat kepada Muawiyah mengajak untuk berdamai. Beliau tidak mahu permusuhan antara umat Islam berlarutan. Hassan bersedia melepaskan jawatannya asalkan Muawiyah memenuhi syarat-syaratnya iaitu jawatan Khalifah harus diserahkan kepada kaum Muslimin untuk memilihnya dengan bebas. Muawiyah menyetujui syarat tersebut tetapi ia hanyalah sekadar taktik sahaja kerana ternyata ia tidak pernah dilaksanakan.

Demikianlah perdamaian antara Muawiyah dengan Hassan Bin Ali yang dicapai pada tahun 41 Hijrah. Permusuhan diantara kaum Muslimin dapat dihentikan untuk sementara waktu. Dengan ini juga bererti Bani Hasyim telah menyerahkan kekuasaan Khalifah kepada Bani Umayyah dengan sepenuhnya. Hassan pun kembali ke Madinah dan wafat pada tahun 49 Hijrah dalam usia 49 tahun. Kewafatannya menurut sesetengah riwayat adalah kerana diracun oleh konco-konco Muawiyah Bin Abu Sufian.

Berikutan kematian Ali Bin Abu Talib, umat Islam pada masa itu berpecah menjadi tiga golongan iaitu :

1.Sebahagian besar umat Islam menyedari kenyataan bahawa setelah wafatnya Ali bin Abu Talib, maka yang berhak menjadi Khalifah adalah Ali dan keturunannya.

2.Golongan Syiah yang tetap anti Muawiyah, cinta kepada Ali dan keluarganya. Bagi mereka orang yang berhak menjadi Khalifah adalah Ali dan keturunannya.

3.Golongan Khawarij yang tidak menyetujui kekhalifahan Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib dan Muawiyah bin Abu Sufian.


Fahaman Syiah

Hadis Ghadir Khum

Iktikad atau keyakinan pengikut fahaman Syiah yang mengatakan bahawa Saidina Ali lebih layak memegang jawatan Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad saw adalah berdasarkan Hadis berikut :

Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Jibril telah turun kepadaku sebanyak tiga kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku supaya aku terus melaksanakannya. Aku pun mengisytiharkannya kepada semua peringkat sama ada yang berkulit putih dan yang berkulit hitam bahawa sesungguhnya Ali bin Abi Talib adalah saudaraku, wassiyku, khalifahku dan imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musa selain daripada kenabian kerana tiada nabi selepasku.”

[al-Bukhari Sahih, Cairo 1348 H, III, hlm 54 dalam ‘Kitab al-Maghazi’ bab peperangan Tabuk : Muslim, Sahih, Cairo 1311 H, II , hlm 236 dan 237 dalam bab ‘Fadl al-Sahabah’, bab Fadl Ali as : Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm 98, 118 dan 119, Ibn Hajr al-Asqalani, al-Isabah, II, hlm 507]

“Wahai manusia adakah kalian mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula mukminin dan aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri?” Mereka menjawab : “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda : “Berdirilah wahai Ali.” Maka aku (Ali) pun berdiri. Kemudian baginda bersabda : “Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan dengannya.”

Teks di atas merupakan sebahagian teks khutbah Rasulullah saw di Ghadir Khum. Selepas Rasulullah saw mengumumkan perlantikan Ali sebagai maula, maka turunlah ayat penyempurnaan iaitu Surah al-Maidah ayat 3 : “Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah aku cukupkan nikmat Ku bagimu, dan Aku redha Islam sebagai agamamu.”






(Gambar : Ghadir Khum tempat dimana Rasulullah saw kononnya berkhutbah dan mengumumkan perlantikan Saidina Ali sebagai Maula, pengganti selepas ketiadaan baginda)

Hadis Ghadir Khum : Antara Syiah Dan Sunni

Perbahasan Hadis Ghadir Khum

Tak kira tempat atau masa, apabila kita menemui seseorang yang berfahaman Syiah yang ingin menghujahkan mazhabnya, pasti antara hadis pertama yang disebutkannya ialah Hadis Ghadir Khum. Mereka menghujahkannya seperti berikut

