Pages

Thursday 10 March 2011

TAKBUR PENGHALANG KE SYURGA


by JEHAD_FISABILILLAH on Tuesday, 05 October 2010 at 00:56
 
 
         Takbur adalah perasaan tinggi diri dan menganggap diri lebih baik daripada orang lain.Ini merupakan sejenis penyakit hati yang mesti dielakkan oleh semua Muslimin dan Muslimah.Takbur terbahagi kepada dua iaitu pekerti dalam hati dan lahir iaitu kelakuan yang terzahir dari anggota badan.
         Bahayanya sifat takbur kerana ia boleh mengakibatkan kesan luar biasa kepada jiwa dan akhlak sebagai seorang muslim.Malah sifat takbur kerana ia boleh menjadi tadbir atau penghalang seseorang bagi memiliki syurga.

         Rasulullah SAW sendiri menegaskan hal ini dalam sabda baginda yang bermaksud:
"Tidak dapat masuk syurga seseorang yang dalam hatinya terdapat seberat debu daripada sifat ketakburan."(Riwayat Muslim)

        Takbur berkait rapat dengan sifat sombong iaitu enggan menerima kebenaran dan juga bersikap memandang hina kepada orang lain.

       Hal ini ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabda baginda yang bermaksud:
"Takbur itu adalah menolak kebenaran dan menghinakan makhluk."(Riwayat Muslim,Baihaqi,Ahmad & Tirmizi)


SMOGA KITA DIJAUHKAN  DARIPADA BERSIKAP TAKBUR!!..AMIN.

No comments:

Post a Comment