Pages

Tuesday 22 February 2011

Fahmi Rais 100 Thoughts on Life Part 3


by Fahmi Rais Darul Ikhlas on Tuesday, 07 December 2010 at 18:18
 
 
201.  Bila lebih jadi tamak, bila kurang rasa iri. Bila senang bertambah lemak, bila susah gigit jari. Bila hebat bersikap riak, bila putus asa bunuh diri. Kerana manusia sukar kawal diri maka dari awal Islam telah menganjurkan kesederhanaan dalam perkara-perkara keduniaan.

202. Sadar tidak bermakna waras, waras tidak bererti berakal, berakal tidak semestinya berfikir, dan berfikir itu tidak seharusnya yang benar kalau kesadarannya pada awalnya tidak berlandaskan jalan yang betul. Mencari kebenaran itu satu proses bukan satu jawapan. Jawapan itu sentiasa di depan mata. Proses pemikiran itu yang membuat kita manusia lebih berguna pada diri dan agama.

203. Bukan musuh yang memberi nyawa dan menentukan ajal. Malahan musuh dengan dengkinya, umpatnya, fitnahnya dan aniayanya mendatangkan pahala pada mereka yang sabar atas perbuatan mereka. Kemuliaan terletak pada kesabaran tetapi bukan kepada sifat diam kerana takut. Sesungguhnya, Allah lebih senang dengan Muslimin yang kuat dari yang lemah.

204.  Diambil contoh...setelah mengerjakan 1,825 solat wajib atau 6,205 minima rakaat dalam setahun mustahil tidak rasa bersalah atau ganjil bila tiba-tiba tidak melakukan solat melainkan memang tidak konsisten atau kerap meninggalkannya. Ini baru dari segi tabiat belum soal tuntutan fardhu ain.

205. Darah sama merah tapi suhu lain-lain. Kalau dua orang yang sama bersujud sudah tidak sehaluan, ijtihad sahaja dengan perjalanan masing-masing kerana bumi Allah ini luas. Menurut riwayat Muslim: mencaci-maki seorang mukmin adalah suatu kejahatan, dan memeranginya adalah suatu kekufuran.

206. Kita raya kerana telah berpuasa dan bukan puasa untuk beraya. Ini masalah adat mengatasi syarak dan syaraknya pula tidak bersendikan Kitabullah. Itu pasal, separuh Ramadan dihabiskan dengan diri, keluarga dan rumah semua disiapkan untuk menyambut Syawal. Padahal Rasulullah pesan kalau kita tahu berkat Ramadan, nescaya kita akan mengharapkan Ramadhan datang sepanjang tahun.

207. Belum digelar Muslimin orang yang suka melakukan kebaikkan tapi tidak membetulkan kesilapannya. Belum juga digelar Mukminin orang yang menahan dirinya dari kesilapan tapi tidak menganjurkan kebaikkan. Perbuatan menentukan keimanan kerana Islam bukan sekadar agama ucapan dan kepercayaan.

208.  Diberi akal kiri dan kanan untuk berfikir 2 kali. Diberi mata kiri dan kanan untuk melihat 2 sudut. Diberi telinga kiri dan kanan untuk mendengar 2 pihak. Diberi satu mulut agar berkata yang perlu dan benar. Tetapi mengapakah dengan satu muka ini manusia suka bermuka dua dan bermulut banyak? Semuga semua pancaindera kita menjadi saksi yang baik di hari Pengadilan.

209. Sebelum melakukan sesuatu fikirkan adakah ia Fardhu Kifayah? Kalau ia, segerakan. Atau adakah ia Sunnah? Kalau ia, seberapa mampu. Atau adakah ia Harus? Kalau ia, bila perlu. Yang lainnya pekerjaan sia-sia atau makruh atau haram yang harus atau sunnah atau wajib ditinggalkan.

210. 5 jenis kesalahan yang kita minta dilindungi - 1. Yang melakukan kesalahan dengan sengaja 2. Yang tak sengaja tapi kemudian tidak mahu membetulkan kesalahannya 3. Yang menyalahkan orang yang tidak bersalah 4. Yang sentiasa mencari kesalahan orang lain 5. Yang tidak rasa dirinya boleh melakukan kesalahan.