Hujah Syiah

Dalam perjalanannya kembali daripada Haji Wida’, Rasulullah saw kononnya ingin melantik Ali Bin Abi Thalib ra sebagai khalifah penggantinya. Akan tetapi Rasulullah bimbang untuk melantik Ali kerana menjangkakan bantahan daripada para sahabat yang lain. Kebimbangan Rasulullah tidak diterima oleh Allah swt, lalu turunlah ayat berikut :

“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalah Nya, dan Allah jualah akan memeliharamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.” [al-Maidah 5 : 67]

Berdasarkan firman Allah : “Sampaikanlah…”, maka Rasulullah saw telah menghentikan perjalanan rombongan baginda di sebuah tempat yang bernama Ghadir Khum. Ia terletak beberapa kilometer selepas Kota Mekah dalam perjalanan ke arah Madinah. Dalam suasana panas yang menyengat, baginda menyuruh para sahabat semuanya mendirikan solat Zohor. Kemudian baginda berkhutbah, di antara mesej terpenting dalam khutbah tersebut ialah sabda baginda :

“Barangsiapa yang aku adalah mawlanya maka Ali adalah mawlanya.”

Hadis tersebut adalah hadis sahih. Akan tetapi yang tidak sahih adalah cara Syiah menjadikannya sebagai hujah. Ini akan dijelaskan seterusnya.Perkataan Mawla dalam hadis di atas, dakwa Syiah, bermaksud pemimpin atau khalifah. Dengan itu yang sebenarnya dimaksudkan oleh hadis tersebut kononnya ialah :

“Barangsiapa yang aku adalah khalifahnya maka ‘Ali adalah khalifahnya.”

Justeru melalui khutbahnya di Ghadir Khum, Rasulullah saw telah melantik Ali sebagai khalifah penggantinya. Jawatan ini akan disandang oleh Ali sesudah kewafatan Rasulullah kerana dalam sebuah hadis yang lain baginda bersabda :

“Sesungguhnya Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya (Ali) dan dia (Ali) adalah wali bagi setiap orang beriman sesudahku.”

Demikianlah secara ringkas bagaimana Syiah menjadikan Hadis Ghadir Khum sebagai hujah. Sekarang marilah kita membahas sejauh mana kekuatan hujah Syiah ke atas Hadis tersebut.



Hujah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Maksud Hadis Ghadir Khum dan kesalahan Syiah dalam menjadikannnya sebagai hujah boleh dikaji dari tiga sudut:

Sudut Pertama : Maksud Hadis Ghadir Khum Disisi Rasulullah

Seandainya Rasulullah ingin menjadikan Ali sebagai khalifah umat Islam, pasti baginda akan menyebut perkataan ‘Khalifah’ secara terus sehingga tidak timbul apa-apa perselisihan pendapat terhadapnya. Akan tetapi memandangkan Rasulullah tidak melakukannya, ia bukanlah disebabkan oleh faktor kelupaan atau kesilapan, melainkan baginda sejak asal sememangnya tidak bermaksud melantik Ali sebagai khalifah umat Islam.

Sebelum bermula, ingin diperingatkan kepada para pembaca sekalian bahawa sabda Rasulullah saw, sama ada pilihan perkataan atau susunan lafaznya, adalah bersumber daripada wahyu Allah swt. Allah berfirman :

“Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” [al-Najm 53 : 3-4]

Oleh itu apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda dengan menggunakan sesuatu perkataan dan susunan lafaz, ia bukanlah sesuatu yang rambang atau tidak disengajakan. Akan tetapi ia adalah yang dipilih dan disusun khusus daripada sumber wahyu. Oleh itu, sama ada Hadis Ghadir Khum atau mana-mana hadis lain yang sahih yang bakal dibahas, setiap perkataan dan susunannya memiliki ertinya yang tersendiri sebagaimana ia digunakan. Kita wajib memahami perkataan dan susunan tersebut sebagaimana yang tercatit dalam kitab-kitab yang sahih tanpa memaksa-maksa atau mentakwil (mengubah) pengertiannya ke arah maksud yang disukai.

Kembali kepada Hadis Ghadir Khum, apabila Rasulullah saw menyebut Ali sebagai Mawla dan Wali bagi umat Islam, maka yang baginda maksudkan ialah penolong dan pelindung bagi umat Islam.

