Pages

Tuesday 22 February 2011

Fahmi Rais 100 Thoughts on LIfe Part 2


by Fahmi Rais Darul Ikhlas on Tuesday, 31 August 2010 at 19:56
 
 
101. Change is where you treat every new day as a clean sheet. Habit is when everyday is the same old shit.

102. Seseorang hanya Allah yang tahu dan niat boleh berubah-ubah. Akal fikiran hanya sendiri yang tahu dan ia juga boleh berubah-ubah. Tapi tingkah laku semua orang akan tahu dan sekali diri bertindak, akibatnya tiada boleh diubah.

103. It is better to have many enemies and a few good friends, then to have many friends and a few enemies that are good.

104. You can share highways for merrier and faster trips. But the best road is still your own.

105. There is no magical formula for avoiding disappointments. Just manage your expectations.

106. Langkah pendekar bukan terletak pada ketangkasannya tapi pada kebijaksanaannya seperti mana orang berilmu bukan kerana tajam akal fikirannya tapi pada keterbukaan hatinya.

107. Saham terbaik adalah diri sendiri. Pelaburan yang terbaik adalah amalan. Keuntungan yang terbaik adalah kasih sayang dari orang yang baik sahamnya dan baik pelaburannya.

108. Everyday, I thought of making a change. Not for anyone's pleasure but simply in recognition of God's grace for extending me another day so that I can make life better.

109. In an ideal world, every act of kindness will create an act in kind. In an ideal world that is.

110. Kalau kebenaran milik manusia, akan huru hara jadinya sebab semua orang akan mengaku dirinya yang benar. Maka itu, Maha Benar itu sifat bagi Allah sahaja (Al Haqq). Kalau ragu dengan kebenaran diri dan orang, rujuk sahaja kepada kebenaran yang Satu. Tak perlu dipertelingkahkan dan dijadikan bahan untuk manusia bermusuhan sesama sendiri.

111. Indahnya kegelapan adalah kesyukuran bila datangnya cahaya. Dan bahayanya terang ialah kelalaian dalam menyiapkan diri menghadapi kegelapan.

112. Setiap kejadian itu bertujuan. Adanya masalah itu bertujuan mengingatkan yang kita ini sekadar manusia yang tidak akan sepi dari ujian. Tapi kita juga dikurniakan akal untuk berfikir dan hati untuk bersabar.

113. Nak dapat pahala tanpa usaha sekarang mudah sebab ini zaman kata mengata. Dan kita pula cuba elakkan daripada dosa dengan berdiam diri dan bersujud.

114. Bukan sahaja kejahilan (kejahatan) diperangi, kebenaran (kebaikan) juga dimusuhi. Setiap rasul dari Adam a.s hingga Muhammad s.a.w ditentang dan dibenci. Dari itu terimalah hakikat musuh kerana mereka mengingatkan mu akan perjuangan yang belum selesai.

115. Di setiap perjalanan, kita akan berjumpa dengan kenalan baru. Tiba di persimpangan, kita akan berpisah atau bersambung. Dua-dua ada hikmahnya. Yang penting, perjalanan kita berjalan terus dan tulus.

116. Jangan bodoh sombong. Kalau tak tahu belajar. Belajar pada yang tahu. Yang tahu pun mesti terus belajar apa yang dia masih belum tahu. Ini putaran ilmu yang kalau semua ikut, takda yang bodoh dan takda yang sombong.

117. lham tidak datang tenang pada fikiran yang ribut. Iman tidak akan menyubur dalam hati yang kemarau. Ihsan pula tidak mungkin sempurna dalam kelakuan yang membakar liar. Kita pasti tidak dapat mensyukuri kurniaan Allah tanpa mula mengawal bencana diri.

118. Budi senang diberi, susah dikenang. Hati cepat amarah, lambat beristighfar. Mati pasti mendatang, mungkin nanti petang.