211. Perihal masa : Apabila dicari, ia semakin kurang (bagi orang yang menghormati masa). Apabila membazirkannya, ia semakin bertambah (bagi orang yang lalai dengan keberkatan masa). Apabila bersahabat dengannya, ia menjadi saksi (bagi orang yang tahu masa itu satu ibadah). Apabila bermusuh dengannya, ia menjadi hiburan (bagi orang yang menganggap masa itu tak lebih dari sekadar peredaran waktu).

212. Jasmani kita diindahkan dengan pakaian baru di Syawal kemenangan ini. Dalam keriangan, janganlah lupa pakaian baru untuk rohani kita. Roh dan iman juga memerlukan pembaharuan ketaqwaan, perhubungan dan keperibadian. Apa guna salinan yang cantik jika ianya sekadar menutupi roh dan iman yang lapuk dan rapuh.

213. 5 jenis usia - 1. berusia kerana umur (sia-sia hidupnya) 2. berusia kerana pengalaman (padat hidupnya) 3. berusia kerana nafsu (rugi hidupnya) 4. berusia kerana ilmu (berkat hidupnya) 5. berusia kerana ibadah (sempurna hidupnya).

214. Banyak yang melangkah ke hadapan tanpa kesadaran yang sebenarnya mereka menuju ke arah belakang. Banyak yang kelihatan berdiam tegak tanpa kita menyadari yang bumi mereka pijak bergerak laju. Banyak yang kelihatan melangkah ke belakang tanpa kita sadari yang mereka sebenarnya balik ke pangkal jalan.

215. Dosa itu pasti, pahala itu usaha. Sebab kita tak mampu elakkan dosa lah maka kita harus perbanyakkan pahala. Bukan fikir apa guna ibadah kalau maksiat masih buat atau sebab dah banyak buat maksiat, maka ibadah tak berguna atau puaskan buat maksiat dulu baru mula ibadah. Sesungguhnya ibadah itu pemadam dosa.

216. Orang berilmu dikatakan hanya mengajar orang lain mengenai makna ikhlas. Orang kaya dikatakan hanya memperkatakan perihal ikhlas. Orang miskin dikatakan hanya mengarapkan dari yang ikhlas. Orang kebanyakkan dikatakan hanya buat menunjuk tanpa iklhlas. Orang beriman dikatakan sembunyikan ibadah kerana ikhlas. Kerana keikhlasan itu rahsia hati, hanya Allah sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang ikhlas.

217. Antara wang dan kawan: beri pinjam wang kawan terus hilang, tak kasi pinjam wang hilang kawan. Kayakan kawan dia lupakan kita, lebih kaya dari kawan dia pula santau kita. Sama-sama cari wang masih berkawan, wang sama-sama datang kawan mula melawan. Ada wang boleh beli kawan, takda wang dijual kawan. Pendek kata, kena lah pilih...simpan kawan atau wang.

218. All is fair until it happens to you. None is good until you're in it. Some is better than nothing but always short of sufficient. - A little conscience in our big ego can change all that.

219.  Information is no longer power. Control of it is.

220. Hidup mesti ada prinsip. Ia merupakan pegangan diri yang menjadi papan tanda pada setiap persimpangan yang akan membantu memberi arah tuju bila kita tidak tahu selekoh mana yang harus diambil. Tanpa prinsip semua lorong kelihatan sama.

221. 5 jenis kesalahan yang diampunkan: 1. kesalahan yang dilakukan kerana tidak disengajakan atau kerana keliru 2. kesalahan yang dilakukan kerana terlupa 3. kesalahan yang dilakukan kerana terpaksa 4. kesalahan yang dilakukan kerana ilmu belum sampai kepada pelakunya 4. kesalahan yang telah disesali dan ditaubati.

