Pages

Monday, 3 October 2011

Pengaruh Garam dalam Masyarakat dan Petua Melayu


Pengaruh Garam dalam Masyarakat dan Petua Melayu

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Friday, 11 February 2011 at 01:19
Masyarakat Melayu lama mempunyai banyak petua tentang garam. Garam dianggap sebagai bahan masakan yang amat perlu untuk menambah kelazatan masakan. Garam juga boleh membawa banyak kesan kepada manusia. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam. Kandungan natrium dan klor dalam garam memang diperlukan tubuh untuk menjaga keseimbangan asid dan mengawal tekanan osmotik. Biarpun garam dikatakan dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut, pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan banyak penyakit seperti darah tinggi. Lebih teruk lagi, garam yang berlebihan boleh mengikis kalsium sehingga menyumbang ke arah reput tulang.

Sebenarnya, garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediterranean yang lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium. Garam laut Mediterranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. Mengikut kajian saintifik, garam didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat. Garam amat ditakuti oleh segala binatang berbisa dan sering menjadi penawar atau teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba. Kalau halaman rumah penuh dengan siput babi, taburan garam dipercayai dapat menghalau siput babi itu.

Sering juga, orang Melayu menggunakan garam untuk menyemah rumah. Menyemah rumah adalah satu upacara untuk menghalau gangguan unsur ghaib seperti jin dan syaitan. Upacara menabur garam ini juga disebut 'pagar rumah'.
Kepercayaannya, rumah yang tidak dipagar boleh menjadi punca anak-anak keras hati, bayi menangis tak henti-henti tanpa sebab, suami isteri sering bertengkar dan rumah jadi 'panas'.

Dalam upacara 'pagar rumah', biasanya, garam kasar akan ditabur di semua penjuru dalam dan luar rumah sambil membaca ayat kursi berulang-ulang. Ada beberapa tertib perlu diikut dalam memagar rumah. Antaranya, penghuni rumah tidak boleh melakukan maksiat dan mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak boleh meninggalkan suruhan Tuhan seperti solat lima waktu. Jika tidak diturut, 'pagar' tadi akan terlerai. Dipercayai, rumah yang sudah 'dipagar' tidak boleh dimasuki sesiapa yang berniat jahat. Jika penceroboh dapat masuk sekalipun, penceroboh itu tidak akan dapat keluar sehinggalah tuan rumah menangkapnya. Namun pantangnya, jika tuan rumah berjaya menangkap si penceroboh itu, penceroboh tidak boleh dipukul atau diapa-apakan. Tuan rumah mestilah melepaskannya dengan hanya memberi nasihat kepadanya supaya bertaubat.

Petua tentang garam juga banyak diperturunkan oleh orang tua dahulu. Jika sakit gusi atau gigi, berkumurlah dengan air garam. Kalau gusi atau mulut pecah-pecah (ulcer), bubuh sahaja secubit garam pada luka itu. Jika kaki pecah-pecah, kulit kaki mengelupas, kaki berbau, kaki rasa pegal-pegal, rendamlah kaki dalam air garam. Jika kulit seakan bersisik atau bermasalah, mandilah air garam atau air laut. Sesungguhnya, ramai yang telah pun meraih manfaat daripada petua garam ini.

Garam memang banyak kegunaannya dalam kehidupan manusia. Tanpa teknologi peti ais, makanan boleh bertahan lama dengan cara mengawet menggunakan garam. Itulah sebabnya antara makanan Melayu, terdapat ikan masin, telur masin, sayur masin, asam masin dan jeruk. Jeruk terdiri daripada buah-buahan belum matang yang diawetkan dengan garam dan gula, kemudian diperap semalaman. Jeruk dapat dimakan begitu sahaja dan menjadi kesukaan perempuan mengandung.
Kemungkinan, jeruk terhasil kerana sikap masyarakat Melayu yang tidak suka membazir. Buah-buahan belum matang mungkin gugur dari pohonnya disebabkan angin kuat atau angkara monyet. Disebabkan tidak mahu membazir, makanan itu diawetkan menjadi jeruk.

