Pages

Tuesday 22 February 2011

Fahmi Rais 100 Thoughts On Life


by Fahmi Rais Darul Ikhlas on Tuesday, 08 June 2010 at 15:56
 

1. If you look closely at the greatness of your enemy, you may find a friend within. Just like you'll probably find a great enemy hidden in your friend.

2. Kecacatan zahir itu mungkin satu rahmat batin yang diberi Tuhan. Tetapi kecacatan batin itu sesungguhnya satu kekurangan yang dizahirkan diri sendiri.

3. In this materialistic world, those with money will decide how history is written, whereas those without will be written off in history.

4. Untuk menuduh seseorang itu kerja paling mudah apatah lagi jika ia tidak memerlukan bukti atau kebijaksanaan.Tetapi kemudahan itu tidak dapat menutup kebenaran.

5. Soul searching is a luxury that most people can rarely afford. But anyone can freely reflect on self.

6. Wonders how many people at the top really understand the ground. Do they know that the ground is moving, shaking or breaking?

7. Dunia ini bagaikan neraka bagi mereka yang berbuat baik, dan syurga bagi mereka yang berniat serong.

8. Satu bangsa, satu agama, apa yang nak digaduhkan? Semua boleh khilaf dan semua boleh sadar.

9. Kita makan dan minum bukan untuk hidup tapi untuk menangguh kematian,seperti mana kita membekalkan diri bukan untuk kematian tapi untuk memanjatkan kehidupan.

10. When you are somebody even a nobody will call you. But when you a not somebody, nobody will call you. Lesson learnt: Be somebody and trust nobody.

11. What you do in life, life has no regrets. But what you didn't do in life, you will live to regret.

12. To forgive is actually easier than to seek forgiveness. But alas, our pride has made it easier to for us to apologise than to accept.

13. Social justice becomes more imbalance during tough times. The rich remains rich and the poor get poorer.

14. We treat our lives like money...we spend and save the balance instead of spending the balance of what we've saved.

15. There are 2 kinds of friends. One that will do to your enemy what you won't. And the other will do things to you that even your enemy won't.

16. The eyes see WHAT IT IS, but it is our personal prejudices that decide WHAT IT MEANT.

17. Kawan makan ramai,ajak makan kawan mana yang tak nak? Kawan semua nak tumpang kenyang.Kawan yang tahu bila kita lapar dan boleh sama-sama lapar,itu yang sejati.

18. It is far easier to understand why we have to make a choice than to understand the choice we made. Unless of course, we fully understand the choices.

19. Kekata itu harus dikota kerana kalau tidak ia hanya merendahkah martabat diri. Sampai bilakah penyakit 'Janji Melayu' ini akan menghantui bangsa kita?

20. Manage your expectations and you'll manage your disappointments. Learn from other people failures so that others will learn from your success.

21. Kebanyakkan kita ni, cakap pasal hantu kubur yang belum pasti ada semua dah takut, tapi azab kubur yang pasti ada, tak ada yang takut. Kalau kata kubur dah panggil, pandai aje jawapannya. Tapi soal kubur satu pun belum tentu pandai menjawapnya.

22. Kalau hendak hidup disenangi orang, taburkan budi dengan hati yang tenang, bukan berbudi kerana minta dikenang.

23. Kerana hidup kita sanggup mati, dan kerana mati kita harus hidup. Manakah yang lebih baik?

24. Revenge is karma masterminded. Patience is fate mediated. Forgiveness is destiny modified. Three free-willed life choices that can alter your divinely written future. So don't blame God.

25. One attitude is to ask how life can be simple when being alive itself is complicated? But those with gratitude will look at the complications as one of life's simplicities. The virtue of fortitude is therefore to celebrate life in all its complexities.

26. If you try to please everyone, you end up pleasing no one. If you just please yourself, you end up living with nobody else. But why try to please in the first place? Just be original and everybody will be pleased.

27. Keberanian bukan keperkasaan, tapi dapatnya menerima kebenaran. Melalui yang hak akan padam kebatilan. Kerana itu, yang lemah juga boleh jadi berani.

28. There are 2 kinds of people. One group will talk good about you and the other will only have bad things to say. The first is good for you in this world. Do not forget them. The second, by virtue of the ill things being said, will benefit you in the Day of Judgment with or without you forgiving them. Either way, let both talk all they can.

29. Know your self-worth. It is better than all the titles and certs put together. If you know what you're worth then what others say don’t matter. Even what they do to you won't affect your personal value. Otherwise, you'll suck up to everyone that can make you feel tall. When that happened, consider yourself bought and sold.