222. Kalau kita mengharap dengan orang, kita akan kecewa akhirnya. Kalau kita meminta dengan orang, kita mungkin menanti selamanya. Kalau kita berhajat dengan orang, kita sekadar berserah nasib. Sebaiknya usaha sendiri, yakin dan berdikari. Selainnya ketentuan Allah.

223. Jin suka menipu manusia. Manusia pula suka menipu diri.

224. "Every Muslim is a brother to every Muslim and that the Muslims constitute one brotherhood." said the Prophet in his last sermon. - Therefore If you cannot love your Muslim brother and if you cannot prevent yourself from being an enemy to another Muslim brother, then be on your own or be civil. Anything less is disrespectul to the Holy Prophet and an affront to Islam.

225. Bagaimanakah jawapan orang yang masih hidup pada soalan kubur? Siapa Tuhanmu? > Majikanku dan siapa saja yang dapat memberi ku kesenangan. Apa agamamu? > Islam tapi hanya pada nama. Siapa imam dan pemimpinmu? > Orang-orang kafir. Mana kiblatmu? > Tempat-tempat hiburan. Siapa saudaramu? > Orang-orang yang lalai seperti ku.

226. Bila masuk waktu senja ada 2 golongan manusia. Golongan yang pertama yang bersuka ria, beraya, bersukan, bekerja, makan-makan, menonton wayang, bermesra, tidur dan bermacam-macam lagi. Golongan yang kedua yang mengambil air wudhu, menunggu azan dan mengerjakan solat Maghrib yang telah diwajibkan ke atasnya.

227. Bukan tak boleh bergembira asalkan kita tahu siapa yang memberi kebahagiaan itu. Bukan tak boleh berhibur asal kita ingat apa batasan hiburan itu. Bukan kita tak boleh bersenang asal kita sadar berapa lama kesenangan bekekalan. Dapat kah kita memegang amanah untuk mengetahui, mengingati dan menyadari semua pemberianNya atau kita bersuka-suka di dunia dahulu dan berduka-duka di akhirat kelak?

228. Antara halal dan haram sebagai peringatan kita seharian : Halal + Halal = Memang Halal. Halal + Haram = Menjadi Haram. Haram + Halal = Tetap Haram. Haram + Haram = Bertambah Haram. Tak tahu mana Halal dan mana Haram = Halal tapi mesti belajar. Buat tak tahu mana Halal dan mana Haram = Haram serta kurang ajar.

229. Solat 5 waktu ini bukan tanda warak, tapi amalan asas orang Islam. Tiada apa yang istimewanya apabila melakukan yang sememangnya satu tanggungjawab. Tapi kerana banyak yang tak solat atau solat bila senang, jadi yang solat wajib nampak alim. Yang dikatakan warak itu seseorang yang melebihi yang wajib, mengurangkan cinta pada keduniaan, mengejar apa yang sunnah dan melarikan diri dari kemungkaran.

230. Apabila dada diisi ilmu akan terasa lebih kaya dari diri dihiasai harta. Dan tiada insan yang lebih miskin dari seseorang yang hatinya ketandusan ihsan.

231. If you are born a man, die as one.

232. Bagi kebanyakkan dari kita, tak payah pergi jauh dengan ilmu kesufian dan kebatinan. Mari kita laksanakan dengan sempurna Rukun Islam yang 5 dan hayati Rukun Iman yang 6. Kalau sebelas ini masih nak ingat pun teragak-agak, alahai macam mana nak buat yang advanced? Kira macam buat rumah bumbung cantik, tapi tiang rapuh.

233. People confuse fear of Islam with respect. Deep down the resentment and miscomprehension came about because of not wanting to lose the right to gamble, wear bikini, drink beer, lead a free God-less lifestyle and sinful indulgences. It is also a self measure of knowing that one cannot discipline oneself to 5x prayer a day to One God, one month of fasting to feel for the poor, upkeep decency and refrain from worldly fun.

234. Dalam perjalanan kita melihat. Dalam penggembaraan kita mengenal. Dalam persimpangan kita berfikir. Dalam perhentian kita sampai tujuan atau apakah kita sebenarnya masih belum memulakan perjalanan? Buat renungan bersama dalam meniti kehidupan yang bermakna.