'Banyak asam banyak garam, banyak macam banyaklah ragam'. Sememangnya dalam masakan, orang Melayu perlu pandai mengagak dengan deria rasa. Jika asam dimasukkan ke dalam lauk secara berlebihan, akan mengakibatkan masakan masam. Kalau garam pula berlebihan, masakan jadi masin. 'Asam garam kehidupan' membawa erti segala pengalaman hidup yang pelbagai - kadangkala baik, kadangkala buruk. Justeru siapa yang lebih banyak 'makan garam' sudah tentu orang-orang tua kerana mereka telah lama hidup dan telah melalui pelbagai pengalaman. Orang yang lebih muda sememangnya patut menghormati orang-orang tua dan mempelajari nilai-nilai yang baik melalui mereka. Namun kenapa pula asam dikaitkan dengan garam?



Sensitiviti ummah terhadap isu semasa: Di mana kamu wahai pemuda kebanggaan Rasulullah s.a.w?


Sensitiviti ummah terhadap isu semasa: Di mana kamu wahai pemuda kebanggaan Rasulullah s.a.w?

by Sunnah Pejuang on Thursday, 10 February 2011 at 23:26
Generasi muda adalah aset ummah dan merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:

Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.

Sabda Rasulullah saw.

إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
(HR Ahmad dan Abu Yu’la )

Generasi muda perlu peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul kerana masa depan ummah tergalas di bahu mereka. Jadi, apakah layak bagi generasi muda, hidup dalam keadaan leka dan alpa?

Sabda Rasulullah saw:

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”

Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”

CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.

Paling minima, cabaran utama yang akan ditempuhi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:

Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat

Lantaran itu, mereka sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, yakni cabaran yang tak mungkin mampu diatasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman. Tanpa persiapan sedemikian, mereka akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.

Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” generasi muda yang amat mudah dipengaruhi.

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِك.

Maksudnya:
Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.

Sabda Rasulullah saw:

لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.

Maksudnya:

Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya. ( Riwayat At- Tarmizi )

Antara isu yang menguji keperihatinan pemuda hari ini, seringkali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.

SERANGAN PEMIKIRAN

Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah.

1. Barat
Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat.

Ø Dalam hal pentadbiran, Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan agama dari urusan hidup sehari . فصل الدين عن الحياة

Ø Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan
فصل الدين عن الحكومة و الدولة

Ø Sementara dalam urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi. Urusan politik pula,Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.

Ø Urusan kemasyarakatan juga demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.

2. Timur Blok Komunis
Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Islam.

Soalnya, kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam? ( Sifat Isu ini berpanjangan )
Ini kerana Islam yang syumul itu secara fitrahnya mempengaruhi akal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat dan ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.

Firman Allah swt:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا . فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.  ( An-Nasr: 1- 3 )

RANCANGAN JAHAT MEREKA

Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut. Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya. Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )

Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut:

* Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali
* Isytihar Negara Sekular
* Mengekang gerakan Islam
* Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada perlembagaan atau undang-undang sivil ciptaan manusia.

Tindakan jahat mereka tidaklah terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi. Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.

Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu:

a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية
b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية
c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية
d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل
i) Gerakan Komunis

Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.

Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.

Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah seramai satu juta.

1928: Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.

1930: Kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan.

Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.

Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam

1. Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan: “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.

2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”

3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan: Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.

4. Mu’tamar ke 22,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa: Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.

KESAN PEMBAWAAN KOMUNIS DALAM DUNIA ISLAM

Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah..

Menimbulkan isu untuk menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah. Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء

Maksudnya ;
Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang yang dagang ( asing )

b) Gerakan Solibiyyah

Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.

Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.

1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan Sistem Khilafah.
2. Bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.
3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.
4. Memecahkan kesatuan ummat Islam.
5. Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan “Women Liberation “ dan sebagainya.

