Pages

Wednesday 2 March 2011

DIET....


by Abu Zarr on Tuesday, 18 January 2011 at 20:30
 
 
 Siapapun yang memberikan pendapat saya ingin menyatakan bahawa diet yang terbaik adalah seperti dietnya Rasulullah SAW. Ini terbukti kerana Rasulullah SAW tidak pernah mengalami diare/cirit/mencret dalam kehidupannya mengalahkan pakar-pakar pemakanan yang selalu diare. Kedua, kekuatan tubuh badan Rasulullah SAW dapat dilihat dari keupayaannya menjadi pemimpin umat tanpa lelah. Iaitu pemimpin kepada negara, pemimpin kepada keluarga, pemimpin dalam peperangan, pemimpin dalam pendidikan, pemimpin dalam solat, pemimpin dalam ekonomi dan semua bidang kehidupan. Menjadi contoh nombor satu yang tidak ada tolok bandingan sampai hari ini.

Itu tidak lagi kita lihat ibadat baginda di malam hari, berdiri solat sahaja berjam-jam lamanya sehingga bengkak kakinya, dapat menghabiskan surah-surah Al-quran yang panjang. SubhanALLAH! mampukah kita mencontohinya?

Jika kita kaji rahsia kekuatan tubuh badan Rasulullah SAW, nanti kita akan temui jawapan bagi sebuah perbincangan "Diet harian cara Nabi SAW".

Kenapa Rasulullah SAW melarang pengambilan ikan dengan susu?. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Dan walau apapun ingatlah, manfaat dan mudarat, sihat ataupun sakit adalah dari ALLAH semata-mata, kita hanya berusaha, berdoa, bertawakal dan dari ALLAH jua sebaik-baik penentu segalanya, kerana Dia-lah Yang Maha Berkuasa..Allahu Akbar!

Dan selain dari itu, apa yang tersembunyi disebalik puasa wajib dan puasa sunat? Kenapa perlu berbekam? Apa zat pemakanan di dalam kurma ajwah? Bagaimana dengan habbatus sauda'? Kenapa Rasulullah mengambil madu? Segalanya sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya jika kita kaji, selami dan hayati dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan kita seharian, ternyatalah hidup dalam mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan buat kita semua. Yakin dan pasti ada kejayaan disebaliknya!

Diet pemakanan Rasulullah SAW bukannya sebuah teori diet sehari-hari tetapi ianya bersumberkan dari wahyu Ilahi yang mengandungi haq, ma'ruf dan khair.

" Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit dan menjadikan setiap penyakit itu ada ubatnya, oleh itu hendaklah kamu berubat dan janganlah berubat dengan benda-benda yang haram" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment