Pages

Wednesday 2 March 2011

I-Explore (2) -Gombak kat Perak?

by Aziza Aini on Tuesday, 18 January 2011 at 14:02
Source: http://azizaaini.blogspot.com/ (please stop by. Tq!)

Sebelum : I-Explore (1) :  http://azizaaini.blogspot.com/2011/01/i-explore-1-why.html

Assalamualaikum!

Okay, sekarang saya nak sambung balik cerita semalam. Nak djadikan cerita, hari Khamis baru lah saya macam tersedar yang saya kena pergi jugak kem tu. Nak cari excuse, tak reti. Otak suruh quit, sebab kena study. Tapi instinct pulak suruh pergi – sebab, ya lah, kalau tak pergi sekarang, bila lagi? Nanti bila dah ada anak, dan dia tanya pasal my college life, nak jawab apa?

“Erm, mak sebenarnya manusia paling tak aktif masa kat kolej. Bukan a whole-rounded person lah. Studied hard but not smartly.”

Oh Tidak..

Bagi saya, hidup kena penuh dengan pelbagai macam cerita yang menarik dan unik! Kena ada hardship, kena struggle and akhirnya – berjaya, bahagia, etc. Macam tu baru colourful, baru ada excitement. Kalau dapat sesuatu dengan mudah- study relax2 dan biasa-biasa saja, duduk exam, lepas tu berjaya – rasanya kepuasan yang kita dapat tak maksimum.
Tapi sebagai manusia biasa, mana ada orang yang nak ikut jalan susah, kan? Tak dapat lari dari perasaan kecewa, penat, sedih , marah, macam-macam lagi lah bila saja kita ditimpa kesusahan.

Macam ustaz yang kami panggil abang Jo cakap – kalau menghadapi apa-apa kesusahan, terima dengan redha dan anggap ia sebagai kifarah atau cara pengampunan dosa-dosa kita. I use to talk with my roommate about ‘reda dengan ketentuan Allah’. Macam mana ya?? Macam ni -
redha itu ialah langsung tidak merungut saat diuji..redha itu bukanlah kita merungut dulu sedikit saat menerima ujiaan kemudiaan kita berkata kepada diri kita"saya redha"..oleh itu berfikir sebelum bertindak kerana Allah amat murka terhadap orang yang tidak redha dengan ketentuanNya..
Akhirnya, saya pun pergi lah kem tu. Baju hari khamis baru basuh, hari Jumaat of course lah tak kering! Apa nak buat – terpaksa lah iron sampai lenguh habis tangan sebab nak keringkan. Never experienced such a situation before – tak tinggal kat asrama masa sekolah. Dengan gelabahnya, kelam-kabutnya.. akhirnya naik jugak bas.

The first thing that came into my mind when I reached there (Kem Sri Raudhah) was – will I be satisfied with this decision I made??? Will I have any regrets later on?? Punya la dok bayangkan kesusahan hidup kalau kongsi satu bilik dengan lapan orang! Dah la tak tahu kat mana Gombak (eh, tapi saya tau ya yang Gombak tu wujud)

When I called my mother (with Liyana beside me) in the bus..

“Mak, I dah on the way to kem I-Explore tu. Kalau tak salah, kat Gombak .. Perak kot!” erkk.. Liyana kat tepi dah gelak macam nak guling-guling atas bas tu. My mother did the same. Terpinga-pinga saya. Apakah?

“Eh? Gombak kat Perak?? Kat Selangor lah!”
Tak pa lah. Whatever, janji kat Malaysia jugak.

That night (Friday night), the facilitators organized an indeed very thoughtful session. Memang bijak dan berkesan lah.
But before that, we were divided into groups and were asked to make something that can symbolize our group – we made an arrow – I think that was really creative.. (cett .. boleh pulak puji kumpulan sendiri!). My group’s facilitator was abang Fadhil – memang best la abang tu explain pasal isu-isu yang kami bincang. The Penghulu – Anuar (tak ingat nama penuh) and PSC’s president were in our group (saja nak tolong popularkan mereka mereka ni. =D). Perempuan pulak – Aisha (Ausmat), Liyana (Alm-imu), Hakima (Alm-pmc) dan saya sendiri.

Balik pada sesi malam tu;

Kami disuruh tutup mata, lepas tu diorang letak sesuatu on our palm.
Rasa macam pegang marshmallow tapi agak keras sikit. Bila gigit, rasa macam – tengah2 yang keras, liat lagi. Saya tak mampu nak gigit lama-lama, telan ja terus (kami disuruh gigit2, chew2 dulu baru telan).