119. Kalau hidup di dunia ini mudah, semua manusia ahli syurga. Maka itu diadakan rintangan dan cubaan untuk dilihat siapa yang layak. Atas dasar ini, kita harus terima semua yang diberi Allah melalui takdirnya tidak kira baik maupun buruk.

120. Segalanya dengan izin Allah, tiada sifat dan hakikat yang perlu dipersoalkan. Dan bagi Allah, usaha kita menentukan segalanya, tiada penyebab dan akibat yang perlu diragukan.

121. Dulu mengata sekarang memuja. Dulu begitu percaya sekarang dikata dusta. Dulu bersumpah setia sekarang lupa semua. Dulu ketawa bersama sekarang dicaci hina. Dulu berdendam nyawa sekarang bersahabat mesra. Sesungguhnya masa tidak merubah apa-apa. Manusia yang mengubah segalanya. Kalau hidup tanpa pegangan, semua langkah kurang sandaran. kurang sandaran

122. Bila sudah dapat merasakan kemanisan beribadah, akan terasa tawar untuk melakukan maksiat. Sebaliknya juga benar, kerana nafsu dan iman tidak boleh ada dalam masa yang sama.

123. Masalah zaman sekarang bukan pasal susah cari ilmu tapi kerana tidak kenal ilmu. Ilmu itu ada di mana-mana. Dalam buku lama, dalam kawan baru, dalam pemerhatian seharian, dalam pembelajaran, dalam FB pun ada. Sebab kita tidak menghormati ilmu, ilmu itu sendiri akan membutakan kita. Ketahui lah bahawa ilmu itu lebih suci dari ibadah.

124. Dugaan orang yang membantu ialah keikhlasan dalam memberi bantuan. Tapi dugaan yang lebih berat ialah keringanan dalam mengingati dan mensyukuri pada diri yang menerima bantuan tersebut.

125. Alam semesta dengan bintangnya yang tak terhitung jumlahnya dapat berharmoni. Tapi bagi manusia, satu jiwa belum tentu tenang. Semalam kita khilaf, biarlah hari ini kita insaf. Ayuh kita mencari damai di hati agar dapat keamanan hidup bertamadun sesama insan.

126. Allah jadikan manusia itu pada setiap orang ada kelebihannya. Kadang kala, dalam kekurangan pada diri itu lah letaknya kelebihan yang tidak kita ketahui. Dari itu bersyukurlah kita dalam apa bentuk keadaaan pun.

127. Kebenaran tidak boleh dikaburi atau dipadamkan. Ia bukan seperti kepalsuan yang boleh diadakan bila mahu dan disembunyikan jika perlu. Kekekalannya dijamin Allah dan para Rasul yang maksum. Kita hanya mengharapkan supaya selalu berpihak dan di pihak yang benar. Kerana itu jangan mudah sombong dengan kemenangan dan kekuasaan yang dicemari dengan penyakit perasaan.

128. Kita tidak dapat mempersiapkan diri sewaktu datang ke dunia. Mujur kita boleh mempersiapkan diri untuk meninggalkan dunia. Dari itu hargai la apa yang kekal dan kenali la apa yang sementara. Semuga dengan kebijaksanaan ini, kita dapat mempersiapkan diri sewaktu datang ke akhirat.

129. Ramai yang menjauhi diri dari Allah apabila diberi kelebihan zahir. Lihat berapa banyak yang cantik lupakan maruah, yang berjaya lupakan masjid, yang kuat lupa kan diri, yang kaya lupakan rahmat dan sebagainya. Dari itu, aku pinta ya Allah, berikan la aku kekurangan jika aku tidak sanggup mensyukuri kelebihan dan jika kekurangan itu dapat mendekatkan diri ku pada Mu.

130. Perjalanan yang terbaik ialah mencari diri. Tapi kita harus mencari jalan itu dulu.

131. Banyak membuat baik dapat membersihkan diri dari kesilapan yang lepas kerana Allah janji yang setiap kebaikan hari ini akan menghapuskan satu dosa semalam. Dari itu ya Allah, masukkan la kami dalam golongan orang yang berlumba-lumba nak buat kebaikan dan bukan orang-orang yang hanya tahu mempersendakan dan memperkecilkan.