Wasilah-wasilah Mereka;

1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .
2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3. Khidmat kebajikan masyarakat.
4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya.
5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.

c) Gerakan Yahudi dan Freemason

Firman Allah swt:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

Maksudnya:
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ( Al-Maidah: 82 )

Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.

Gerak Jahat Yahudi

1. Menubuhkan kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.

2. Pengisytiharan kemerdekaan Israel padaa 15 Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.

3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:

Ø Kerjasama Israel Antarabangsa
Ø Mu’tamar Yahudi Antarabangsa
Ø Kesatuan Sahafi ( wartawan ) Yahudi Sedunia
Ø Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi
Ø Pertubuhan Israel Sedunia
Ø Majlis Yahudi Rabbani Sedunia
Ø Pertubuhan Zionist Sedunia

Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:

a) Freemason
b) Rotary Club
c) Lions Club

Freemason, Rotary dan Lions

Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam.Mereka mempengaruhi manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk “brain wash” pemuda/I,sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.

Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu tahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية تبرر الوسيلة .

Melalui protokol ke-11,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina. Adapun mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.

( Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya. Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang merupakan seorang pengarang Nasrani. ) [2]

Objektif Politik Zionist

1. Penguasaan ekonomi
2. Kekuatan tentera
3. Penguasaan media massa
4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran.
d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam.

Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum bangsa kita, mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang Islam.Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam sama ada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah. Ancaman golongan adalah sangat bahaya kerana ia menyusup masuk ke dalam saf-saf kita. Mereka menguasai ummat Islam dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian, media massa, jabatan-jabatan pendidikan, yayasan-yayasan, badan-badan berkanun dan badan-badan swasta.

Lantaran itu, dengan tidak disedari mereka telah meresapi ideologi dan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerimanyai. Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini. Wahai, pemuda-pemuda kebanggaan Rasulullah s.a.w! Ingatlah akan penegasan Allah s.w.t:

لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ . مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

Maksudnya:

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
( Ali Imran 196-197 )

APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH GENERASI MUDA UNTUK MENGHADAPI CABARAN INI

1. Tingkatkan kesedaran Thaqafah dan Tasawwur ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar.

2. Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh dalam apa jua bentuk isu.

3. Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya. Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama Allah swt.

4. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran. propaganda isu dan keganasan senjata musuh, sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam.

Firman Allah swt:

فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ . بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرحيم

Maksudnya:

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. ( Ar- Ruum: 4-5 )

 KERUNTUHAN MORAL.

Kepincangan nilai dan keruntuhan moral gerasi muda pada hari ini amat membimbangkan, sehingga ia menjadi satu masalah kronik bagi negara-negara yang didiami ummat Islam. Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas minda ummat Islam.Mereka meransang nafsu dan menaja seks bebas serta hiburan yang tidak terbatas untuk menyeret pemuda-pemudi menjadi liar dan buas semata-semata mencari kepuasan yang tak kunjung puas. Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara, mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula tidak memperdulikan azab dan neraka.

Majalah-majalah dan video -video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu, malah ianya suatu yang rutin bagi generasi muda hari ini! Masyarakat bandar dan desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah-celah pembangunan yang mencakar langit. Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari Ilahi buat semua manusia agar sedar dan insaf. Barat menaja kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwat. Mereka mendakwa kebebasan adalah kebanggaan antarabangsa.

KEBEBASAN TAJAAN BARAT

1. Bebas dari kongkongan tanggungjawab di rumah. Sehingga mereka lebih senang mengunjungi kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan dari tingggal di rumah.

2. Bebas berpakaian malah sampai keperingkat berpakaian tetapi telanjang.

3. Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin, akhlak dan tatasusila . Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan.

4. Bebas beraqidah dan memegang prinsip.

5. Pembebasan wanita dengan menuntut hak yangg sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai suri rumah atau pembantu lelaki.

6. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain. Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam.

7. Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan. Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat. ( dalam masa yang sama mereka mengekang Islamic media )

ISU DALAM WAJAH: TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR

Pemerintahan sekular adalah pemerintahan yang menjarakkan agama dari politik.( أد ما لقيصر لقيصر و ما لله لله ). Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama. Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah. Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi.

وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal-kepada orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. ( Al-Maidah: 49-51 )

Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam. Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.

Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah:

1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )

* Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan.

* Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.

* Melontarkan istilah-istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau, ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati generasi muda.
* Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini.

* Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.

2) Mengekang Harakah Islamiyyah

* Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.

* Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah. Pelbagai tuduhan dan helah ( isu ) dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.


3) Undang-undang ciptaan manusia

* Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam.

* Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.

* Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.

* Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).

4) Sistem pendidikan sekular

* Suatu sistem yang membuatkan pemuda/i tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah syahadah.

* Sistem yang memburu kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal.

* Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.

* Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yang dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti.

* Sistem yang mendidik pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti.

* Menghapuskan tulisan jaawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.

Wahai Generasi Muda ……Masa depan ditanganmu !!

Dan ianya Milik Islam …..

Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya. Ia mampu membunuh stamina perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras.

Islam adalah suatu agama yang optimis, sensitif (berhati-hati) dan responsif, dan ia melarang ummatnya beku membatu diri, pasif dan dhoif. Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah.

Namun, sebagai seorang pemuda muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala kemungkinan. Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.

Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan putus asa, demikianlah sunnatullah

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. ( Ali- Imran 140 )

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمْ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. ( An-Nuur-55 )


Masih ingin membantu dan hanya menyalahkan pihak lain????! Di mana kamu wahai pemuda-pemuda kebanggaan Rasulullah s.a.w?
 ·  · Share

Kita seperti benih kecil


Kita seperti benih kecil

by Islam Always In My heart on Thursday, 10 February 2011 at 23:16
Jangan pernah merasa malu dengan segala kekurangan. Jangan merasa sedih dengan ketidaksempurnaan. Kerana Allah, menciptakan kita penuh dengan keistimewaan. Dan kerana Allah, memang menyiapkan kita menjadi makhluk dengan pelbagai kelebihan.

Seperti benih pohon menyimpan segalanya. Benih  menyimpan batang yang kokoh, dahan yang rindang, daun yang lebar, juga akar-akar yang kuat. Dan untuk menjadi sebesar pohon ini, ia hanya membutuhkan baja, air, dan cahaya matahari yang cukup. Namun jangan lupakan waktu yang membuatnya terus membesar. Padanya semualah benih ini berterima kasih, kerana telah melatihnya menjadi makhluk yang sabar.
Pandanglah pohon besar . Sedarkah kita, batangnya yang kukuh , dulu berasal dari benih yang kecil . Dahan, ranting dan daunnya, juga berasal dari benih . Akar-akarnya yang tampak menonjol, juga dari benih kecil. Dan kalau kamu menggali tanah ini, ketahuilah, sulur-sulur akarnya yang menerobos tanah, juga berasal dari tempat yang sama.

Mungkin suatu ketika, kita pernah merasa kecil, tak mampu, tak berdaya dengan segala persoalan hidup. Kita mungkin sering bertanya-tanya, bilakah kita menjadi besar, dan mampu mencapai semua impian, harapan dan keinginan yang ada dalam dada. Kita juga mungkin sering membayangkan, bilakah saatnya berhasil? Bilakah saat itu akan datang?

Sahabat, kita adalah layaknya benih kecil . Benih yang menyimpan semua kekuatan dari batang yang kukuh, dahan yang kuat, serta daun-daun yang lebar. Dalam benih itu pula akar-akar yang keras dan menghujam itu berasal. Namun, akankah Allah membiarkan benih itu tumbuh besar, tanpa alpa dengan bantuan baja, tiupan angin, derasnya air hujan, dan teriknya sinar matahari?

Begitupun kita, akankah Allah membiarkan kita membesar, berhasil, dan berjaya, tanpa pernah merasakan ujian dan cubaan? Akankah Allah lupa mengingatkan kita dengan hembusan angin "masalah", derasnya air "ujian" serta teriknya matahari "persoalan"? Tidak Sahabatku. Kerana Allah Maha Mengetahui, bahawa setiap hamba-Nya akan menemukan jalan, maka Allah akan tak pernah lupa dengan itu semua.