235. Akal kita terletak antara dua telinga dan di belakang dua mata supaya kita berfikir dalam mempertimbangkan apa yang kita dengar dan menilai apa yang kita lihat. Kegagalan untuk membuat demikian hanya menipiskan jurang perbezaan antara insan dan haiwan, serta insan dan syaitan.

236. Semasa berhenti di trafik lampu merah tadi kelihatan sepasang ibubapa yang begitu sederhana penampilan mereka, sedang memimpin 3 anak kecil perempuan berjalan menuju ke madrasah. Sesungguhnya terasa keluarga ini lebih kaya dunia akhirat dari diriku.

237. Dengan mandi dan wudhuk, adakah zahir kita sebersih batin? Dengan ibadah dan jiwa keimanan, adakah batin kita semanis zahir? Islam itu agama lengkap yang merangkum perasaan dan kelakuan. Agar hari ini dan seterusnya peradapan dan akhlak kita terpelihara dari kecemaran zahir dan batin.

238. Mari kita beri yang terbaik dalam sesuatu pekerjaan walaupun apa cabaran dan halangan. Kerana itu tanda kesungguhan. Dalam masa yang sama, beri perhatian dalam menilai apakah pekerjaan yang dilakukan itu sesuai menerima yang terbaik dari kita. Kerana itu tanda kebijaksanaan.

239. Keikhlasan ialah sesuatu anugerah yang manusia boleh beri tapi tak boleh diminta, boleh dihargai tapi tak boleh diukur, boleh diusahakan tapi tak boleh ditayang, boleh dibincangkan tapi tak boleh dihukum. Sesungguhnya bagi keikhlasan, hanya Allah yang boleh menjadi saksi dan menyaksikan.

240. Yang disukai Allah itu syariat. Yang disukai manusia itu tabiat. Yang disukai syaitan itu maksiat. Yang dibenci Allah itu sihir. Yang dibenci manusia itu fikir. Yang dibenci syaitan itu zikir.

241. The day you are no longer important to someone important to you, you then need to make an important decision on the importance of what is really important to you.

242. If you believe in something, fight the odds even as they are stacking up against you. Let no one tells you otherwise till the truth sides with you, no matter how long it takes. That is how life is won.

243. Even the most popular person can feel lonely inside. Even the loneliest person has a mate that the soul connects to. But there's absolutely no loneliness when your heart is full of love for and by the Creator. For in His path, He will never let you walk alone.

244. When we don't make a choice, choice will choose us. Live a life we choose and not one chosen by life's choices.

245.  Cari lah orang yang berilmu tapi bersahabat lah dengan mereka yang mengamalkannya.

246. Orang susah lebih senang membantu orang lain yang susah kerana mereka faham betapa susahnya apabila susah. Orang senang, susah nak memberi sebahgian dari kesenangan mereka untuk membantu orang susah kerana takut dia pula nanti yang menjadi susah. Malahan selalunya semakin senang seseorang itu semakin susah menolong orang susah walaupun mereka lebih senang melakukannya.

247. Allah begitu sayang pada kita sehingga dia mahukan hubungan rapat melalui solat 50x sehari. Kita ini yang tidak sadar diri. Dah dikurangkan sehingga hanya 5x sehari pun masih tertinggal-tinggal solat. Memanglah dasar kelemahan kita berpaling dari Allah yang begitu Pengasih lagi Penyayang. Ayuh, 5x sahaja sehari dan 5 minit sahaja sesolat.

248. Orang susah lebih senang membantu orang lain yang susah kerana mereka faham betapa susahnya apabila susah. Orang senang, susah nak memberi sebahgian dari kesenangan mereka untuk membantu orang susah kerana takut dia pula nanti yang menjadi susah. Malahan selalunya semakin senang seseorang itu semakin susah menolong orang susah walaupun mereka diberi lebih kesenangan melakukannya.