30. When someone says "Its not personal". 99% of the time, it is a lie. All things in life is personal. Who you choose to be your spouse, what studies to take, who you want as friends or enemies, the faith you belong to and even the choice of what type of deodorant is a personal choice. As long as it is a decision you rather make, it is personal.

31. Rasullulah did not keep food overnight. He shared his food with the neighbours. He believed tomorrow will bring new hope for a meal to survive the day. What can we learn from this ?

32. Every relationship has a story. even the worst taught you a lesson.

33. We look into the mirror daily yet we may not find our faults within. But when we look through the glass, the faults of others become obvious and magnified. Perhaps we should stop looking and start seeing.

34. Mengenai sandiwara dunia dan pentas kehidupan - 1. tidak boleh berlakon kerana kejujuran. 2. boleh berlakon kerana bakat. 3. berlakon kerana muslihat atau muafakat. 4. hidup bertopengkan lakonan. 5. pelakon tak berbakat

35. Realised that FB is an indicator of a person's character. You can more or less know and measure a person from the postings made. Technology has made it possible to know someone without knowing or contact. Elakkan dari membuka aib diri dengan segala cacian dan kemarahan. Salam untuk semua yang bergelar insan berakal.

36. Kenapa kita panggil ini satu kehidupan sedangkan kematian yang pasti menanti? Kenapa pula kita kata ia alam kematian sedangkan kehidupan sejati yang dijanji pasti? Mana satu yang lebih pasti?

37. Setelah sekian lama berbahang, akhirnya tiba hujan pembawa rahmat. tapi orang Melayu esok akan lupa hujan yang menyejukkan kita hari ini.

38. 5 jenis kawan pula - 1. kawan ikut kawan. 2. kawan sebelum lawan. 3. kawan kerana sama lawan. 4. kawan selama berkawan. 5. lebih kawan dari kawan.

39. 5 jenis insan pula - 1. tak tahu solat dan tak kenal masjid. 2. tak solat tapi selalu lalu depan masjid. 3. solat seminggu atau setahun sekali dalam masjid. 4. selalu solat dalam masjid. 5. di mana dia bersolat, di situ la masjid.

40. 5 jenis manusia - 1. Cakap orang tapi sendiri tak bikin. 2. Lebih cakap dari bikin. 3. Cakap tak serupa bikin. 4. Apa dia bikin semua dia cakap. 5. Bikin apa yang baik dan tak perlu cakap.

41. Apabila hendak mencari kawan biarlah beradat jadi diketahui dari mana kita datang. Dan bila sudah berteman biarlah beradap, jadi diketahui ke mana kita hendak tuju.

42. If it is not RELATIONSHIP that you are having, then it is RELATIONSHIT. Know the difference between friends and feces.

43. Wonder what's so blind about blind dates. You don’t care who you meet or you don’t care what happens during the meet?

44. We take a second look at all things that are beautiful. We perceive everything that is desirable as better. We take pride standing beside the most stunning date. We drool over the visual of anything that is edible and inviting. Yet, when we are tested with substance over form, we confidently tell others "Do not judge a book by its cover?” Hypocrisy at its best or the irony of honest?

45. Time is more valuable than money. Missed a train, move on. Lost a friend, move on. Cant get what was hoped for, move on. Failed a test, move on. End of something or someone, move on. Dont fret, Dont harp. Time waits for no Man. DEMI MASA, SESUNGGUHNYA, MANUSIA ITU SENTIASA DALAM KERUGIAN.

46. Your backbone is what carries you when you walk and what supports your body. If you sway left and right and cannot stick to your identity, purpose and words, then it is as if you don’t have a backbone. Let's not even talk about the spine.

47. Stagnant water is not only easily dirty, it is also a breeding haven for mosquitoes. Running water is not only giving life to all living things but it also generates electricity. Our mind is very much like water.

48. 5 faults - 1. those who are at fault. 2. those who faulted others. 3 those who will always find a fault. 4. those who think they would commit no fault 5. those who live a faulty life. Were we ever so correct ?

49. Anger is no measure of strength but a peril of weakness. The way of conscience is to advocate peace and restraint. But when diplomacy fails, justice necessitates the force of action. Eventually, truth will triumph over falsehood.

50. Because life is transient, accepting the fact that you will lose everything makes losing easier to deal with. After all, you will even lose your own life someday. And since losing is imminent, everything you have and will have becomes sufficient.