Jangan pernah berkecil hati. Semua keberhasilan dan kejayaan itu telah ada dalam dirimu.

SURAH 19, SURAH MARYAM (MARY) : 98 AYAT.


SURAH 19, SURAH MARYAM (MARY) : 98 AYAT.

by Classic Berbisik on Thursday, 10 February 2011 at 23:13


Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).


19-1:  Kaf, Ha, Ya, 'Ain, Sad.


19-2:  (Inilah) peringatan tentang rahmat Rab (Tuhan)mu kepada hamba-Nya (Allah), Zakariya. 


19-3:  Tatkala dia (Zakariya) berdoa kepada Rab (Tuhan)nya dengan suara yang lembut.


19-4:  Dia (Zakariya) berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepala(ku) telah ditumbuhi uban namun, aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau (Allah), Rabbi (wahai Tuhanku).”


19-5:  “Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap kaum keluargaku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah mandul. Maka anugerahilah daku daripada sisi-Mu seorang pengganti (anak).” 


19-6:  “Yang akan mewarisi aku dan mewarisi keluarga Ya'qub; dan jadikanlah dia, Rabbi (wahai Tuhanku), seorang yang diredai".


19-7:  (Allah berfirman): “Wahai Zakariya! Sesungguhnya Kami (Allah) memberi khabar gembira kepada engkau dengan seorang anak lelaki, namanya Yahya, yang sebelumnya Kami (Allah) belum pernah menciptakan nama (serupa) dengannya.” 


19-8:  Zakariya berkata: " Rabbi (wahai Tuhanku), bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua".


19-9:  Dia (Allah) berfirman: "Demikianlah!" Rab (Tuhan)mu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku (Allah); dan sesungguhnya telah Aku (Allah) menciptakan engkau sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali." 


19-10:  Dia (Zakariya) berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Berilah aku suatu tanda". Dia (Allah) berfirman: "Tanda bagimu ialah bahawa engkau tidak bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal engkau sehat". 


19-11:  Maka dia (Zakariya) keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu dia memberi isyarat kepada mereka supaya mereka bertasbih di waktu pagi dan petang. 


19-12:  Wahai Yahya, peganglah kitab itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami (Allah) berikan kepadanya hikmah sejak dia (Yahya) masih kanak-kanak. 


19-13:  Dan kasihan belas yang langsung daripada sisi Kami (Allah), dan (juga) kesucian. Dan dia (Yahya) adalah seorang yang bertakwa. 


19-14:  Dan banyak berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, dan bukanlah dia orang yang sombong lagi derhaka.

19-15:  Kesejahteraan atas dirinya pada hari dia dilahirkan, dan pada hari dia meninggal, dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali.


19-16:  Dan ingatlah (kisah) Maryam (yang disebutkan) dalam kitab, ketika dia menjauhkan diri daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur. 


19-17:  Maka dia mengadakan tabir (yang melindunginya) daripada mereka; lalu Kami (Allah) mengutuskan roh Kami (Allah) kepadanya, maka dia (roh itu) muncul di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sebenarnya.


19-18:  Dia (Maryam) berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah) daripadamu, jika kamu seorang yang bertakwa".


19-19:  Ia (roh itu) berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Rab (Tuhan)mu, untuk menganugerahkan kepada engkau seorang anak laki-laki yang suci." 


19-20:  Dia (Maryam) berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku, dan aku bukan (pula) seorang perempuan jahat."


19-21:  Dia (roh itu) berkata: "Demikianlah. Rab (Tuhan)mu berfirman: ‘Hal itu adalah mudah bagi-Ku (Allah); dan agar Kami (Allah) menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami (Allah); dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan’."


19-22:  Maka Maryam mengandungkan (anak)nya, lalu dia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.


19-23:  Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksanya bersandar pada pohon tamar, dia (Maryam) berkata: "Aduhai, alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak bererti, lagi dilupakan".


19-24:  Maka dia (roh itu) menyerunya daripada tempat yang rendah: "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Rab (Tuhan)mu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.” 


19-25:  “Dan goyangkanlah pangkal pohon tamar itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah tamar yang masak kepadamu.”


19-26:  “Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah) untuk berpuasa, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini’." 


19-27:  Maka dia (Maryam) membawa anak itu kepada kaumnya dengan mendukungnya. Kaumnya berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat hebat (mungkar).”


19-28:  “Wahai saudara perempuan Harun! Ayahmu bukanlah seorang yang jahat dan ibumu bukanlah seorang perempuan jahat.” 


19-29:  Maka dia (Maryam) mengisyaratkan kepada anaknya. Mereka berkata: "Bagaimana kami dapat berbicara dengan seorang yang masih dalam buaian?"


19-30:  Dia (anak Maryam) berkata: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia (Allah) memberikan kitab kepadaku, dan Dia (Allah) menjadikan aku seorang nabi.”


19-31:  Dan Dia (Allah) menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia (Allah) memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.”


19-32:  “Dan berbakti kepada ibuku. Dan Dia (Allah) tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.” 


19-33:  “Dan kesejahteraan atas diriku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali".


19-34:  Itulah ‘Isa ibn Maryam. Perkataan yang benar, yang mereka berselisihan tentangnya.


19-35:  Tidak ada bagi Allah mempunyai anak. Subhanahu (Maha Suci Dia/Allah). Apabila Dia (Allah)
menetapkan sesuatu, maka Dia (Allah) hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia.


19-36:  Sesungguhnya Allah adalah Rab (Tuhan)ku dan Rab (Tuhan)mu, maka abdikan dirimu kepada-Nya (kepada Allah). Inilah jalan yang lurus.


19-37:  Maka berselisihlah golongan-golongan itu sesama mereka. Maka kecelakaanlah bagi orang kafir (pada waktu) menyaksikan hari yang besar.


19-38:  Alangkah terangnya pendengaran mereka dan tajamnya penglihatan mereka, pada hari mereka datang kepada Kami (Allah). Tetapi orang-orang yang zalim pada hari ini (di dunia) berada dalam kesesatan yang nyata.


19-39:  Dan berilah peringatan kepada mereka tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara diputuskan, sedang mereka lalai dan mereka tidak beriman.


19-40:  Sesungguhnya Kami (Allah) yang mewarisi bumi dan orang yang ada di atasnya, dan hanya kepada Kami (Allah) jualah mereka dikembalikan.


19-41:  Dan peringatkanlah (tentang) kisah Ibrahim dalam kitab. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang nabi.


19-42:  Ketika dia (Ibrahim) berkata kepada bapanya: "Wahai bapaku, mengapa kamu mempertuhankan sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun?”


19-43:  “Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.” 


19-44:  “Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah).”


19-45:  “Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan ditimpa azab daripada al-Rahman (Yang Maha Pemurah), maka kamu menjadi kawan bagi syaitan". 


19-46:  Berkata (bapanya): "Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka nescaya kamu akan aku rejam. Dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama".


19-47:  Berkata (Ibrahim): "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu Aku akan meminta ampun bagimu kepada Rab (Tuhan)ku. Sesungguhnya Dia (Allah) sangat baik kepadaku.”


19-48:  “Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu dan daripada apa yang kamu seru selain Allah itu. Dan aku akan berdoa kepada Rab (Tuhan)ku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Rab (Tuhan)ku". 


19-49:  Maka tatkala dia (Ibrahim) sudah menjauhkan diri daripada mereka dan daripada apa yang mereka pertuhankan selain Allah, Kami (Allah) anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya'qub.  Dan masing-masingnya Kami (Allah) angkat menjadi nabi. 


19-50:  Dan Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka sebahagian daripada rahmat Kami (Allah), dan Kami (Allah) jadikan mereka buah pertuturan yang baik lagi tinggi.


19-51:  Dan peringatkanlah (tentang) kisah Musa dalam kitab. Sesungguhnya dia adalah seorang yang dipilih, dan seorang rasul dan (juga) nabi.


19-52:  Dan Kami (Allah) telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Tur, dan Kami (Allah) telah mendekatkannya (kepada Kami/Allah) di waktu dia bermunajat (kepada Kami/Allah). 


19-53:  Dan Kami (Allah) telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami (Allah), (iaitu) saudaranya, Harun (menjadi) seorang nabi.


19-54:  Dan peringatkanlah (tentang) kisah Isma'el dalam kitab. Sesungguhnya dia seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. 


19-55:  Dan dia menyuruh ahlinya bersolat dan berzakat, dan dia adalah seorang yang diredai di sisi Rab (Tuhan)nya.


19-56:  Dan peringatkanlah (tentang kisah) Idris dalam kitab. Sesungguhnya dia  seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi.


19-57:  Dan Kami (Allah) telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.


19-58:  Mereka itu, adalah orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah ke atas mereka, iaitu nabi-nabi daripada keturunan Adam, dan daripada (keturunan) orang yang Kami (Allah) angkut bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Isra’el, dan daripada (keturunan) orang yang Kami telah(Allah) berikan petunjuk dan Kami (Allah) pilih. (Yang) apabila dibacakan ayat-ayat al-Rahman (Yang Maha Pemurah) kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. 


19-59:  Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka akan menemui kesesatan.


19-60:  Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal salih, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya sedikit pun. 


19-61:  (Iaitu) syurga ‘Adn yang telah dijanjikan oleh al-Rahman (Yang Maha Pemurah) kepada hamba-hamba-Nya (Allah), sekalipun tidak kelihatan. Sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati. 


19-62:  Mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia di dalamnya, kecuali ucapan salam (selamat). Bagi mereka di dalamnya, (mendapat) rezeki pagi dan petang.


19-63:  Itulah syurga yang Kami (Allah) wariskan kepada hamba-hamba Kami (Allah) yang bertakwa.


19-64:  Dan tidaklah kami (daripada kalangan malaikat) turun, kecuali dengan perintah Rab (Tuhan)mu. Kepunyaan-Nya (Allah) jualah apa yang ada di hadapan kami, apa yang ada di belakang kami, dan apa yang ada antara kedua-duanya. Dan tidaklah Rab (Tuhan)mu lupa. 


19-65:  Rab (Tuhan) bagi langit dan bumi, dan apa yang ada di antara kedua-duanya, maka abdikan dirimu kepada-Nya (kepada Allah), dan teguhkan hati dalam beribadah kepada-Nya (kepada Allah). Apakah kamu mengetahui bagi-Nya (Allah) ada yang menyamai?


19-66:  Dan berkata manusia: "Betulkah apabila aku telah mati, bahawa aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?" 


19-67:  Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakannya dahulu, sedang dia tidak ada sama sekali?


19-68:  Demi Rab (Tuhan)mu, sesungguhnya akan Kami (Allah) bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami (Allah) datangkan mereka ke sekeliling Jahanam dengan berlutut.


19-69:  Kemudian pasti Kami (Allah) akan tarik daripada tiap-tiap golongan sesiapa antara mereka yang sangat derhaka kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah). 


19-70:  Dan Kami (Allah) sungguh lebih mengetahui orang-orang yang seharusnya dimasukkan ke dalam neraka.


19-71:  Dan tidak ada seorang pun daripada kamu, melainkan mendatanginya (neraka) itu. Hal itu bagi Rab (Tuhan)mu adalah suatu kepastian yang sudah ditetapkan. 


19-72:  Kemudian Kami (Allah) akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalamnya (neraka) dalam keadaan berlutut. 


