Pages

Sunday 27 February 2011

Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka? Renungan...


by Hani Solehah on Wednesday, 20 October 2010 at 23:22
 
 
Sabda Rasulullah:“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain drpd fitnah yang berpunca drpd wanita.”

Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Kata tersebut aku perolehi ketika membaca bulletin yg di post oleh salah seorang sahabatku...Aku terfikirkan persoalan yg di tulisnya...Aku terdiam...terkenangkan apa yang aku dah lakukan selama ini...Hatiku menangis...

Aku lupa,aku juga wanita...aku lupa,wanita antara fitnah terbesar selepas dajjal...Aku teringat,pernah suatu ketika aku hampir menjadi penarik si dia menuju neraka...Aku bersyukur ALLAH masih sayangkan aku...DIA memberi petunjuk kepadaku dan menimbulkan rasa kesedaran kepadaku...Aku cuba menjauhinya...hakikatnya aku masih menyayanginya...tp aku kena ingat,cinta hanya untuk ALLAH...

Makin lama,aku dan dia semakin jauh...aku x sms,x call...aku diam seribu bahasa...aku tekad...tp suatu hari,aku dapat tahu dari teman2ku yang dia sudah menyukai gadis lain...aku x tahu kenapa,hatiku menjadi sakit...aku terkilan...aku menjauhinya kerana aku x mahu kerana aku,dia dihumban ke neraka...tp aku x menyangka yang dia ditarik wanita lain...hatiku kecewa...tetapi semua itu dia yang pilih...aku x dapat menghalang...

Akhirnya,aku menjadikan masalah itu sebagai alasan untuk putus dengannya...aku menuduhnya ada orang ketiga...tanpa aku selidik...walaupon hatiku masih sayangkannya...aku tahu,kalau masalah ini hanya suatu salah faham,aku tetap akan cuba menjauhi dia...kerana aku x nak menjadi penyebab terhumbannya dia ke neraka...

Aku ada berkawan dengan seorang ukhti...dia tahu kisahku ini...dia meletakkan rasa simpatinya kepadaku...aku tidak perlu simpati...yang aku perlu hanyalah sokongan...kerana dengan sokonganlah adanya kekuatan...ukhti itu kawan kepada budak perempuan yang si dia berkawan sekarang...erm...dia(ukhti) pesan kepadaku jangan salahkan budak perempuan tersebut...sebab katanya budak perempuan 2 sangat baik...

Hakikatnya memang aku tidak salahkan sesiapa...sebab aku putus dengan si dia kerana perempuan tersebut hanyalah alasan...cuma aku terfikir apa yang ukhti tersebut kata..."perempuan 2 baik,jangan salahkan dia"...tapi kalau dia betol2 baik...dia akan faham perasaan seorang perempuan...dan dia juga tidak akan jadi penarik si dia menuju neraka...betollah apa yang dikata orang...cinta itu buta...once kita dah jatuh cinta,kita tidak akan peduli apa yang sekeliling kita...termasuk la orang disekeliling kita..."orang yang kita cinta penghalang syurga" tajuk sebuah cerita yang benar2 membuat hatiku tersentuh...walau macam mana kita sayang pon...sayang kita tidak boleh lebih dari sayang dan kasih pada ALLAH...Aku teringat kata2 seorang akhi nie..."Antara tanda kiamat ialah apabila kamu mengasihi dan mendahulukan org disekeliling kamu dan mengabaikan yang hak bg kamu"...renung2kan

Aku x kisah kalau si dia ungkit tentang janji2ku dulu...hakikatnya bukan niatku ingin memungkirinya..."Layakkah kita berjanji sesama manusia sekiranya janji dengan Pencipta manusia masih belum ditunaikan...Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya cinta dan kasih kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap..." Kalau orang rasa layak,diorang buat la...tapi aku belum layak...cintaku kepada-NYA belum mantap lagi...Mujurlah ALLAH timbulkan kesedaran ini dalam diriku...dan aku harap si dia pon begitu...Aku tidak ingin melihat orang2 yang aku sayang tersungkur dalam perjuangan menuju ALLAH...

Prinsipku sekarang hanyalah 1..."JANGANLAH TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA MENGGONCANG IMAN"...Aku sentiasa ingatkan diriku...aku tidak mahu aku jadi penarik iman seorang lelaki dan aku tidak mahu menjadi penyebab terhumbannya seorang lelaki ke neraka...


di copy dari blog :  http://everlastingeternity1401.blogspot.com/2008/12/tangisan-taubat-seorang-kekasih.html


SILAKANLAH SHARE YE... ^_^

No comments:

Post a Comment