51. Bila duit sudah mengaburi mata, kebenaran sudah tidak bermakna.
Bila hasutan sudah bersemadi, silatulrahim sudah tidak bererti.
Kembali kita kepada naluri hati, rujuk kita kepada minda batkti
Apakah kita lupa pada kasih dan janji sehingga keikhlasan dan keikhwanan mudah diingkari?
Sadarlah kita semua wahai insan mulia akan siapa diri kita semasa hidup di dunia.

52. Cara kebanyakkan orang Melayu berniaga - Bila untung, kawan yang mula-mula bantu pun digantung. Tapi bila rugi, kawan yang takda kena mengena pun diminta kongsi dan bagi. Duit memang boleh mengubah erti kawan.

53. Kata Allah s.w.t, syaitan musuh yang nyata dan nafsu musuh yang tidak nyata. Manusia tidak disebut sebagai musuh. Dari itu antara manusia sepatutnya tidak perlu ada permusuhan, lebih-lebih lagi antara Muslimin. Kalau ada perbezaaan pendapat, ambil iktibar dari Surah Al Kafirun dengan mengambil perjalanan masing. Tapi wajib kita pertahan diri dari manusia yang telah dikuasai syaitan dan nafsu.

54. Cara termudah kita menunjukkan kebaikan diri ialah dengan memburukkan orang lain. Cara tercepat kita menunjukkan kebenaran diri ialah dengan mempersalahkan orang lain. Ini lah namanya FITNAH. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia yang tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Berhati-hati lah sebelum kita berbicara.

55. Kebenaran itu hanya milik Allah kerana ia salah salah satu sifatNya (Al Haq - The Truth). Manusia yang selalunya tertarik kepada kepalsuan hanya boleh berpihak kepada kebenaran jika diberi petunjuk. Tapi apabila kita berada dipihak yang benar bersedialah untuk dibenci, dimusuhi dan dianiayi kerana kebenaran selalu diperangi kejahilan. Dari itu keyakinan, "Aku benar, engkau salah" merupakan satu kesalahan yang benar.

56. We have sinned, who doesn’t? Ask for forgiveness, who couldn’t? Pray for acceptance, who shouldn’t? Be a person of conscience, who wouldn’t? Seekers of the enlightened path need not ask, instead they show others the answers.

57. Keraguan itu satu perangkap, kemarahan itu satu penjara dan keredhaan itu satu kebebasan.

58. Dari baligh sehingga tua, kita merasai hidup sebenar hanya setengah abad. Lagi cepat kita terima hakikat ini lebih mudah kita hidup muda selamanya di akhirat. Sesungguhnya makin lama kita hendak mengecapi kehidupan abadi, makin cepat kita mahu kan kematian sejati. Hanya yang lalai mahu kan sebaliknya.

59. Orang bijak akan mengukur kebolehan musuhnya. Orang berani akan hanya mengukur kebolehan dirinya. Orang pandai akan mengukur sejauh mana kehidupannya. Orang berilmu hanya perlu mengukur sebaik mana dirinya.

60. Insan Oh Insan, kenapa kau makan kawan? Macam mana aku tak makan, iri hati dah naik sawan. Insan Oh Insan, kenapa kau bertekak? Macam mana aku tak bertekak, hati masih bengkak. Insan Oh Insan kepada kau buat fitnah? Macam mana aku tak fitnah, hati masih bernanah. - Semuanya terletak pada hati. Lupakan lagu, mari kita berselawat.

61. 5 jenis bodoh - 1. Bodoh Sombong (dia tak tahu dia bodoh dan tak nak tahu) 2. Kaki Bodoh (sengaja nak jadi bodoh) 3. Bodoh-Bodoh Ayam (kadang-kadang bodoh aje) 4. Eksyen Bodoh (konon-konon bodoh tapi tidak...budak sekarang kata Step Bodoh) 5. Bodoh-Bodoh Padi (nampak aje bodoh, sebenarnya diri lebih berisi dari orang yang melihat).

62. 5 jenis janji Melayu - 1. janji tidak ditepati 2. janji lambat ditepati 3. janji lain dari yang dijanji 4. berjanji lain-lain janji 5. perjanjian yang tidak dijanji.