Adapun kenyataan Rasulullah saw bahawa “Sesungguhnya Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya…” , ia tidak bererti kesamaan diri antara baginda dan Ali. Akan tetapi ia adalah satu bentuk pujian Rasulullah kepada orang yang dihargainya.

Di dalam Shahih Muslim – Hadis No. 2472 (Kitab Fadha’il al-Shahabah, Bab keutamaan Julaibib), di akhir sebuah peperangan, Rasulullah mencari seorang sahabat yang bernama Julaibib. Setelah dicari-cari, para sahabat menemui beliau yang telah gugur syahid di sisi tujuh orang musuh yang dibunuhnya sebelum itu. Melihat yang sedemikian, Rasulullah bersabda :

“Dia membunuh tujuh orang kemudian terbunuh! Ini daripada aku dan aku daripadanya. Ini daripada aku dan aku daripadanya.”

Di dalam Shahih al-Bukhari – Hadis No. 2486 (Kitab pekongsian, Bab perkongsian dalam pemakanan) Rasulullah saw bersabda :

Sesungguhnya apabila golongan al-Asy'ariyyin, apabila mereka kekurangan bekalan dalam ekspedisi perang atau kekurangan makanan untuk anak-anak mereka di Madinah, mereka menghimpun (dan berkongsi) apa sahaja pakaian yang ada pada sisi mereka dan minum (secara berkongsi) daripada satu bekas air. Maka mereka daripada aku dan aku daripada mereka.

Oleh itu perkataan “Sesungguhnya Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya”, tidak hanya khusus kepada Ali tetapi meluas kepada beberapa sahabat yang lain.

Sudut Kedua : Maksud Hadis Ghadir Khum Disisi Para Sahabat

Di antara mana-mana generasi umat Islam, para sahabat adalah generasi yang paling memahami agama, khasnya maksud al-Quran dan al-Sunnah. Merujuk kepada al-Sunnah, para sahabat menyaksikan sendiri peristiwa yang melatarbelakangi sesuatu hadis (asbab al-wurud), memerhatikan sendiri lisan dan gerak badan (body language) Rasulullah ketika menyampaikannya dan tanpa lengah berpeluang untuk bertanya terus kepada baginda seandainya mereka tidak memahaminya.

Lebih dari itu, kefahaman para sahabat dipersaksikan sendiri kebenarannya oleh Allah swt. Allah berfirman :

“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.” [al-Taubah 9:100]

Dalam ayat di atas, Allah swt menerangkan keredhaan Nya terhadap para sahabat dan keredhaan para sahabat kepada-Nya. Tidak sekadar itu, Allah juga menjanjikan syurga yang kekal kepada mereka.

Para sahabat tidak memahami perkataan Mawla dalam Hadis Ghadir Khum dengan erti khalifah kerana jika demikian hadis tersebut akan berbunyi : “Barangsiapa yang aku adalah khalifahnya, maka Ali adalah khalifahnya.” Ini akan menjadikan wujudnya dua khalifah dalam satu waktu yang sama, sesuatu yang tidak dibolehkan dalam Islam. Hal ini adalah tidak mungkin kerana dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – Hadis No. 1853 (Kitab kepimpinan, Bab apabila dua khalifah menuntut baiah), Rasulullah saw menegaskan :

“Apabila terdapat dua khalifah yang menuntut dibaiah (diberi ikrar janji taat setia), maka bunuhlah yang kedua daripada mereka.”

Nah! Jika kefahaman para sahabat terhadap agama (al-Quran dan al-Sunnah) adalah salah atau mereka sengaja menyembunyikan kefahaman yang benar, pasti Allah tidak akan redha kepada mereka, apatah lagi menjanjikan syurga yang kekal kepada mereka. Ini tidak lain menunjukkan kefahaman para sahabat terhadap agama adalah benar dan apa yang mereka amal serta sampaikan kepada generasi seterusnya adalah juga benar. Tidak ada orang yang menyangkal kefahaman agama para sahabat melainkan mereka menyangkal persaksian Allah dalam ayat di atas.