19-73:  Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami (Allah) yang cukup jelas, orang yang kafir itu berkata kepada orang yang beriman: "Manakah antara kedua-dua golongan (kafir dan Mukmin) yang lebih baik kedudukannya dan lebih bagus tempat pertemuan (nya)?" 


19-74:  Berapa banyak generasi yang Kami (Allah) telah binasakan sebelum mereka, sedang mereka itu lebih bagus alatan rumah tangganya dan lebih indah dipandang mata. 


19-75:  Katakanlah: "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarkanlah al-Rahman (Yang Maha Pemurah) memperpanjangkan tempuh (usia)nya, benar-benar panjang; sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepadanya, sama ada seksaan atau kiamat, maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih jelek kedudukannya dan lebih lemah bala tentera (penolong)nya".


19-76:  Dan Allah akan menambahkan petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal salih yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Rab (Tuhan)mu dan lebih baik kesudahannya. 


19-77:  Maka apakah kamu telah melihat orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami (Allah) dan dia mengatakan: "Pasti aku akan diberi harta dan anak".


19-78:  Adakah dia melihat yang ghaib atau dia telah membuat perjanjian di sisi al-Rahman (Yang Maha Pemurah)? 


19-79:  Sekali-kali tidak! Kami (Allah) akan tuliskan apa yang dia katakan itu, dan Kami (Allah) akan memperpanjangkan azab untuknya, benar-benar panjang.


19-80:  Dan Kami (Allah) akan mewarisi apa yang dia katakan itu, dan dia akan datang kepada Kami (Allah) seorang diri.


19-81:  Dan mereka telah mengambil (menjadikan) beberapa ilah (tuhan) selain Allah, agar mereka itu menjadi pelindung bagi mereka.


19-82:  Sekali-kali tidak! Kelak mereka (yang dijadikan tuhan) itu akan menafikan peribadatan mereka, dan mereka (yang dijadikan tuhan) itu akan menjadi musuh mereka.


19-83:  Tidakkah kamu melihat, bahawasanya Kami (Allah) telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang kafir untuk mengganggu mereka dengan gangguan (yang sungguh-sungguh)? 


19-84:  Maka janganlah kamu tergesa-gesa terhadap mereka, kerana sesungguhnya Kami (Allah) hanya menghitungkan untuk mereka dengan perhitungan yang teliti.


19-85:  (Iaitu) pada hari Kami (Allah) mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah), sebagai badan (kumpulan) perutusan. 


19-86:  Dan Kami (Allah) akan menghalau orang yang derhaka ke Neraka Jahanam dalam keadaan dahaga. 


19-87:  Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi al-Rahman (Yang Maha Pemurah).


19-88:  Dan mereka berkata: "Al-Rahman (Yang Maha Pemurah) mengambil (mempunyai) anak."


19-89:  Sesungguhnya kamu telah mendatangkan (mengadakan cerita) sesuatu yang sangat menggerunkan (mungkar). 


19-90:  Hampir-hampir langit pecah kerananya (ucapan itu), dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh. 


19-91:  Kerana mereka mendakwakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah) mempunyai anak.


19-92:  Dan tidak layak bagi al-Rahman (Yang Maha Pemurah) mengambil (mempunyai) anak.


19-93:  Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah) untuk mengabdikan diri.


19-94:  Sesungguhnya Dia (Allah) telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti.


19-95:  Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada-Nya (kepada Allah) pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri. 


19-96:  Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, kelak al-Rahman (Yang Maha Pemurah) akan menjadikan untuk mereka rasa berkasih sayang. 


19-97:  Maka sesungguhnya Kami (Allah) memudahkannya (al-Qur’an itu) dengan bahasa engkau, agar engkau dapat memberikan khabar gembira dengannya (al-Qur’an itu) kepada orang yang bertakwa, dan agar engkau memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang. 


19-98:  Dan berapa banyak Kami (Allah) telah binasakan generasi sebelum mereka.
Adakah kamu melihat seorang pun daripada mereka,atau kamu dengar suara mereka yang sayup-sayup?