Lepas dah telan baru dia orang bagitau benda yang kami makan adalah daging mentaH!! OMG!! Masa tu, kalau lah saya ada CVD or CHD( Cardiovascular Heart Disease) – tinggi lah jugak kemungkinan kena sakit jantung! Seriously, masa tu rasa macam daging tu tersekat kat jantung! Anuar (Group Leader) chew punya lah lama, macam makan chewing gum pulak. Tapi hebat lah, sebab tak loya. Abang Fadhil tu lagi best, saja2 dengan penuh kesedaran pergi makan daging mentah tu. Nak feel..

Plan tu memang kena dengan point yang diorang nak sampaikan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhi lah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; danjangan ah kamu mengintip atau tercari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhi lah larangan larangan tersebut) dan bertakwa lah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.” Al-Hujurat ayat 12.

Gambaran siksa di akhirat bagi orang yang berghibah telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w yang berbunyi

“Pada malam aku diisra’kan ke langit aku telah melihat suatu kaum yang memotong daging pinggangnya kemudian dimakannya sambil menyebut mengikut suara arahan, makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka aku bertanya, Ya Jibril siapakah mereka ini? Jawab Jibril, mereka dari umatmu yang suka menghibah (mengumpat)”

Betul kan? Kalau kita sedar yang bila kita mengata atau mengumpat orang, kita sebenarnya tengah makan daging mentah, dengan darah2 nya sekali .. Ya Allah.. confirm siapa pun takkan mengumpat! Terima kasih banyak2 pada those yang came up with this brilliant idea. Memang senang nak cakap – kalau mengumpat macam makan daging saudara sendiri. Tapi selagi tak rasa macam mana rasanya daging tu, memang susah nak terkesan!

Maka, sentiasa lah cegah diri dari perbuatan itu. Bagi yang pergi kem tu, semoga setiap kali terasa nak TER mengumpat, kita cepat-cepat teringat rasa daging mentah tempoh hari. Sentiasa lah bersangka baik. Bila nak TER bersangka buruk, stop ourselves from thinking of it.
Ada seorang ahli kumpulan saya yang bagitau quote ni..

kata Imam Ghazali:

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Kata seorang Fasilitator(tak pasti siapa)..

ABU HURAIRAH R.A. meriwayatkan, katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Tahukah kamu apakah ghibah ? ” Jawab sahabatnya, Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui. Maka Nabi s.a.w pun menghuraikan bahawa ghibah itu jika kau menyebut atau membicarakan hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya.

Sahabat bertanya kembali, “Bagaimana kalau saudaranya betul begitu ? ”. Jawab Rasulullah s.a.w “Jika yang engkau sebut itu betul dan benar ada padanya maka itulah ghibah, tetapi jika tidak betul maka itu buthan (membuat-buat pendustaan bagi memburukkan nama orang)

*buthan – fitnah

Tambahan :
Dalam pada itu Ibnu Abi Najih r.a pula berkata: Ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasululllah s.a.w. setelah orang itu pulang maka Aisyah r.a lalu berkata “Alangkah pendeknya wanita itu”. Rasulullah terus menegur Aisyah dengan mengatakan “Engkau ghibah”. Aisyah segera menjawab: Saya tidak menyebut melainkan yng sebenarnya ada padanya. Tegas Rasulullah s.a.w “Engkau telah menyebut perkara yang paling jelek padanya.”

Sudah pasti si syaitan akan menyucuk dan menghasut kita dari pelbagai arah, jadi mantap kan lah jiwa dengan iman dan lawan lah dia! Kuatkan keyakinan pada Allah! Satu yang saya selalu pegang – YaKin LaH paDa AllaH dEnGan sebenar-benar nya. InshaAllah, kita takkan kecewa!

[barisan para Facilitator yang mantap! Terima kasih banyak2! Memang bagus, sebab diorang yang handle semua (dengan bantuan pihak Sri Raudhah - abang Jo especially). Hebat.. Alhamdulillah, diorang berjaya - dengan izin Allah. Moga Allah balas usaha mereka =) ] <-- gambar2 boleh didapati di blog saya!

(saya memang macam ni - cakap banyak - tulis pun banyak! ... )..

sambungan  - I-Explore (3):  http://azizaaini.blogspot.com/2011/01/i-explore-3-ujian.html

No comments:

Post a Comment