Pages

Tuesday 1 March 2011

ISLAM AKHIR ZAMAN


by Muhammad Hafiz on Saturday, 23 October 2010 at 09:36
 
 
Masalah sosial yang sedang melanda dalam masyarakat kita hari ini terutama melibatkan remaja Islam dilihat semakin parah dan amat kritikal, seolah-olah ia umpama sejenis penyakit tiada berpenawar.

Kalau hidap penyakit kronik seperti barah, kencing manis, jantung atau buah pinggang masih ada ruang untuk diubati, namun gejala penyakit sosial tidak ubah seperti virus berbahaya sedang mengancam kehidupan manusia.

Perkembangan semasa amat membimbangkan kita semua dan pelbagai laporan negatif melibatkan salah laku remaja Islam kita setiap saban hari, menjadikan tamadun manusia kini terus terhakis dan bakal lenyap ditelan zaman.

Penyakit sosial yang sedang berlaku sekarang merupakan suatu fenomena yang begitu dahsyat serta amat menakutkan berbanding tsunami.

Penglibatan anak-anak muda dalam pelbagai kegiatan tidak bermoral seperti penagihan dadah, perlumbaan motorsikal haram, rogol, bersekedudukan sebelum berkahwin serta pembuangan bayi bukan suatu perkara yang boleh dianggap sebagai remeh.

Sebaliknya, ia adalah suatu petanda bahawa manusia kini sudah berada di penghujung zaman, sekali gus mengingatkan kita semua hari kiamat seperti mana dijanjikan Allah itu semakin hampir.

Malah, tanpa disedari sikap dan perlakuan manusia kini seolah-olah kembali pada zaman jahiliah sama ada dari segi amalan dan gaya hidup melibatkan pergaulan, perbuatan serta pertuturan.

Oleh itu, perkara ini seharusnya diberikan perhatian serius oleh semua pihak, khususnya mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah sampai masanya kita semua perlu berganding bahu dalam menangani masalah sosial yang sedang hebat melanda masyarakat sekarang ini.

kalau wabak denggi, kebersihan, keselamatan jalan raya, larangan merokok dan beberapa ancaman lain telah diadakan kempen, apa salahnya kerajaan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) turut menganjurkan kempen khusus "Jom Perangi Penyakit Sosial".

Pendekatannya ialah dengan cara merawat institusi keluarga yang semakin runtuh, iaitu menyedarkan masyarakat terutama golongan ibu bapa bahawa betapa pentingnya untuk menjaga anak-anak berdasarkan ajaran Islam.

Sebagai ibu bapa, mereka perlu sedar bahawa anak-anak itu adalah sebagai amanah besar yang diberikan Allah. Mereka perlu menjaga, mendidik serta membesarkan anak-anak dengan oenuh tanggungjawab tanpa menyalahkan pihak lain.

Kalau anak-anak kita terlibat dengan dadah, merempit atau hamil tanpa berkahwin ketika masih berada di alam persekolahan, kenapa perlu kita menunding jari kepada kerajaan, polis atau pihak sekolah sedangkan kita mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Kita seharusnya sedar bahawa tugas polis ialah menjaga keselamatan serta membanteras jenayah, tugas guru untuk mendidik iaitu memberi ilmu kepada anak-anak, manakala kerajaan pula menyediakan peruntukan serta pprasarana sewajarnya.

Persoalannya, bagaimana pula peranan dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Apakah selama ini kita sudah melaksanakan tanggungjawab menjaga anak-anak kita seperti mana diamanahkan?

Apakah kita sentiasa memantau, mengambil berat serta cakna mengenai pergerakan anak-anak kita seperti mana diamanahkan?

Ibu bapa jenis apakah kita sekiranya membiarkan anak-anak kita menyusup keluar rumah bersama rakan-rakan lelaki atau perempuan bukan muhrim sehingga larut malam.

Patutkah kita dipanggil ibu bapa sekiranya anak-anak kita terlibat dengan gejala penagihan dadah, merempit dan hamil sebelum berkahwin sedangkan kita tidak pernah mengambil tahu pergerakan anak-anak.

Justeru itu, mulai sekarang semua ibu bapa mestilah menyoal diri sendiri, apakah amanah bagi menjaga anak-anak itu telah dilaksanakan sebaik mungkin dan anak siapa pula yang bebas keluar melepak tanpa arah tujuan hinggan larut malam?

Semoga menjadi iktibar untuk semua yang membaca artikel ini..InsyaAllah

No comments:

Post a Comment