
Imam al-Nawawi menegaskan dalam kitabnya al-Azkar: Para ulama yang terdiri daripada pakar fiqh, pakar hadith dan lain-lain menegaskan: harus malah digalakkan beramal dengan al-fadhail, al-targhib dan tarhib menerusi hadith dhaif selagi ia bukan hadith maudhu’ (palsu). Manakala hukum seperti halal, haram, jual beli, nikah, talak dan lain-lain yang berhubung dengannya tidak boleh beramal melainkan menerusi hadith sahih dan hasan.
Al-Imam al-Nawawi menegaskan dalam kitab al-Majmu’: Para ulama menegaskan: hadith mempunyai tiga bahagian iaitu sahih, hasan dan dhaif. Mereka menegaskan lagi: Sesungguhnya hadith yang harus dijadikan hujah (dalil) dalam bidang hukum ialah hadith sahih atau hasan. Manakala hadith dhaif tidak boleh dijadikan hujah atau dalil dalam bidang hukum-hukum dan akidah, tetapi harus meriwayatkan dan beramal dengannya dalam bidang yang lain daripada hukum-hukum, seperti certa-cerita, keutamaan mana-mana ibadah, targhib dan tarhib. (al-Nawawi, Mahyuddin Yahya bin Syaraf, al-Majmu Sharh al-Muhazzab, Mesir; matba`ah al-Imam, jld. 1, hlm. 59)
No comments:
Post a Comment