Pages

Showing posts with label Hindari. Show all posts
Showing posts with label Hindari. Show all posts

Wednesday, 12 January 2011

KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/

Salam Ukhwah..~

5 TANDA HATI KERAS

5 TANDA HATI KERAS

by Khairil Mkhairil on Tuesday, 17 August 2010 at 03:41
 
 
HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
    Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau
     berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang
     bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka,
     melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya
     tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta
     mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri
     peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
    Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia.
    Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego
    dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan 
    Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
    Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan
    seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah
     kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali
     setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Tanda-tanda orang yang bersikap Ego.

by Mohamed Ibrahim Maricar on Monday, 16 August 2010 at 14:18
Kita perlu ingat ada satu sifat Allah yang tidak boleh diambil dan ditiru kerana ia hanya khusus untuk Allah sahaja.
Sifat itu ialah sifat Al-Kabir, yang bererti sombong ataupun ego.

Ini merujuk kepada sebuah hadis yang berbunyi:
"Kabir (sombong) itu adalah selendangku (pakaianku) dan barang siapa yang mengambilnya bererti dia telah menanggalkan pakaianku".
Jesteru itu, ada baiknya kita menilai diri kita, adakah kita mempunyai sifat ego didalam diri kita atau sebaliknya.

Mari kita lihat tanda-tandanya.

1. Kalau diberi sesuatu jawatan dia rasa seronok atau terhibur.
Kalau seseorang itu diberi jawatan sama ada kecil atau besar, dia rasa senang hati atau bangga. Tidak pernah bersusah hati, sedangkan orang yang tiada sifat ego dalam dirinya dia akan rasa takut untuk menerima jawatan itu. Hendak ditolak tidak patut kerana telah diberi kepercayaan, tetapi dia takut dan bimbang kalau-kalau gagal dalam memikul tanggung-jawabnya dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

2. Kalau dia seorang pemimpin dia bersikap kasar.
Kalau dia pemimpin, dia tidak pernah memikirkan perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan daripada meminta bantuan. Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap.

3. Kalau tidak terlantik rasa tidak senang.
Dia akan merasa susah hati atau tergugat apabila orang lain memegang jawatan yang dia rasakan mampu untuk menjawatnya. Dia juga akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan ke bahagian lain apatah lagi jika diturunkan pangkat. Orang yang tidak ego akan berkhidmat selagi mampu dengan tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dapat memberi sumbangan dan tidak bertentangan dengan syariat.

4. Kalau dia pengikut susah hendak ikut cakap.
Kalau dia menjadi anak buah, dia payah hendak patuh dan taat kepada ketuanya. Kalau patuh pun kerana segan dimarahi ataupun kerana diperhatikan orang. Dia terpaksa membuat kerja kerana paksa rela tetapi bukan ikhlas kerana Allah.

5. Mudah marah
Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata-kata orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalaupun marahitu tidak dizahirkan, tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam didalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain.

6. Mudah tersinggung
Didalam sifat orang yang pemarah itu, dia jg mempunyai sifat yang  terlalu emosional & mudah tersinggung. Dia tidak boleh melihat orang lain lebih baik daripadanya, tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada orang yang cepat buat kesilapan, dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi jika dia akan merajuk. Kononnya nak minta orang pujuklah tu.

7. Suka Berkawan dengann orang bawahan supaya dirinya lebih menonjol.
Dalam berkawan, dia gemar memilih kawan dari kalangan yang tidak menonjol atau orang yang lebih rendah taraf atau pangkatnya dan tujuannya bukanlah untuk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh orang lain. Agar kemana-mana dia pergi orang akan nampak dia. Dia tidak senang hati kalau di dalam sesuatu majlis itu, dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh orang lain.

8. Sukar untuk menerima pendapat orang lain.
Orang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya. Lebih-lebih lagi sekiranya dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin, pasti dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar. Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata-kata seseorang yang lebih muda daripadanya.

9. Dalam majlis perbincangan, tidak senang orang lain memberi pandangan.
Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi, dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat.

10. Dalam majlis perbincangan, suka memotong percakapan orang lain.
Apabila berada di dalam sesuatu majlis, dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya. Mungkin juga supaya orang nampak bahawa dia banyak memberi pendapat dan pandangan di dalam majlis itu.

11. Di dalam majlis, hanya suka pandangannya sahaja diterima.
Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerima pendapat orang lain. Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai. Tambahan pula, kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik.

12. Tidak senang kalau kemajuan tercetus di tangan orang lain
Walaupun orang itu daripada kumpulan atau organisasi yang sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu tercetus bukan dari hasil usahanya apatah lagi kalau orang itu mendapat pujian dan disanjung oleh orang lain. Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya, memujinya dan menyanjunginya.

