Pages

Showing posts with label Sihir. Show all posts
Showing posts with label Sihir. Show all posts

Monday, 24 January 2011

JAMPI/MENTERA PENGASIH

Wak Dol > satu ISLAM


Soalan; Assalamualaikum ustaz,saya sebagai hamba Allah amat musykil dengan adanya amalan, yang tidak diketahui di bolehkan atau tidak sehingga takut menjejaskan iman saya sebagai orang muslim (SYIRIK). Oleh yang demikian saya ada pertanyaan mengenai Ilmu Pengasih. Contohnya: Bismillahhirrohmanirrohim Mandiku mandi air Nur amanjani Siraman sekali mudalah kulitku Siram kedua datang kasih sayang sekalian yang memandang Siraman ketiga bur memancar cahyaku karena aku memakai pemikat bidadari dari syurga mustajab diaku kabul berkat izin Allah Nurun ala nurin bolehkah ianya di amalkan dan apakah ada kaitannya dengan pertolongan daripada makhluk halus? Diminta ustaz menghuraikan apa yang berada di benak saya selama ini.Minta pendapat daripada ustaz secepat yang boleh.

Jawapan;

Adalah lebih baik saudara/saudari meninggalkan jampi/mentera yang tidak jelas maksudnya dan tidak jelas dari mana datangnya kerana dibimbangi ia membawa kepada pemujaan selain Allah (memuja iblis, syaitan, jin atau sebagainya).

Sabda Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam-; "Sesiapa menjaga dirinya dari melakukan perkara yang syubhah (yang samar antara halal atau haram), sesungguhnya ia telah menyelamatkan agama dan kehormatan dirinya. Sesiapa melakukan yang syubhah, dibimbangi ia akan terjatuh ke dalam yang haram" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari an-Nu’man bin Basyir –radhiyallahu ‘anhu-).

Dalam sebuah hadis, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal- tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al- Hakim dari Ibnu Mas ’ud r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 2002)

(*At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no. 2002).

Jangan terpengaruh dengan perkataan Bismillah atau nama Allah yang tertulis di awal jampi/ mentera atau diakhirnya kerana perkataan tersebut tidak boleh menjadi hujjah untuk menghalalkan yang haram sekalipun manusia menulis atau melafaznya puluhan atau ratusan kali sekalipun. Ia sama seperti seorang yang bersumpah dengan nama Allah sedangkan kandungan sumpahnya adalah palsu, maka nama Allah itu tidak menjadikan sumpah palsu itu sebagai benar (malah ia berdosa di sisi Allah kerana bersumpah palsu).

Begitu juga seorang yang membaca Bismillah ketika minum arak, Bismillah itu tidak akan menjadikan arak itu halal. Adalah memadai kita memohon hajat kita terus dari Allah dengan berdoa dengan bahasa yang kita fahami (mengikut hajat kita) atau dengan kita berzikir dan berdoa dengan doa-doa yang maksur dari Allah dan RasulNya.

Cukup banyak doa-doa dalam al-Quran dan as-Sunnah yang dapat kita pilih yang bersesuaian dengan hajat kita. Doa yang diambil dari al-Quran dan as-Sunnah telah jelas kebenarannya, bebas dari syirik dan diberi pahala bila kita membacanya kerana ia adalah ibadah. Di samping berdoa dengan doa-doa yang maksur, kita juga boleh memohon hajat kita dari Allah dengan melakukan solat hajat, solat istikharah, solat malam dan amalan-amalan sunat yang lain (seperti puasa, sedekah, membaca al-Quran dan sebagainya di mana setelah kita melakukan amalan-amalan soleh itu, kita mengangkat tangan berdoa kepada Allah agar hajat kita dimakbulkan. Ini dinamakan bertawassul dengan amalan-amalan soleh).

Jelaslah kepada kita bahawa cara dan kaedah untuk kita memohon hajat dari Allah mengikut cara yang telah disyariatkan oleh Allah dan RasulNya di dalam al-Quran dan as-Sunnah cukup banyak, telah memadai untuk kita dan tidak perlu lagi kepada jampi-jampi, mentera-mentera atau lain-lainnya yang tidak pasti kebenaran dan manfaatnya. Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Tuesday, 4 January 2011

Mengenakan ilmu hitam pada wang kertas

by Kisah Teladan on Thursday, 02 September 2010 at 16:56
 
 
Mengenakan ilmu hitam pada wang kertas

<span> Cerita ini benar-benar berlaku yang saya perolehi daripada pelanggan yang datang berubat dengan Pak Long Non. Oleh kerana ia tidak mengaibkan, saya sedia menceritakannya dan harap ia dapat dijadikan panduan kepada tuan/puan terutamanya para peniaga.