249. Dunia ini dijadikan bulat supaya kita ambil pelajaran - ke mana kita pergi kita akan kembali ke tempat yang sama dan apa yang kita lakukan pada orang lain juga akan dikembalikan kelakuan yang sama. Dari itu, sentiasa bermula dari tempat yang baik dan melakukan perkara yang baik.

250. Ilmu itu tidak ada harganya kerana menghargai nilai sesuatu ilmu itu pekerjaan yang tidak tersanggup manusia. Tetapi penyampaian ilmu itu harus dibayar si penerimanya dengan keikhlasan kerana ia suatu tanda penghormatan dan penghargaan pada usaha mencari dan berkongsi ilmu tersebut. Kalau tidak, ilmu dan keberkatannya akan terputus.

251. Apabila manusia diberikan kekayaan, dunia mahu dibelinya. Apabila manusia diberi kekuasaan, Tuhan ingin diperkecilkannya. Sesungguhnya, orang yang kaya ialah orang yang dunia tidak dapat membelinya dan orang yang kuat ialah orang yang tahu betapa kecil dirinya disisi Tuhan.

252. Harga diri meminta kita memerlihara nama baik dan mempertahankan nilai diri sebagai manusia yang beradap. Ramai yang keliru bila adanya harga diri dan bila adanya ego. Bila masa nama mahu dinilai dengan baik tanpa memerlihara diri sebagai manusia beradap maka saat itulah kemaraan ego menghancurkan harga diri.

253. Masa adalah sebaik- baik hakim dan seberat-berat hukum. Buat renungan yang berfikir.

254. Bukan berani kerana benar. Berani kerana ilmu. Ilmu yang membenarkan keberanian dan memberanikan mereka yang benar. Bukan takut kerana salah. Takut kerana ilmu. Hanya ilmu yang boleh menakutkan kita akan kesalahan yang dilakukan dan menyalahkan apa yang tak sepatutnya ditakutkan.

255. 1000 kawan kita boleh berkongsi susah, 1 sahabat pun belum tentu kita boleh menumpang senang. Dalam setahun kesusahan, hari-hari kita akan impikan kesenangan. Tapi sepanjang hayat kesenangan belum tentu sesaat kita akan ingat kesusahan. Memang lebih baik senang dalam kesusahan dari susah dalam kesenangan.

256. Semua manusia boleh jadi orang baik tapi hanya yang beriman boleh jadi orang soleh. Yang soleh semuanya baik dan yang baik belum tentu soleh. Syurga bukan tempat orang baik dan neraka bukan tempat orang soleh.

257. Orang yang berfikir, tinggi hemahnya dan indah budinya. Orang yang memikir, dalam pengetahuannya dan bijak katanya. Orang yang kurang berfikir, murah harganya dan gelap perjalanannya. Orang yang malas memikir, berbisa mulutnya dan hina hidupnya.

258. Sebaik-baik pengajaran ialah mempelajari sesuatu yang telah kita ketahui kesahihan ilmu pengajar tersebut agar ajaran yang diajarkan dan dipelajari menjadi satu pelajaran yang berguna dan tidak mengajar kita menjadi kurang ajar.

259. Rahsia keberanian terletak pada takutnya kita pada Tuhan. Dan takutnya kita pada apa-apa selain daripadaNya menunjukkan kita berani menentangNya. Marilah kita menjadi insan yang tahu bila, mengapa dan siapa kita harus berani dan takut agar kita tidak tersilap perasaan.

260. Walaupun kita tidak berkayuh namum sampan kita tetap bergerak kerana dibawa arus air yang tidak kelihatan. Ertinya, dalam hidup ini kawan dan musuh akan datang dan pergi walaupun kita tidak melakukan apa2 kerana masa dan tempat akan menentukan betapa penting dan tak bergunanya kita pada orang sekeliling sungguhpun kita tiada melakukan perubahan diri.

261.  Kalau si kaya hendak terus berkuasa, yang lain harus terus jadi miskin.

262. Bakat Melayu macam mana yang dipelawa ceburi politik? 1. Bakat cerdik ikut kata? 2. Bakat bijak berkata-kata? 3. Bakat pandai mengata? 4. Bakat mahir menukar kata? 5. Bakat pakar yang diperkatakan?