132. Perbezaan antara mereka yang mencari Allah bila perlu dan mereka yang sentiasa memerlukan Allah ialah HIDAYAH. Hidayah belum sampai pada mereka yang mencari keburukan orang lain dan memburukkan kebaikan orang. Hanya dengan melakukan kebaikan sesama manusia dan berpesan-pesanan akan kita mendapat Ar Rahman dan Ar Rahim Nya.

133. Kita takut dengan mata manusia (polis, boss, ibu bapa dsb). Kita lebih takut dengan mata hantu (jin, syaitan dsb). Tapi dengan mata Tuhan yang Maha Melihat (Al Bashir), kita macam buat tak tahu aje. Dapatkah kelakuan ini diterima akal?

134. Begitu kerdil kejadian manusia jika dibandingkan dengan alam maya. Tapi dinaikkan derajat manusia melebihi makhluk cahaya. Masih kurang percaya kah kita akan kuasaNya? Apa lupa kah kita bagaimana iblis kehilangan rahmatNya? Ketahui la siapa kita di sebalik hikmahNya.

135. Perjalanan yang lurus semestinya lebih pendek dari yang berbelok-belok. Dah diberikan petunjuk untuk yang lurus (ihdinas siratal mustaqim) banyak pula yang berbelok. Kononnya lebih jauh perjalanan akan lebih luas pemandangan. Tanpa disedari, ia pemandangan yang berbakau (neraka) dan bukan pemandangan yang memukau (syurga).

136. Sekarang melalui kapalterbang, kita boleh melintasi bumi dan mengejar masa sehingga dapat melihat terbenam dan 'terbit' matahari dalam penerbangan jauh. Apabila penerbangan melawan arah putaran bumi akan ternampak seperti matahari terbit dari barat. Ini seperti tanda kiamat besar dan tertutupnya pintu taubat. InsyaAllah ini bukan maksud petandanya, namun bertaubatkah sebelum terlambat.

137. Kecantikan Islam itu membenarkan semua pekerjaan menjadi ibadah seperti bersukan, berkarya, bergaul, beristinjak dan sebagainya. Macam gitu punya murah dan luas Allah berikan kita peluang pun banyak orang Islam masih tak mengambil kesempatan. Sampai makan pun kadang kala tak baca Bismillah. Padahal kerana berkat Bismillah apa yang kita lakukan (yang bukan satu larangan) menjadi amalan.lah, apa yang kita lakukan (yang bukan satu larangan) menjadi amalan

138. Sebaik-baik kata ialah yang mengandungi ilmu dalamnya. Mari kita usaha dan ubah cara kita berkomunikasi supaya ada pelajaran dalam setiap mesej agar yang berkata dan yang mendengar kedua-duanya dapat pahala. Bukan nak memandai-mandai, setakat menyampaikan sunnah Nabi.

139. Manusia mana yang tiada masalah dan masalah apa yang manusia belum rasa? Dan kita banyak bertanya mengenai penyebab masalah dan kenapa diberinya. Manusia mana yang dilahirkan tanpa rahmat dan rahmat apa yang manusia tidak nikmati? Tapi sedikit sekali di antara kita yang bertanya mengenai kesan rahmat dan siapa pemberinya.

140. Islam tak menyusahkan. Yang kata dirinya Islam tapi malas, cuai dan ingkar, dia yang menyusahkan agamanya. Apa ertinya berijtihad Ahlul Sunnah Wal Jamaah kalau yang wajib dari rukun Islam yang 5 tak terlarat dibuatnya?

141. Ahli dunia dikenali apabila mereka makan untuk sentiasa kenyang. Yang mengejar akhirat dikenali apabila mereka makan mencukupi agar dapat mengelak kematian. Lebih mudah kita ingat Allah dalam kelaparan dari kekenyangan. Bagaimana mahu kita dikenali?