63. Promises used to start and stop wars. Now it is nothing more than quotes of the day.

64. Kita malu nak meminta maaf tapi tak malu bila menyakiti. Kita malu berjumpa orang yang kita berhutang tapi tak malu meminta pinjaman. Kita malu nak bertanya kenapa orang lain boleh maju tapi kita tak malu mencaci orang yang lebih baik. Kita malu dengan diri kita dalam diam sebab tahu amalan tak seberapa tapi tak malu bila nak nasihatkan orang mengenai bagaimana mereka harus membaiki diri. Melayu...oh....Melayu.

65. Ia memerlukan kekuatan diri untuk berlembut dalam bahasa dan tindak-tanduk kita. Sebaliknya, kekuatan dalam gaya dan pertuturan kita tidak bererti kelembutan hati. Dan yang benar selalu setiap kelembutan kita akan menjemput orang lain untuk menunjukkan kekuatan mereka. Tapi biarlah kekuatan kita yang sebenarnya itu melembutkan orang yang menganggap diri mereka itu sudah kuat.

66. Orang susah nak hidup lama sebab simpan harapan untuk hidup senang hari esok. Orang senang pula nak hidup selamanya. Cuma orang mati aje nak dihidupkan semula agar dapat merasai susah semasa hidup agar rasa senang kemudian nanti.

67. Antara Pemimpin dan Masalah ini pula ada 5 jenis - 1. Pemimpin yang tak sadar adanya masalah 2. Pemimpin yang tahu adanya masalah tapi tahu menyelesaikannya 3. Pemimpin yang anggap masalah itu bukan masalahnya 4. Pemimpin yang memberi masalah. 5. Peminpin bermasalah

68. Bangun Melayu, Bangun! Sudah lama kita termenung,

69. Dibadai kelemasan turun-tumurun. Bangun Melayu, Bangun! Pekerti kita menipis, semangat kita menurun, Apakah ini Melayu bertamadun? Bangun Melayu, Bangun! Ingat siapa kita di mata dunia, Darah perwira, budaya permata, Jangan Melayu lupa, maruah kita di mana.

70. Yang waras tahu mana betul dan mana salah. Yang pandai tahu mana baik dan mana jahat. Yang pintar tahu mana berharga dan mana tiada bernilai. Yang bijak tahu mana kekal dan mana fana. Yang beriman tahu di mana Dia.

71. Because we see what we want to see, Man-created justice is an illusion. And if justice is a misnomer, no society is just. What we have is mere justification seen from the eyes of those with power and money whose rules of law, ruled the laws.

72. Biarlah kita miskin kawan tapi kaya sahabat, kurang umur tapi lebih hidup, sedikit kesenangan tapi banyak ketenangan, jauh harta tapi cukup rezeki, dan hilang penghibur yang ramai tapi jumpa pencipta yang Satu.

73. 97% of the time, the ones that hurt us most are those that we know. The other 3% are those that we didnt know we have hurt them. What makes life bearable is our ability to forgive and to seek forgiveness.

74. Siapa diri kita, didikan yang menentukan. Apa pandangan kita, ilmu di dada yang menentukan. Apa tindakan kita, keperibadian kita yang menentukan. Apa nilai kita, hanya mereka yang mempunyai didikan, ilmu di dada dan keperibadian yang layak menentukan.

75. Membina persahabatan juga seperti menatang minyak yang penuh. Tapi kerana minyak yang banyak itu jugalah diri kita boleh hangus terbakar. Sahabat yang baik ialah sahabat pemberian Tuhan yang pasti datang dalam hidup kita seperti jodoh. Mereka la yang menjadi cahaya dalam cahaya.

76. Ia memerlukan seribu kejujuran untuk membina kepercayaan, tapi hanya satu kebohongan untuk memusnahkanya. Apa ada pada kata kalau tidak segalanya?



77. Rasulullah bersabda,“Seseorang itu tergantung agama temannya. Maka hendaknya salah seorang dari kalian melihat siapa temannya.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi). Jadi kita lihat diri kita sebagai teman dan juga kita lihat teman kita. Apakah kita satu boleh merubah yang ramai atau yang ramai akan akhirnya mengubah kita?

78. Bila kita kata men-daki, kita naik ke atas. Bila kita kata me-rantau, kita meluaskan dunia kita. Bila kita kata me-mikir, kita lahirkan ciptaan baru. Bagaimana pula kalau kita kata me-layu?

79. Selalunya orang yang tidak penting yang selalu cuba mementingkan diri mereka bagi tujuan kepentingan diri srndiri.

80. Live your life for LIBERTY and die a Man. Live your life for JUSTICE and die a Hero. Live your life for TRUTH and die a Legend. Live your life for GOD and die an Immortal.

