Pages

Wednesday 9 March 2011

MANUSIA YANG MENJADI PENYOKONG IBLIS...


by JEHAD_FISABILILLAH on Monday, 11 October 2010 at 14:49
 
         Sebagaimana yang kita semua Imami dan berusaha untuk memahaminya dengan tekun dan sabar bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah seorang Rasul dan nabi yang terakhir kepada umat manusia yang diutus Allah SWT .

        Muhammad SAW adalah Rasul yang diutuskan untuk semua makhluk yang bernama manusia dan jin,baginda bukanlah sebagai Rasul untuk sesuatu bangsa atau sesuatu kaum atau satu kelompok sahaja atau  pun untuk sebuah negara sahaja,tetapi baginda diutuskan untuk seluruh manusia  dan juga jin,semasa hayat beliau telah banyak bertemu dengan jin untuk menyampaikan risalah ketuhanan supaya jangan sampai di hadapan Tuhan nanti jin akan menuntut sesuatu kepadanya.

        Mengikut sejarah ,Allah SWT telah memerintahkan kepada Malaikat supaya menyuruh iblis pergi mengadap Rasulullah SAW dan menjawab segala soalan yang akan ditanya oleh Rasulullah SAW ,dan iblis juga diperingatkan bahawa hendaklah dia menjawab semua soalan yang dikemukakan kepadanya dengan betul,tanpa ada tipu daya.Sekiranya iblis menipu nescaya Allah SWT akan memutuskan suku-suku dari tubuhnya dan menceraikan urat sarafnya,dan dia(iblis) akan disiksa dengan sehebat-hebat siksa. 

      Setelah iblis mendengar perintah dari Allah SWT  iblis pun menjadi takut dan patuh,kemudian iblis pun pergi mengadap Rasulullah SAW dengan merupakan diri sebagai manusia tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut panjang sekali.

      Dan diantara soalan Rasulullah SAW ketika berdialog dengan iblis  ialah,sabda Rasulullah SAW :"Wahai iblis siapakah yang menjadi penyokongmu?"

      Berkata iblis:"Ya Nabi Allah ,para penyokong yang setia kepadaku ialah:-


  1. Orang-orang yang tidak bertaubat dari dosa yang dilakukannya,malah mereka gembira dan seronok pula apabila mereka melakukan dosa itu.
  2. Golongan anak muda dan orang tua yang suka bersiul-siul .Ini adalah kerana sewaktu aku dilempar kemuka bumi,maka aku pun bersiul-siul untuk hiburkan hatiku.Oleh itu orang yang suka bersiul itu adalah penghibur iblis dan syaitan ,akan tetapi bagi orang yang azan(bang)ia merupakan penghalang iblis dan syaitan,kerana ketika azan itu para Malaikat akan hadir bersama mereka".


ELAKKAN MENJADI PENYOKONG SYAITAN.

No comments:

Post a Comment