Termasuk dalam kebenaran fahaman para sahabat terhadap agama ialah kefahaman mereka terhadap perkataan Mawla dan Wali dalam Hadis al-Ghadir. Sebelum ini para pengkaji Syiah sendiri telah menerangkan bahawa terdapat 110 orang sahabat yang meriwayatkan Hadis Ghadir Khum. Ahl al-Sunnah menambah, bahawa para sahabat tidak sekadar meriwayatkan hadis tetapi mereka juga memahami apa yang mereka riwayatkan. Justeru apakah kefahaman para sahabat seramai 110 orang yang menyaksikan Rasulullah saw berkhutbah menyampaikan Hadis Ghadir Khum?

Kefahaman mereka adalah Rasulullah saw ingin menjadikan Ali sebagai sebaik-baik penolong dan pelindung mereka. Ini kerana umat Islam asalnya adalah penolong dan pelindung bagi sesama mereka. Firman Allah:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain.” [al-Taubah 9:100]

Maka Ali adalah penolong dan pelindung yang paling utama bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan.

Seandainya didakwa Hadis Ghadir Khum hanya melantik Ali sebagai khalifah manakala jawatan tersebut disandang sesudah kewafatan Rasulullah, ia tidak mutlak kepada sebaik sahaja sesudah kewafatan baginda tetapi pada bila-bila masa sesudah kewafatan baginda. Lebih dari itu urusan umat Islam pada bila-bila masa sesudah kewafatan Rasulullah tidak terhad merujuk kepada Ali kerana dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah juga telah berpesan :

“Ikutilah dua orang sesudahku (yakni) Abu Bakar dan Umar (bin al-Khatab).” Ini adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh beberapa sahabat, antaranya Huzaifah bin al-Yaman, Abd Allah ibn Masud, Abu al-Darda’, Abd Allah ibn Umar dan Anas bin Malik. Lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis No. 3662 (Kitab al-Manaqib, Bab manaqib Abu Bakar dan Umar).

Oleh itu disisi para sahabat, perkataan Mawla dan Wali tidak bermaksud khalifah tetapi penolong dan pelindung umat Islam. Ini tidak sedikit jua mengurangi keutamaan Ali kerana khalifah adalah satu kedudukan yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab manakala Mawla adalah satu kedudukan yang dipenuhi dengan pelbagai keutamaan.

Sudut Ketiga : Maksud Hadis Ghadir Khum Disisi Ali Bin Abi Thalib

Di antara semua sahabat, orang yang paling memahami Hadis Ghadir Khum ialah Ali Bin Abi Talib ra. Ini kerana ketika menyampaikan hadis tersebut, Rasulullah telah memegang dan mengangkat tangan Ali. Akan tetapi sepanjang hayatnya Ali tidak pernah menggunakan Hadis Ghadir Khum untuk menuntut hak khalifah bagi dirinya. Zaid Bin Arqam ra menerangkan peristiwa khutbah Ghadir Khum, di mana antara lain Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang penting, salah satu daripadanya lebih besar daripada yang lain : Kitab Allah Taala (al-Quran) dan ahli keluarga terdekatku. Maka perhatikanlah bagaimana sikap kalian terhadap kedua-duanya sepeninggalan aku kerana sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga bertemu dengan aku di Telaga Haudh (di Akhirat kelak).”

(Zaid berkata) : Kemudian baginda bersabda : “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla adalah Mawla aku dan aku adalah mawla bagi setiap mukminin.”

(Kemudian Zaid menerangkan) : Kemudian baginda mengangkat tangan Ali ra lalu bersabda : “Barangsiapa aku adalah mawlanya maka inilah (Ali) walinya. Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.”

Hadis diatas dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak – hadis No. 4576 (Kitab Ma’refah al-Shahabah, Bab manaqib ‘Ali bin Abi Thalib). Ia disahihkan oleh al-Zahabi sebagaimana sebut Ibn Katsir didalam al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 5, ms. 209. Terdapat beberapa poin penting daripada hadis di atas :

1. Sabda Rasulullah saw : “…aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang penting…”, inilah yang dimaksudkan sebagai Hadis al-Tsaqalain dan ia akan dikupas dalam perbahasan seterusnya InsyaAllah.