142. Keikhlasan tidak memerlukan kita untuk berbangkit sebab keikhlasan itu ditujukan dan dilakukan atas nama Allah yang Maha Tahu. Kalau ditujukan dan dilakukan untuk manusia, itu bukan ikhlas namanya dan kerana itu bangkitlah seberapa banyak yang mahu.

143. The sad truth about partnership is that every man is for himself.

144. Hidup berkawan mesti ada prinsip. Kalau tak, kawan salah pun kita sokong buta atau kawan betul pun kita tutup mata. Lagi buruk, kerana nak sangat kawan bermesra dan berduka, kita jadi tuli dengan mana kawan benar dan mana kawan dusta.

145. Nak ditegur tak mahu. Tak ditegur tak tahu. Kadang kala yang menegur tak mohon lalu dan yang kena tegur pula tak tahu malu. Ada masanya memang diam lagi baik.

146. Di beri masa singkat (Subuh) banyak tak solat. Di beri waktu panjang (Isyak) pun masih banyak tak solat. Susah betul manusia nak sembah Tuhan akhir zaman ni. Macam mana nak berijtihad Ahlul Sunnah Wal Jamaah kalau yang wajib tak buat.

147. Untuk menghargai apa yang kita lihat, kita harus tutup mata.

148. Masalah 'Janji Melayu' - hutang tak mahu bayar, hutang tak tahu bayar, hutang tak perlu bayar. Masalah 'Melayu Janji' pula - belum bayar tapi minta halal hutang, lambat bayar tapi nak tambah hutang, tak mampu bayar tapi masih nak berhutang.

149. Kalau nak kata Jin degil, ada manusia lagi degil. Kalau nak kata Jin jahat, ada manusia lagi jahat. Kalau tidak tak kan Allah utuskan 124,000 nabi di kalangan manusia dan tidak satu pun di kalangan Jin. Tapi kalau manusia nak jadi baik, akan lebih baik dari malaikat. Sesungguhnya Maha Bijaksana Allah telah memberi kita kebebasan untuk memilih jenis jalan dunia menuju destinasi akhirat.

150. Berdakwah itu satu perjalanan yang sunyi dan sepi. 33% akan memalingkan muka. 40% akan mempersendakan. 25% akan dengar dan lalu. 2% akan terima dan berjuang sama. TAPI 100% ALLAH AKAN SUKA. Dari itu, teruskan la berdakwah mengajak sesama untuk kebaikan tak kira kecil atau besar dan lakukannya secara terang-terangan.

151. Yakin pintu rezeki Allah yang jamin dan beri (melalui malaikat Mikhail). 9 daripada 10 pintu itu daripada usaha perniagaan halal. Jangan kita 'jual/gadai' agama kerana gaji dan keuntungan atau takut/patuh kepada majikan lebih dari Allah. Kalau Allah mahu, harta boleh diberi dan ditarik balik dengan sekelip mata.

152. Allah Maha Adil. Tak akan diberikan kepada orang yang membelakangiNya apa yang Dia tidak beri kepadamereka yang sentiasa sujud padaNya. Dari itu beruntung lah mereka yang bangun mengerjakan solat Subuh dan rugi lah mereka yang terus menikmati kesedapan tidur.

153. Perkara pertama Nabi buat apabila sampai di Madinah (Hijrah) ialah membina masjid, bukan rumah. 1500 tahun kemudian, sebahgian dari umatnya kekal menjadi ahli masjid, sebahgian pula pelawat masjid seminggu sekali dan sebahgian lagi ke masjid untuk disembahyangkan. Ada 10 solat fardhu hujung minggu ini, bolehkah kita bersolat di masjid sekurang-kurangnya sekali dan rasakan kenapa masjid itu diutamakan Nabi?

154. Islam tidak perlukan kita, sebab Allah dan ciptaanNya telah ada dalam masa manusia belum dijadikan. Kita ini yang perlukan Islam untuk keselamatan dunia akhirat. Tapi kebanyakkan orang kita perlu dikejar-kejar masjid, dipesan-pesan ulama, dingat-ingat oleh teman...seolah-olah, Islam tak akan ke mana tanpa kita. Tak hairan lah para malaikat pun mula-mula bimbang akan keupayaan manusia berterima kasih.ran lah para malaikat pun mula-mula ikut bimbang akan keupayan manusia untuk berterima kasih.

155. Dalam setiap pilihan yang akan dibuat, cuba kita bertanya diri, adakah langkah yang diambil menuju jannah atau jahanam? Kalau menuju jannah, akan terasa seperti jahanam perjalanannya kerana sesuatu yang baik tidak akan mudah didapati. Kalau semuanya mudah, kewujudan jannah dan jahanam itu sendiri tidak timbul. Mari kita berkorban jahanam dunia untuk jannah akhirat.

156. Andainya malaikat maut dapat dilihat...nescaya semua orang akan berubah. Andainya syurga dapat dirasai...nescaya semua orang akan melepaskan dunia. Andainya manusia tahu segalanya isi dunia satu ilusi dan pinjaman semata, 'andai' akan berubah menjadi 'pandai'. Hari Jumaat yang mulia ini juga satu pinjaman. Masih tak sadar ke kita?

157. Tahu diri salah dan menerima kesalahan itu 2 perkara yang berbeza (contoh: dah khilaf tapi malu minta maaf). Begitu juga apabila kita mengetahui apa yang benar dan penerimaan kebenaran itu juga 2 perkara yang tak sama (contoh: dah sadar tapi belum insaf). Tahu dan buat lain hasilnya. Semua orang boleh tahu, tapi buat belum tentu.elum tentu. Ukuran pengetahuan kita ialah perlaksanaannya Ukuran pengetahuan kita ialah pelaksanaan.

158. The answer as to whether we had a good life or not lies in the decisions we make and the kind of decisions we made depends on how good we want our lives to be.

159. "Ya Allah, jika aku pandai menyebut nama Mu, biarlah kerana aku orang yang taat tidak meninggalkan perintah Mu. Jangan la menggolongkan aku dalam orang-orang yang memperdagangkan nama Mu hanya untuk dilihat sebagai Mukminin dan Mukminat padahal isi dunia itu jauh lebih berat bagi mereka dari kalimah Mu."

160. Yang selalu meminta maaf dari Tuhan sepatutnya harus ringan memberi kemaafan pada sesama manusia. Dan mereka yang selalu mahu Tuhan memaafkan kesilapan mereka juga harus ringan meminta maaf dari manusia yang telah disalahlakukan. Baru kita bersikap adil dan layak mengharapkan keadilan.

161. Perhatikan pemikiran manusia sekarang..bila buat sesuatu yang Allah tidak suka (karoake, sembang2, ngumpat dsb), dibuat tanpa segan silu dan rasa bersalah. Tapi kalau untuk kebaikkan dan kebajikan, malu lah, takut takda masa lah, mungkin belum cukup kemampuan lah dan bermacam2 lagi. Hitam jadi putih, putih dah jadi hitam. Semuga kita masih dapat membezakan warna dan bukan semuanya kelabu asap.

162. Allah berikan kita kunci ibadah - IKHLAS. Allah berikan kita kekuatan diri - YAKIN. Dan Allah berikan kita nikmat Zatnya - TAQWA. iblis beri kita kesenangan dunia - TAMAK. iblis berikan kita kezaliman diri - SOMBONG. Dan iblis berikan kita tempat di kerajaannya - DENGKI. Pilih, pilih, pilih.

163. Setiap perjalanan harus ada destinasi (tauhid), peta dan cara (fiqh), serta jalannya (tasauf). Tanpa salah satu, kita mudah disesatkan. Tanpa dua dari tiganya, kita berada dalam kesesatan. Tanpa semuanya, kita yang menyesatkan.

164. Sesunguhnya, dalam kita ada nafsu (kita yang mengawal) dan bukan dalam nafsu ada kita (kita yang dikawal). Nafsu ini yang menentukan tebal atau tipis nya hijab antara kita dengan Allah. Penunduk nafsu adalah Tasauf.

165. Life is the true career. What we do for a living is merely a part of the total sum that makes who we are. But in rejoicing success, let's not forget what we are, created servants in the service of God.

166. Tak seperti harta, ilmu tak habis dimakan. Dan orang-orang yang berilmu selalunya tidak menyimpan harta kerana mereka tahu mana yang mengikuti mereka selepas mati.

167. Memang ada yang berilmu pun memberi contoh yang tak baik tapi kita tak perlu...1. mengutuk mereka sedangkan ilmu kita lebih rendah (orang yang berilmu juga tidak akan mengutuk) 2. memperkecilkan ilmu mereka (sebab yang khilaf orangnya bukan ilmunya) 3. menjadikan ini sebagai alasan supaya tidak payah berilmu (orang yang tak berilmu sah contoh yang tak baik).

168. Banduan yang menunggu dihukum gantung beribadah sampai hitam dahi. Apakah bezanya mereka di dalam dengan kita di luar apabila sama2 pasti akan menemui maut? Mungkin sahaja kita di luar ini akan mati dulu sebelum mereka2 yang telah ditentukan tarikhnya. Mungkin sahaja mereka2 itu lebih beruntung kerana mempunyai persiapan yang lebih baik daripada kita yang ingat akan hidup lebih lama.

169. Kegunaan tangan dalam sehari - memandu 1 jam 30 min. makan dan minum 50 min. menaip 2 jam. menulis 45 min. segala kerja tangan yang lain 4 jam. BERDOA 0 - 2 min.

170. Tutupi aib diri dan berikan contoh yang baik, itu maknanya malu dan berakhlak. Jangan kita mempamerkan kecelaan diri dan berpaling dari apa yang afdal.

171. Bagi mereka yang diringi iman, perjalanan mereka bebas dari kekecewaan (sebab Allah tidak mengecewakan hambaNya yang bertaqwa dan yang beriman tidak dapat dikalahi ujian). Tapi bagi mereka yang diiringi teman, setiap langkah dibayangi kehampaan (sebab sifat manusia tidak konsisten yang pada hari ini kita sahabat tapi esok kita pula dilaknat).

172. Dalam percakapan, beralas adap sedap, berpandu adat padat.

173. Kerana dunia ini pentas, yang pandai 'berlakon' akan dijadikan pusat perhatian. Yang tak pandai 'berlakon' akan hanyut ketepian. Sandiwara ini berligar sepanjang masa selagi keinginan mahu dipuji dan mahu digemari orang melebihi kehendak mahu diterima seadanya. Biar keseorangan tapi jujur dari disenangi ramai tapi hidup dalam serba kepuraan.

174. Sedar atau tidak, kita semua mempunyai sifat menghakim (dari apa yang dirasa, dilihat dan didengar) dan menghukum (berdasarkan bicara hati dan fikiran) yang bebas dari keadilan pertimbangan wajar. Contohnya, pada orang yang kita suka, kecacatan dia senang diterima dan pada orang yang kita benci, kecacatan dia mudah dicari.cari. Kepada Allah yang Maha Adil, kita minta petunjuknya Kepada Allah yang Maha Adil, kita minta petunjukNya.

175. Berdiri ketika solat memupuk sifat yakin diri dan berteguh kepada prinsip. Ruku ketika solat mengajar kita mengenai sifat menghormati dan merendahkan diri. Sujud ketika solat menanam sifat pasrah dan keikhlasan. Semuga solat-solat kita terjaga semua waktunya.

176. Puasa itu kita kerjakan sebagai ibadah dan bukan pula kita berpuasa dari mengerjakan ibadah. Yang wajib itu sekadar batang pokok, mari kita perbanyakkan bunga dan buahnya pada musim Ramadhan ini agar kita menjadi pohon yang indah dan berguna.