263.  Bila hati menghakim, banyak yang tidak bersalah akan terhukum. Bila akal menimbang, banyak yang bernilai tidak akan dihargai. Itu kerana akal yang patut menghukum dan hati yang menimbang. Banyaknya salah anggap kerana peranan hati dan akal telah disalah tanggap.

264. Sifat kebenaran tidak boleh ditutup. Hakikat kebenaran tidak boleh diubah. Kalimat kebenaran tidak boleh dipadam. Tapi sifat manusia selalu tertutup hati pada kebenaran. Hakikat manusia gemar mengubah kebenaran. Kalimat manusia suka memadamkan diri dari menerima kebenaran. Namun, Allah Maha Benar akan mendatangkan kebenaran kepada mereka yang mencarinya. – Marilah kita bersama menegakkan kebenaran.

265. Berjuang itu ada bermacam-macam cara dan ada bermacam-macam jenis pejuang. Jangan ada perjuangan yang macam-macam sudah. Biarlah perjuangan itu hanya kerana Allah.

266. Setiap perbuatan dan kata menjemput ganjaran dan balasan. Kerana itu pada banyak persoalan, jawapannya terletak pada diri sendiri.

267. Faith is a one-man army.

268. Belajar tanpa kefahaman hanya hafalan (Beruang sarkis pun boleh buat). Kefahaman tanpa amalan hanya kepercayaan (Orang musyrik pun banyak tahu pasal Islam). Amalan tanpa keyakinan hanya pengalaman (Ahli neraka pun banyak yang seperti ini).

269. Proses pemikiran yang membina dalam membezakan yang haq dengan yang bathil - Memikir. Terfikir. Fikiran. Fikirkan.

270. Peratus jumlah manusia yang ingat mereka tidak akan mati hari ini - 100%. Peratus jumlah malaikat maut yang menanti perintah Allah untuk mencabut nyawa pada bila masa ditentukan walaupun sesaat lagi - 100%. Jelas yang satu golongan tidak patuh dengan yang pasti berlaku dan yang satu lagi sentiasa patuh dengan yang pasti dilakukan.

271. Orang yang beruntung ialah apabila sampai kepalsuan padanya dia akan sadar dan membaling kepalsuan itu. Orang yang rugi ialah apabila sampai kebenaran padanya dia tidak akan sadar dan berpaling dari kebenaran itu.

272. Si pandai yang rasa diri mereka sudah terlalu pandai tidak akan menjadi bijak. Si pandai yang rasa diri mereka masih kurang pandai akan menjadi cerdik. Si bodoh ialah mereka yang rasa diri mereka sudah pandai.

273. Di akhir usaha dan ikhtiar baru adanya takdir. Di awal qada dan qadar mesti adanya tawakal. Perjuangan dan penyerahan ini yang menyempurnakan kehidupan.

274. Sedolar dari rezeki yang halal akan memberkati kehidupan yang susah dari mendapat wang banyak dan harta di atas jalan haram atau tidak dihalalkan yang memberikan kesenangan hidup.

275. Orang tua-tua kata, "Genggam bara api sampai jadi arang." Itu semua kita tahu cuma sambungannya banyak yang tak tahu iaitu, "Tapi kalau yang digenggam itu bukan bara api, lepaskan ia sebab sampai kiamat pun tak akan jadi arang." Kadang kala kita harus bijak mengetahui blia baik dipertahankan dan bila baik dilepaskan.

276. Bila kita jumpa kawan yang baik kita kata, "Alamak dia ni eksyen alim pulak." Bila kita jumpa kawan yang tak betul kita kata, "Alamak pergi enjoy tak ajak." Mencari teman itu juga satu ujian Allah. Apakah kita lebih buta dari si rabun atau memang kita sengaja membutakan diri. Apakah kita mahu lebih celik dari yang nampak dan mahu membantu mencelikkan teman? Mari kita renungankan jawapannya.