Pemilik sebuah premis menjual makanan dan minuman di sebelah Sekolah Sultanah Bahiyah, Alor Star sedang rancak perniagaanya kerana meraih jumlah pelanggan yang lebih ramai berbanding kedai-kedai yang lain. Boleh dikatakan setiap hari kedai Kak Ani yang diusahakan bersama anaknya, dipenuhi pelanggan dan keutungan harian yang diperolehinya juga agak lumayan. Saya belum pernah merasa masakan Kak Ani , tetapi besar kemungkinannya resepi yang digunakan oleh Kak Ani agak istimewa sehinggakan ramai pelanggan yang berpuas hati setelah menjamu selera di warung mereka.
Namun langit tidak selalu cerah, sejak kebelakangan ini ramai pelanggan yang merungut tentang masakan kedai itu. Macam-macam diperkatakan, masakan mereka berbau, tampak berbuih dan rasanya tidak menyelerakan seperti biasa. Pada mulanya, Kak Ani dan anaknya menyangkakan yang ada orang sengaja ingin menabur fitnah dan sengaja mereka cerita.
Hinggalah pada suatu hari, seorang pelanggan tetap mereka mengadu tentang kuah gulai yang disediakan telah berbuih. Kak Ani dan anaknya kehairanan dan kelihatan agak bingung. Macammana boleh basi pulak ? gulai tu baru saja lepas masak. Dok panas-panas lagi . Berdasarkan logik akal, mustahil masakan yang baru diangkat daripada api dapur boleh menjadi berbuih. Tetapi selepas peristiwa itu, banyak lagi perkara-perkara aneh yang berlaku pada premis Kak Ani.
Setelah mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang dikenali, Kak Ani dimaklumkan bahawa perniagaannya mungkin telah disihir oleh orang yang busuk hati terhadap kemajuan kedai mereka. Salah seorang daripada mereka menasihatkan Kak Ani supaya berikhtiar dengan berjumpa Pak Long Non. Oleh kerana kebuntuan dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian serta ingin mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku di premis mereka, Kak Ani pun datang berjumpa dengan Pak Long Non di Pokok Sena.
Setelah Pak Long Non mendengar cerita daripada Kak Ani, beliau pun mula bersolat dan memohon doa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olek Kak Ani dan anaknya. Setelah hampir suku jam, Pak Long Non keluar dan bertanyakan samada pernah ada seorang pelanggan yang datang ke kedai untuk membeli makanan dengan menghulurkan wang kertas lima ringgit. Dan apabila hendak dipulangkan baki tersebut, pelanggan itu menolaknya dan terus pergi. Kak Ani mengakui yang memang ada peniaga dari salah sebuah kedai di situ juga yang datang membeli satu bungkus Nasi Ayam dengan tidak mengambil balik baki daripada wang kertas 5 ringgit yang diberinya.
Pak Long Non mengatakan, besar kemungkinannya orang tersebut telah mengenakan sihir dengan wang kertas RM5 tersebut supaya perniagaan mereka menjadi lingkup. dan bankrup. Pak Long Non juga memberitahu bahawa ilmu hitam telah dijampi pada wang RM 5 tersebut dan syaitan yang menjadi penunggu duit tersebut akan terus tinggal di premis Kak Ani untuk membuat khianat pada perniagaan mereka. Orang itu juga akan datang lagi selepas ini dengan melakukan perkara yang sama dan Pak Long Non menasihatkan agar Kak Ani tidak menerima wang kertas RM5 yang akan diberinya nanti.
Pak Long Non membuat sedikit air penawar untuk kegunaan Kak Ani serta memberi <span> Azimat Pelaris</span> Pelaris untuk kegunaan kedai, rumah & diri Kak Ani serta anaknya. Beliau juga menenangkan Kak Ani agar tidak perlu risau tentang masalah ini dan banyakkan berdoa kepada Allah swt. <span> Untuk maklumat tentang Azimat untuk murah rezeki, pendinding diri & pelaris perniagaan (klik sini)</span>
Setelah beberapa hari, memang benar terjadi seperti yang dijangkakan oleh Pak Long Non. Peniaga yang berjiran beberapa buah kedai daripada gerai Kak Ani, datang lagi untuk membeli Nasi Ayam. Kak Ani terkejut kerana wang kertas RM5 juga digunakan untuk membuat bayaran oleh orang itu dengan tidak mahu mengambil bakinya. Kak Ani menahan sabar dan mengingatkan pesan Pak Long Non supaya tidak mengambil wang RM 5 tersebut. Tak payah bayar la, Nasi Ayam ni saya kira sedekah. Ambik la balik duit tu, saya tak mau, ujar Kak Ani menahan kemarahannya. Setelah mendengar sindiran daripada Kak Ani, jiran niaganya terus pucat mukanya, seakan tidak berdarah. Tampak jelas perubahan wajahnya seperi orang yang telah melakukan kesalahan. Orang itu terus berlalu tanpa mengatakan apa-apa.
Kini, dengan kuasa Allah swt, warung makanan Kak Ani kembali laris malah semakin banyak pelanggan yang berkunjung berbanding dahulu. Manakala peniaga yang disyaki mengenakan sihir dengan menggunakan wang kertas lima ringgit itu telah tutup perniagaannya kerana mengalami kerugian setiap hari. Mungkin inilah balasan Allah ke atas orang-orang yang bersifat iri hati dan menggunakan ilmu hitam untuk mencapai sesuatu tujuan dengan mudah. </span>
sumber :
http://kedah2u.com/