177. There will be problems that come unannounced and we should face them steadfastly. But for those that we see coming, we have a choice of allowing ourselves to be hit or to throw the problem out of orbit. Why add on the helpless those that we can help ourselves? The fools count the number of problems, the wise count on themselves.

178. Perpecahan tidak boleh dielakkan (ia berlaku dari anak2 Nabi Adam a.s dan juga pada sahabat2 Nabi Muhamad s.a.w selepas kewafatan beliau). Tapi ia boleh dikurangkan dengan bermesyuawarah yang memerlukan 1. fateha sebagai pembuka 2. kawalan emosi dan fikiran terbuka 3. niat ingin mencari jalan penyelesaian 4. berpandukan adap 5. jujur dan ikhlas 6. bersedia untuk bermaafan 7. doa penutup dan berjabat tangan.

179. Jangan jadikan doa sebagai satu bentuk permintaan kerana ia akan membuat kita ingat Allah hanya bila dalam kesusahan sahaja. Seperti solat, kita lihat doa sebagai satu bentuk komunikasi dengan Illahi yang kita lakukan sepanjang masa. Semua ibadah adalah perhubungan dua hala cuma kita sahaja yang tak perasan bagaimana Allah menjawab.

180. Rahsia untuk menjadi orang bijaksana...cakap yang benar atau berdiam. Rahsia orang bijaksana...berdiam apabila orang berkata yang benar.

181. Perjuangan memerlukan kecekalan. Perjuangan yang betul tapi separuh jalan pun tak berguna. Dengan bekal kecekalan itu kita akan menghadapi pengorbanan, kecurangan, kehilangan teman. kekecewaan dan sebagainya. Tapi di garisan penamat, kemanisan, kemenangan dan kebenaran akan menunggu.

182. Nafsu kawal wang (kerana wang macam2 nak dibuat) atau wang kawal nafsu (dengan wang macam2 nak dibuat)? Atau nafsu dan wang yang mengawal kita (dunia segalanya) ataupun kita yang mengawal wang dan nafsu (dunia seadanya)? Manusia lazim geligat, Allah hakim melihat.

183. Yang mengaku salah dan berani bertanggungjawab, menyayangi dirinya. Yang sadar dia silap dan memperbetulkan keadaan, disayangi orang . Yang menjaga dirinya dari khilaf dan sentiasa memberi kemaafan, kesayangan Allah.

184. Dah hampir separuh Ramadan, semuga tiada yang bersahur tapi tak solat Subuh dan tiada yang berbuka tapi tak solat Maghrib. Dan tiada yang bertahan lapar dan haus di waktu siang tapi tak solat Zohor dan Asar. Juga tiada yang terlalu kenyang atau sibuk ke bazaar dan tidak solat Isyak. Sesungguhnya setiap 5 waktu solat sehari dan sebulan puasa Ramadan sama wajib hukumnya.

185. Ingat Allah nanti kawan yang baik-baik akan mencari kita. Ingat kawan nanti Allah kita mudah lupakan melainkan kawan yang saling mengingatkan.

186. Rezeki Allah bukan setakat wang ringgit. Malahan itu boleh memudharatkan iman kita kerana semakin banyak harta semakin tamak manusia. Sebaik-baik rezeki Allah ialah ILMU. Ilmu yang menjamin mutu kehidupan kita di dunia, barzakh dan akhirat kerana ilmu itu apa dan amalan itu bagaimana.

187. Sempena Ramadhan ini kita berdoa dijauhkan dari 5 penyakit - 1. penyakit yang datang tanpa diduga (seperi angin ahmar) 2. penyakit yang mendatang dan merebak (seperti kanser) 3. penyakit yang menyerap dalam keluarga dan bangsa (seperti gejala sosial) 4. penyakit yang dicari (seperti masalah dunia) 5. penyakit hati (seperti dibisikan syaitan hari-hari). Mujur Allah sediakan ubat bagi setiap penyakitbisikan syaitan hari-hari). Mujur Allah sediakan ubat bagi setiap penyakit.