2. Sabda Rasulullah saw : “…Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla adalah Mawla aku…” bererti Allah adalah penolong dan pelindung Rasulullah. Di sini perkataan Mawla tidak bermaksud khalifah kerana Allah bukanlah khalifah kepada Rasulullah, tidak juga kepada umat Islam. Ini selanjutnya menjadi bukti bahawa Hadis Ghadir Khum yang menggunakan perkataan Mawla dan Wali pada asalnya tidak membahas subjek kekhalifahan tetapi subjek penolong dan pelindung bagi umat Islam.

3. Keterangan Zaid Bin Arqam ra bahawa Rasulullah saw memegang dan mengangkat tangan Ali seraya bersabda : “Barangsiapa aku adalah mawlanya maka inilah (Ali) walinya”, menunjukkan bahawa orang yang paling memahami maksud Hadis Ghadir Khum adalah Ali bin Abi Thalib ra.

Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah Saw
Golongan Syiah mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah saw, semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bayt dan beberapa orang sahabat termasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar.

Golongan Syiah turut membuat tuduhan bahawa Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Selain itu, para pengikut mereka juga dikatakan sebagai musuh Allah swt.

Menghalalkan Dan Mengamalkan Nikah Mut’ah
Golongan Syiah menghalalkan nikah mut’ah. Mereka masih meneruskan amalan nikah mut’ah yang pernah diharuskan diperingkat awal Islam didalam keadaan dan masa tertentu. Ini menunjukkan bahawa mereka menolak pemansuhan syariat tersebut. Mereka berpendapat bahawa nikah mut’ah adalah diharuskan dalam syariat Islam. Mengikut ajaran dan fahaman mereka, perkahwinan mut’ah ini tidak memerlukan saksi, wali dan pengisytiharan.

Dalam nikah mut`ah ditetapkan tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, sama ada sebulan, setahun atau sehari. Bagi mereka, nikah mut`ah boleh dilakukan dalam tempoh satu jam atau dua jam, sehari, dua hari atau semalaman. Nikah mut`ah juga boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Apabila dilakukan aqad hendaklah disebutkan mahar (mas kahwin) dan tempoh yang diredhai oleh kedua-duanya.

Sekurang-kurangnya mahar ialah semangkuk gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Dalam nikah mut`ah juga tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut`ahkan. Oleh yang demikian, mereka berpendapat nikah mut`ah boleh dilakukan hingga seribu orang wanita.


Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka, imam- imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum.

Khalifah diwasiatkan secara nas. Golongan Syiah mempercayai bahawa imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul Nya secara nas. Mereka juga percaya wasiy Rasulullah saw ialah Ali. Kemudian Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hassan dan Hassan mewasiatkannya pula kepada Hussein sehinggalah kepada Imam Dua Belas al-Mahdi al-Muntazar.

Menambah Syahadah

Sebahagian penganut fahaman Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad saw. Perkara ini jelas bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah yang menyebut bahawa syahadah hanyalah kepada Allah dan Rasulnya sahaja tidak kepada Saidina Ali.











Menolak Qias


Penganut fahaman Syiah juga menolak qias, kerana mereka beranggapan beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini amat bertentangan dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah saw. dan ijmak ulamak. Permasalahan dalam kehidupan dunia ini adalah sangat luas dan akan berkembang dari satu masa ke satu masa. Oleh yang demikian sekiranya tidak boleh menggunakan qias akan menyebabkan agama menjadi jumud dan sempit. Justeru itu qias amat perlu sebagai salah satu kaedah didalam mengeluarkan hukum syarak.

Syiah Menghalalkan Transeksual

Syiah Menghalalkan Transeksual

Apakah itu Transeksual? Transeksual bolehlah didefinisikan sebagai seseorang yang percaya bahawa dirinya tidak mewakili atau menggambarkan sifat jantinanya yang sebenar. Transvestite ialah orang yang mengamalkan ‘transvestism’ yang ditakrifkan sebagai ‘the unnatural desire to wear the clothing of opposite sex’ atau keinginan memakai pakaian berlainan dengan jantinanya. Malah, golongan ini juga cenderung untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina.

Dalam bahasa yang mudah difahami Transeksual adalah makyah, pondan, bapok, darai dan sebagainya.

Amalan sebegini amat dilarang didalam Islam kerana ia termasuk dalam kesalahan mengubah ciptaan Allah yang Maha sempurna.

Firman Allah swt :

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata…” [Surah al-Nisa’ : Ayat 119]

“Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
[Hadis Riwayat al-Bukhari].

Walaubagaimanapun amalan jijik ini telah dihalalkan oleh Ulamak Syiah. Lihat Fatwa Ayatollah Ruhollah Khomeini :

Shia allow Sex Change = http://www.youtube.com/watch?v=Pt9oZlOU5UE

Fatwa tersebut telah disokong oleh Ulamak Syiah yang lain. Ulamak ini berkata menukar jantina tidak berdosa dan ia tidak mengubah ciptaan Allah :

Cleric says “Its not a sin” = http://www.youtube.com/watch?v=aAnZI2dQB3U

Ulamak sesat ini menghalalkan perbuatan keji tersebut berdasarkan dua hujah beliau iaitu :

1.Didalam al-Quran tidak menyatakan haram menukar Jantina
2.Ulamak ni menambah dengan analogi yang sesat iaitu sekiranya menukar jantina ini disamakan mengubah ciptaan Allah dan berdosa sudah tentu menebang pokok dan menjadikan sebagai kerusi atau meja juga boleh dikatakan sebagai mengubah cipataan Allah dan berdosa!

Yang berhak menentukan jantina seseorang adalah Allah swt. Adapun setiap kurniaan Allah dari Alam ini diperbolehkan kita mengubahnya untuk kebaikan kita.

Allah swt berfirman :

“Dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal dan keldai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak ketahui.” [An-Nahl : Ayat 8]

Semoga Allah menjauhi kita daripada ajaran sesat yang dibawa oleh fahaman Syiah.

Soal Jawab Bersama Ayatollah Rouhani


by Hadi Al-Shirazi on Friday, 03 September 2010 at 10:38
Soalan : Saya diminta untuk berkahwin dengan sepupu saya yang tidak pernah berjumpa sebelum ini dan saya ingin mengetahui adakah ianya cadangan yang baik?
Jawapan : Ia dibenarkan tetapi lebih baik jika berjumpa dan bercakap dengannya dahulu seperti yang disyorkan dalam Islam. Kemudian berkahwinlah, ia lebih baik sama ada dari segi pandangan Islam mahupun pandangan orang lain.

Soalan : Apa hukumnya jika si isteri keluar daripada rumahnya untuk mengadu pada orang lain tentang ketidakadilan suaminya tanpa meminta kebenaran?

Jawapan : Tiada masalah dengan itu.

Soalan : Saya seorang Sayyed dari Syiah tetapi keluarga saya tidak benarkan saya mengahwini orang dari mazhab yang lain, terutamanya Sunni dan Wahabi. Adakah pendapat keluarga saya itu benar?

Jawapan : Berkahwin dengan Sunni, Wahabi dan sebagainya adalah halal dan sah.

Soalan : Adakah boleh membaca qunoot dalam bahasa lain?

Jawapan : Qunoot hanya boleh dibaca dalam bahasa Arab, bukan bahasa lain.

Soalan : Berapakah jumlah yang sebenar syuhada di Karbala, dan berapa ramai dari kalangan Bani Hasyim?

Jawapan : Ahli sejarah menyatakan jumlah yang berbeza. Ada yang berkata 113 orang, dan ada beberapa yang namanya tertulis dan dikira 210 orang. Tetapi syuhada dari Bani Hasyim adalah 5 dari Bani Aqil, 3 orang keturunan Ja'afar, 19 orang keturunan Imam Ali (as).

Soalan : Apakah hukum melihat wanita tanpa hijab di dalam filem?

Jawapan : Melihat wanita Muslim tanpa hijab tidak dibenarkan tetapi tidak dilarang jika melihat wanita bukan Islam tanpa hijab.