13. Sering bercakap dengan suara yang tinggi
Ketika berkata-kata, suaranya sering melebihi had yang sepatutnya. Ini lebihketara apabila merah ataupun tidak puas hati. Dia tidak tahan dicabar, pastidia akan mencabar semula.

14. Dia lebih gemar memperkenalkan dirinya.
Kalau dia membuat kerjanya akan dalam konteks yang lebih luas ruang lingkup serta peranan yang perlu dimainkan. Dia lebih gemar memperkenalkan tentang dirinya atau bahagin yang dipegangnya darirpada memperkenalkan ketuanya atau kumpulannya.

15. Sembahyang lewat serta tidak mahu berdoa selepas sembahyang.
Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan Tuhan. Dia lupa bahawa Allah yang menentukan masa depannya tetapi dia tidak mahu berdoa selepas solat walaupun sekejap. Lebih baik lagi jika dia sujud syukur setiap kali selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita.


Tuesday, 4 January 2011

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN

by Armiza Aris on Tuesday, 31 August 2010 at 08:06
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK

Saturday, 1 January 2011

USAH MENUNJUK-NUNJUK.

By Syam Mahzar Friday, August 13, 2010 at 5:14pm

Salam Jumaat kepada semua. Indah sungguh hari penghulu segala hari ini. Dengan segala amalan baik diganda2 kan pahalanya, dan berkat bulan Ramadhan, inilah Jumaat pertama Ramadhan 1431H.

Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik daripada sebelumnya. Ini peringatan ringkas kepada diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Semoga dapat berkongsi sedikit manafaatnya jika ada. Dalam bulan yang penuh dengan Rahmat dan Baraqah ini, selesai seminggu berpuasa Ramadhan, boleh kita buat self- check, semakan awal, selesainya minggu pertama, seperti yang telah dijanjikan, hari2 Ramadhan akan berlalu dengan pantas, dan melepaslah kita dengan peluang jika tidak diambil kesempatan, dan tahun 1432H belum tentu kita mendapat peluang Ramadhan lagi.

Dalam kita menghidupkan hari2 dan malam2 Ramadhan, kita mestilah buat secara bermujahadah : bersungguh- sungguh. Kepenatan (jika terasa sakit urat, sendi, lutut dsbnya) insyaallah akan dibalas dengan sebaiknya seperti firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69.

Kita juga perlu ada al-himmatu wal aziimatu : semangat dan keazaman yang tinggi. Kata seorang ulama terkenal " Allah memberi taufiq dan pertolongannya mengikut niat, semangat dan kehendak hambaNya.

Di samping itu, kita juga di gesa untuk buat at-tanaa phasu : berlumba-lumba melakukan amalan. Berhubung dengan berlumba- lumba melakukan amalan ini, ada segelintir ahli masyarakat yang bukan sekadar tunjukkan apa amalan yang mereka lakukan, malahan mereka seperti menunjuk-nunjuk lah pula.

Bila dibuat majlis penyampaian sumbangan kepada rumah anak2 yatim (mereka memang murah rezeki bulan Ramadhan ni) kenapa perlu di panggil semua wakil media yang ada (dan memang wakil media datang kerana tugas dan ada berbuka puasa selepas itu).

TAMBAHAN NOTA: ADA SEDEKAH (SUMBANGAN) YANG MEMANG DI SUNATKAN UNTUK DI TUNJUK DAN DI TUNJUK-TUNJUK IAITU BAYARAN WAJIB SEPERTI SEDEKAH DAN SUMBANGAN KE JALAN ALLAH – DERMA MENDIRIKAN MASJID DSBnya.

DENGAN TUJUAN MENGINGATKAN ORG LAIN (YANG BELUM BERZAKAT) DAN MENAIKKAN SEMANGAT ORG LAIN UNTUK BERBUAT PERKARA SAMA.

AKAN TETAPI: Sedekah peribadi kepada seseorang, individu yang memerlukan, yang secara fitrahnya dia merasakan martabatnya rendah kerana terpaksa meminta, atau mereka tidak pun meminta-minta tetapi kita tahu mereka ini golongan yang memerlukan, maka sedekah secara individu sebegini, di sunatkan untuk dibuat secara diam-diam, sehingga ada hadis yg maksudnya seolah-olah tangan kanan memberi tangan kiri pun tidak tahu.

Dan sedekah / sumbangan sebegini haruslah segera dilupakan, supaya tidak terungkit2 nanti

JANGAN KAHWIN YANG 6

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah :

wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah :

wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah :

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan- angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah :

melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah :

ada 2 makna: Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make- up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji- puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah :

banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al- Ghazalli...

Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin.. Salam Ukhwah..~