Pages

Tuesday 22 February 2011

Arak,mmm


by Matlago Mat on Friday, 14 January 2011 at 21:16
 
 
Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.
Namun bagi orang yang tinggal di daerah dingin, minuman keras kadangkala digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Disamping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.
Islam membenci arak, justeru aktiviti yang berkaitan dengan arak dihukum sebagai haram. Sepertimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud;
.لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ
 Maksudnya: "Allah melaknati arak. (Allah juga melaknati) yang meminumnya, yang menuangnya, yang menjualnya, yang memerah anggur (untuk dijadikan arak), yang membantu memerah anggur itu, pembawanya dan mereka yang menerimanya.
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya. Al-Maidah 5,90
allah hurabbi

No comments:

Post a Comment