Pages

Wednesday 2 March 2011

CERITA CINTA


by Hasrul Nizam on Tuesday, 18 January 2011 at 21:07
 
 
 
CERITA CINTA 


Hakiki kejadian alam,
Cinta penghubung ikatan,
Antara Adam dan Hawa,
Antara kasih dan sayang....

Sudah berzaman dunia berputar,
Dan dari masa itu,
Seribu satu cerita cinta indah,
Tertulis pada bentangan bumi ini.....

Cinta yang pelbagai cerita,
Yang manis bagai madu,
Mahupun pahit bagai hempedu,
Ada sementara ada selamanya.....

Masa terus berputar,
Dan cerita itu masih berulang,
Manis cinta mampu menjadi bisa,
Kata pujangga kekadang berbunyi kepalsuan....

Cerita cinta seindah taj mahal,
Wujudnya sekadar khayalan,
Di masa yang jauh berubah,
Penuh dengan kekusutan jiwa insan....

Namun dalam ramai cerita asmara,
Ombak dugaan sering melanda,
Tak semua ke penghujungnya,
Namun ada kekal hingga ke syurga......

Tajuk: CERITA CINTA
Penulis: PUTERA KATAK

No comments:

Post a Comment