277. Ada yang boleh hafal 10 lirik lagu tapi azan atau qamat tak tahu. Ada tamat pos siswazah tapi mana wajib wudhu dan mana sunat wudhu tak faham. Ada yang bertenaga daki gunung, tapi sujud dan rukuk tak terdaya. Ada yang pakar dalam pelbagai bidang kerja tapi doa dan zikir tak terbuat. Kita mungkin dah tersilap kiblat hidup. Ayuh kita perbaiki diri agar kita sentiasa di bawah lindungan Kaabah.

278. Dosa datang hanya pada perbuatan. Pahala sampai kepada niat dan juga perbuatan. Dengan kemurahan Allah begitu pun kita masih lebih dosa dari pahala. Jika perbuatan mengimbangi perbuatan, perbanyakkan lah niat yang baik.

279. Dalam perjalanan, terus tidak bererti lurus. Apabila keliru berbalik kepada ayat 'Ihdinas-siratal-mustaqim' yang meminta Allah menunjukkan kita jalan yang lurus, bukan terus. Mari kita berhenti sejenak dan melihat tapak kita, adakah selanjutnya menuju terus atau menuju lurus.

280. Yang baik bukan mudah didapati. Kalau mudah, kita semua akan masuk syurga dengan tidak payah buat apa-apa. Diberatkan usaha mendapat kebaikkan itu supaya kita belajar dari pengalaman berusaha dan menghargai ganjaran usaha tersebut. Yang buruk selalunya tak payah usaha dah nikmat. Itu pasal ajaran Islam penuh syariat.

281. Lori besar akan berlagak seperti raja di jalanraya dengan semua kereta ke tepi kerananya. Tapi basikal tua juga yang dapat bergerak mudah ke hadapan bila trafik sesak.

282. Kalau tak boleh menambah pahala jangan pula menyembah dosa. Kalau tak boleh mengawal syahwat jangan pula mengurangkan selawat. Kalau tak boleh tinggalkan kekufuran jangan pula menerima kemungkaran. Dan kalau tak boleh tingkatkan kesadaran jangan pula singkatkan persaudaraan.

283. Jangan cari pemimpin yang pandai mengambil hati, cari yang bersih hatinya. Jangan ikut pemimpin yang ikut kata rakyat, ikut yang hati bersama rakyatnya. Jangan hormati pemimpin yang bertanggungjawab, hormat yang dapat jawab tanggungannya. Semoga kita dipimpin oleh kepimpinan yang dipimpin Allah.

284. Islam perlukan pejuangan tapi kerana kurang faham agama, banyak pejuang yang tidak berjuang. Yang 'terlebih faham' pula salah perjuangan. Yang tak faham langsung rasakan tiada apa yang perlu diperjuangkan. Anda yang faham bagaimana pula? Apa yang telah anda perjuangankan selama ini?

285. Bangsa lain kerana ilmu sanggup beku di khutub, sesat di hutan dan mati dalam perjalanan ke angkasa. Tapi kita, syarahan agama percuma pun berat nak melangkah. Yang tak terima hidayah Nya lebih menghormati harga ilmu dari kita sekarang yang terjemahan rumi Quran pun sepotong ayat sehari tak larat dibaca.

286. Cara mengelakkan kekecewaan ialah jangan terlalu mengharap. Dan cara mengelakkan dari terlalu mengharap ialah dengan tidak merendahkan kemampuan diri. Seburuk-buruk berdikari adalah lebih elok dari sebaik-baik orang memberi janji.

287. Berdakwah biar sampai kepada si penerimanya. Berdakwah di mana hanya diri sendiri yang faham, tanggungjawab menyampaikan ilmunya tersekat. Berdakwah di mana orang lain senang membaca, mudah difahami, dapat menerima dan segera mengamalkan jauh lebih baik dan bermanfaat. Setiap dari kita yang terbuka hati ada ilmuNya. Mari kita saling berpesan-pesanan.