Soalan : Apakah pandangan anda mengenai fahaman Baha'i? Bolehkah berkomunikasi dengan mereka?

Jawapan : Baha'i adalah aliran yang sesat. Komunikasi dengan mereka tidak digalakkan. Yahudi dan Kristian jauh lebih baik daripada mereka.

Soalan : Apakah hukum memakai pakaian serba hitam di hari selain daripada bulan Muharram dan Safar?

Jawapan : Ianya bagus untuk dipakai sewaktu majlis memperingati atau perkabungan terhadap Ahlul Bayt, dan tidak ada larangan untuk memakainya di hari yang lain.

Saturday, 1 January 2011

Polemik Gambar Pemimpin Syiah Berkucupan

Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh pihak pejabat Sheikh Yasser al-Habib di London melalui e-mail terhadap soalan saya mengenai gambar-gambar yang kononnya menunjukkan pemimpin-pemimpin Syiah bercium mulut sesama lelaki.

Ini adalah kerja orang yang berniat jahat - memanipulasikan gambar. Gambar-gambar sebegini banyak tersebar di dalam internet, website dan juga Facebook.

Di bawah ini adalah salinan e-mail yang dihantar kepada saya :

In His Name the Most High, All praise is due to Allah, may peace be upon Muhammed and his pure progeny and may the curse of Allah be upon their enemies.

The Office Answer :

Assalamu Alaikum, Dear brother, firstly we apologise for the delay in replying to your enquiry due to some circumstances beyond the office control. Secondly, in regards to your enquiry, this is one of the - exposed - misleading activities carried out by the Bakri and Wahabi groups.

They choose a set of shots taken from specific angles in which it appears as if man 'A' - in the taken shot - is kissing man 'B' on his lips. However, this is not the case, when the two men greet each other - as usual - they lean forward and turn their faces to either side (i.e. right or left in alternation).

If the camera angle was focused on the two men, then one of the taken shots would show the closeness of man A's lips to man B's as they switch to either side. Thus, you find the opponents of Ahlulbayt exaggerating and lying and claiming otherwise. May Allah kill them!

How deviated they are! 29th Sha'ban 1431 The Office of Sheikh al-Habib in London Di bawah ini ada beberapa contoh gambar yang membuatkan golongan-golongan Bakri, Wahhabi dan Nawasib bersorak keriangan kerana mereka menyangka mereka berjaya mengenakan kita semua

: Semoga Allah melaknat musuh- musuh Ahlul Bayt!

Siri KHOMEINI DAN SYIAH

Ia berdasarkan buku karangan ulama Ikhwan Muslimin Syria yg dihormati,Sheikh Said Hawa bertajuk Khomainiyyah - Syuudzuz fi Al 'Aqaid wa Al-Mawaqif (KHOMEINI: KEGANJILAN PADA AQIDAH DAN PENDIRIAN).

Membahaskan tentang seorang tokoh yang dikenali ramai sentiasa mengundang kontroversi. Khomeini merupakan seorang figure yang bagi para penyokongnya, seorang tokoh ulung yang sentiasa dijulang dan dipuja. Kejayaannya menjatuhkan regim Shah Iran melalui Revolusi Iran telah mengangkat Khomeini sebagai idola politik bahkan agama oleh mereka yang mengaguminya.

Walau bagaimanapun, politik abad ke-20 bukanlah suatumedan yang cetek sehingga analisa dan andaian boleh dibuat dengan mudah. Tidak semua yang dilihat dengan mata kasar merupakan hakikat yang tersurat lagi tersirat. Adakalanya sebentuk kejayaan yang dicapai ketika masa berada dalam tekanan, menjadikan mereka begitu cepat menerima, tanpa banyak soal.

Lihat sahaja tindakan Ataturk memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara, merupakan tindakan siasah yang bijak. Ankara pada ketika baru sahaja dilanda krisis akibat kebakaran besar yang hampir memusnahkan bandar itu, menjadi sebab Ataturk disambut dengan sepenuh hati oleh penduduk tempatan. Khomeini telah kembali ke Iran dari tanah buangannya di Perancis, membawa rakyat keluar dari kekejaman regim Shah Iran. Beliau tiba di Iran tepat pada masanya!