81. Jadi manusia biarlah jujur. Kalau tak pada orang lain sekurang-kurangnya pada diri sendiri.

82. Yang mengerjakan solat, mengatakan ia ringan dan mudah dikerjakan. Yang tak solat, mengatakan ia berat dan payah dikerjakan. Dua pandangan kepada perkerjaan yang satu. Yang antara dua pula berpendapat, ringan bila tak berat dan mudah bila tak payah. Sujud itu nikmat.

83. Orang alim risau bila tidak ditimpa masalah atau penyakit kerana sangkanya Allah telah melupakan mereka kerana kesusahan itu satu ujian peningkatan diri. Kita pula, kalau dapat musibah, sangka Allah dah murka atau tak sayang kita kerana fikir kesenangan itu satu ganjaran hidup di dunia. Perjalanan kita masih jauh untuk mengenali Maha Pencipta.


84. In life be your own ornament and beautify others with your presence. Do not instead become accessories for others in order for you to look good in their company.

85. Salah satu ciri yang membezakan antara insan dan haiwan ialah kebolehan kita untuk mempunyai prinsip hidup. Prinsip yang baik dan betul (seperti kebenaran) tidak mengenal waktu dan tempat. Kalau setiap masa kita selalu bertukar rasa, dan lidah kerap memutar bahasa, maka sukar bagi kita untuk orang mempercaya.

86. Pada nama ada maruah, pertahankan lah. Pada diri ada iman, bersihkan lah. Pada hati ada tawaduk, selamkan lah. Pada akal ada kesadaran, gunakan lah. Pada kita semua ada Dia, abdikan lah.

87. Pujian pada yang memuji. Terpuji pada yang dipuji. Kehinaan pada yang terhina. Penghinaan pada yang dihina. Dalam ikhwan, puji dan hina adalah ujian derajat buat kita semua. Dalam iman, hina pada kita yang berdosa, segala puji pada Dia yang Maha Esa.

88. Bad things always happen when you’re already late. And the worst thing is when somebody says "You're too late".

89. If you can stand on your own two feet, you can walk anywhere on earth. Otherwise no ground was ever yours to own.

90. Pada diri ada ikhsan. Pada kita ada ikhwan. Pada semua ada ukhwah.

91. Dalam Islam, ada Iman. Dalam Iman, ada Ihsan. Dalam Ihsan ada Insan. Jadi apapun yang kita lakukan sebagai Muslimin, akan berbalik pada diri.

92. We all need to walk the talk. Otherwise, it is just simply talking about a walk or a competition of who talks the most.

93. First love is when you can't hate nor forget. True love is when you remain after all the hatred is forgotten. Only love is where you can't forget the one you fail to hate. Let's remember all that we can't forget and hate.

94. If life has its wishes, there will be no race or creed. However, the injustices provides an opportunity to all people of conscience to live a justful way of life, save for the few that choose to be worse than the devil.

95. We all wish that we could turn back the clock of time. But in reality, it is time that wishes we could turn our lives around. Time was never to be blamed or indebted for our own decisions and actions. We are.

96. Some of us are so mindful of the branches and leaves that we refuse to see the tree. While others are so mindful of the trees that they failed to see the forest. We tend to always see what we want to see as opposed to what must be seen. That goes with all other senses too. The ability to conquer our own perceptions will make us a better human.

97. "Berani kerana benar" pakaian orang dulu. Orang sekarang, pakai "Berani asal selamat".

98. Banyak berkata ni sebenarnya menambahkan tanggungjawab yang kadang kala tak terpikul. Sebab kata-kata itu harus yang benar, sebaiknya yang jujur dan boleh dikotakan. Tapi bagi yang tak tahu erti tanggungjawab, memang lah sedap berkata-kata.

99. Dalam hidup, setiap orang ada haluannya sendiri tapi tak semua mempunyai tujuan. Sama seperti semua orang ada kemahuan tapi pencapaian tidak kesampaian kerana tak semua mempunyai kemampuan. Antara tujuan dan kemampuan perjalanan diterangi cahaya keimanan bagi mereka yang selalu meminta kampunan dan diberi keinsafan.

100. Memilih rakan macam memilih buah. Yang kasar di luar, manis di dalam ada. Yang cantik di luar busuk di dalam ada. Yang nampak besar tapi isi sedikit pun ada. Yang lebih wangi dari rasa pun ada. Yang boleh mengubat dan menjadi racun pun ada. Buah seperti mana pula kita?
· · Share

No comments:

Post a Comment