188. Manusia satu ciptaan penuh amanah kerana menjaga apa yang ada di langit dan di bumi yang bukan miliknya. Manusia juga satu ciptaan serba kebolehan tidak seperti malaikat yang hanya ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu. Allah mempercayai kita. Tak mampukah kita mempercayai diri sendiri dan antara satu sama lain?

189. Ayuh kita perbetulkan perasaan takut kita. Dengan Tuhan kita tak takut, dengan hantu kita menggigil. Dengan kematian sendiri kita tak takut, dengan kematian orang lain kita kengerian. Dengan dosa kita tak takut, dengan kerugian kita berpeluh. Dengan neraka kita tak takut, dengan majikan kita menggeletar. Dengan kiamat kita tak takut, dengan musuh kianat kita mengecut. Harap dengan peringatan ini kita akan rasa takut

190. Ingat, temuduga di padang Masyhar tidak bertanyakan berapa O level atau diploma atau kepujian ijazah yang kita perolehi. Tidak juga ditanya pengalaman hidup dan jumlah harta. Hanya kesaksian kebaikkan dan keburukkan yang menentukan nasib dan kesudahan. Gunakan lah masa dan usaha kita pada yang lebih utama dan bukan pada sisa isi dunia.

191. Bukan agama yang ada dalam kehidupan. Tapi kehidupan yang ada dalam agama. Sebab roh kita wujud teratur sebelum, sewaktu dan sesudah jasad. Dari itu apa guna kecantikkan paras rupa dan badan jika kerohanian kita kering, kurus dan kaku? Mari kita berusaha mencantikan yang abadi dengan berzikir walaupun hanya sepotong LA ILA HA'ILALLAH.

192. Kalau yakin Islam itu penyelamat umat maka menyampaikan ajaran menjadi tanggungjawab semua bukan hanya tugas pendakwah. Kalau tak yakin sampaikan walau satu perkara yang baik pun masih mahukah mengaku Muslimin? Islam bukan setakat diri untuk sendiri sahaja.

193. Yang memandang kehadapan tanpa mahu melihat apa di belakang itu degil. Yang memandang kebelakang tanpa mahu melihat apa dihadapan itu jahil. Sesungguhnya yang dihadapan itu membawa khabar dan yang dibelakang itu pembawa iktibar.

194. Mahu tapi tak tahu, hanya permintaan. Tak mahu tapi tahu, hanya pertimbangan. Tak mahu dan tak tahu, ianya pembaziran. Mahu dan tahu, ianya pelaksanaan.

195. Tahu tapi tak laku, hanya pengetahuan. Laku tapi tak tahu, hanya perbuatan. Tak tahu dan tak laku, ianya penganiayaan. Tahu dan laku ianya penghayatan.

196. Orang salah apabila dah mengaku salah, sudah separuh benar. Dan orang benar yang rasa dirinya selalu benar, sudah separuh salah. Orang salah yang mengaku benar pula, sudah benar lah kesalahannya. Dan orang benar yang mengaku kesalahan pula, sudah dapat membezakan kebenaran dan kesalahan.

197. Nak cari buah fikiran kena lah duduk dengan yang ahli berfikir. Nak buat kerja berhasil kena lah berjalan dengan yang rajin bekerja. Nak fikirkan apa nak buat, kena lah bersama kedua-dua golongan dan kemudian fikir dan buat sendiri bagi contoh baik untuk mereka.

198. You can go to school to be intelligent but you need to go through life to be wise.

199. Walaupun tangan yang memberi lebih mulia dan tangan yang menerima...tapi doa si penerima lebih afdal dari si pemberi.

200. Sultan adil tahta digilap
Disembah dengan bersendi syarak
Jangan suka mencari silap
Kalau sendiri jujur pun tidak

No comments:

Post a Comment