289. Jawapan bagi mereka yang tidak dapat membezakan yang benar dengan yang bathil atau masih melakukan yang salah walaupun tahu itu bukan yang haq – ”Dirikan lah solat, sesungguhnya solat mencegah dari yang keji dan yang mungkar.” (A.45/S.29)

290. Kepada yang ada kemampuan lebih dari mencukupi untuk menyahut panggilan Kaabah tapi buat tak dengar, harap jangan bertanya kelak kenapa di padang Masyhar apabila dengan segala kemampuan untuk meneriak nama Allah, tapi Dia pula yang buat tak dengar. Khusus pada para pemimpin dan ahli korporat. Labaik Allahuma Labaik.

291. Lebih mudah untuk bersikap jujur dengan orang lain daripada berlaku jujur terhadap diri sendiri melainkan bagi mereka yang tidak perlu adanya sikap ingin menunjuk-nunjuk akan kebaikkan diri.

292. Sejarah Melayu banyak yang menunjukkan perubahan. Dulu raja bertahta sekarang tak berkuasa. Dulu istana lambang berdaulat, sekarang rumah istiadat. Dulu hulubalang bersemangat wira sekarang samseng remaja bermaharajarela. Yang masih kekal, tak lekang dek panas si dalang tak bertulang dan si pengkhianat bangsa.

293.  Bertanggungjawab ertinya kita 1. kena jawab atau memberi justifikasi tentang apa yang kita telah lakukan dan 2. menanggung atau menerima konsenkuensi dari perbuatan kita. Bertanggungjawab bukan bererti kita 1. pandai memberi jawapan pada apa yang tak tertanggung atau 2. menanggung jawapan pada yang bukan tanggungannya.

294. Dalam menentukan arah tujuan hidup, SERUAN TANPA HALUAN akan membuat si penggembara sombong dan bodoh seperti mana orang yang munafik. HALUAN TANPA SERUAN pula akan membuat si penggembara bodoh sombong seperti halnya orang musyrik. Selalu lah kita berdoa agar hati mendengar seruanNya dan perbuatan berpandukan haluanNya agar kita tidak tersasar dalam tujuan mengabdi kepadaNya.

295. Membantu orang miskin dengan mencuri hak orang lain untuk diberikan kepadanya bukan menolong namanya. Ia ibarat mensucikan sesuatu kotoran dengan air najis. Perbuatan yang pada dasarnya salah tidak dapat ditebus dengan niat yang baik.

296. Orang yang tawakal akan dapat merasa ketenangan walaupun dalam kesempitan. Orang yang tak berakal dalam kesenangan pun hatinya akan gusar. Kalau takut berserah kepada ketentuanNya (sebelum, sewaktu dan selepas) bererti diri belum yakin dengan Tuhannya.

297. Bravery in numbers is a misnomer. True courage is when you can continue the journey alone. That is called character.

298. Orang kita kebanyakkan tak akan cakap depan, "Eh ! Aku tak suka tengok muka kau." Konon kerana cara itu tak berbudi bahasa. Sebaliknya banyak yang suka cakap belakang, suka cari silap atau suka mengadakan silap yang tiada untuk menunjukkan ketidak senangan. Jangan sampai nak elak dosa kecil, kita pula lakukan dosa lebih besar.

299. Rasanya kita tak kurang yang mengajak kepada kebaikkan. Yang kurang ialah mengikutinya. Rasanya kita tak kurang yang perlu diajar. Yang kurang ialah ajarnya. Kerana kekurangan-kekurangan ini maka kita sekarang terlebih masalah komuniti yang dihadapi.

300. Masyarakat kita dah dijangkiti virus kekata canggih - resilience, empowerment, excellence, profound content, transformational touch points etc APA BENDA SEMUA INI? Cakap lambung-lambung tapi dasarnya orang tak pergi masjid, cerai, dadah dan samseng naik. Pelajaran, kekayaan dan semangat pula turun. 'Pemimpin' sibuk fikir apa yang baik untuk orang kita sehingga terlupa nak tanya kita apa yang sebenarnya terbaik untuk sesama.

No comments:

Post a Comment