Pages

Wednesday 9 February 2011

Mengambil WUDUK Dalam Keadaan BERHADAS BESAR

Rukun Islam 2 : Mengambil WUDUK Dalam Keadaan BERHADAS BESAR

by Bicara Ad-din on Monday, 24 January 2011 at 21:05

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘'alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Orang yang BERHADAS kecil DIWAJIBKAN mengambil WUDUK untuk mengangkat HADASNYA itu bagi membolehkannya melaksanakan ibadah-ibadah tertentu seperti sembahyang, tawaf sama ada WAJIB atau SUNAT, sujud syukur atau tilawah dan seumpamanya. Namun tuntutan tersebut TIDAK hanya pada ibadah yang menjadikan WUDUK sebagai syarat SAH perlaksanaannya, malahan juga dituntut pada keadaan-keadaan yang lain walaupun tuntutan itu hanya berupa SUNAT semata-mata seperti ketika sedang marah, membaca al-Qur’an (bukan dengan memegangnya) atau mendengar al-Qur’an, membaca dan mendengar hadis, memegang kitab-kitab agama seperti kitab-kitab Tafsir atau Fiqh, membaca atau belajar ilmu-ilmu syarak dan membacakannya, ketika masuk atau duduk di dalam masjid, ketika hendak tidur dan sebagainya.

Di samping itu DISUNATKAN juga untuk sentiasa mengekalkan WUDUK kerana amalan mengekalkan WUDUK mendatangkan manfaat yang BESAR kepada orang yang sentiasa mengamalkannya seperti meluaskan rezekinya, disukai oleh malaikat Hafazhah, menjadi benteng (pendinding) dan juga memelihara dirinya daripada melakukan perkara atau perbuatan maksiat. Mengekalkan WUDUK bagi orang yang BERHADAS kecil bukanlah suatu perkara yang susah. Mereka boleh saja BERWUDUK semula jika BATAL WUDUKNYA atau terus memperbaharui WUDUK mereka jika masih dalam keadaan BERWUDUK bila-bila masa saja yang mereka kehendaki. Melihat kepada tuntutan dan keutamaan WUDUK ke atas orang yang BERHADAS kecil, apakah orang yang BERHADAS BESAR juga dituntut dan boleh melaksanakannya? Bagaimanakah kedudukan mereka dalam hal WUDUK ini?

Apakah Hukum Bagi Orang Yang BERHADAS BESAR Mengambil WUDUK?
Orang yang BERHADAS BESAR itu adalah mereka yang berada dalam keadaan berjunub dan perempuan yang dalam keadaan haidh atau nifas. Namun dua keadaaan ini mempunyai kedudukan hukum yang berbeza kerana keadaannya masing-masing.

1.        Orang Yang Berjunub Mengambil WUDUK
DISUNATKAN bagi orang yang berjunub yang belum mandi wajib untuk mengambil WUDUK apabila hendak tidur, makan dan minum dan juga ketika hendak mengulang semula persetubuhan. Diriwayatkan daripada Sayyidatuna ‘A’isyah radhiyallahu ‘anha, beliau menceritakan:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam apabila hendak tidur, sedangkan Baginda berada dalam keadaan junub, Baginda membasuh kemaluan Baginda (terlebih dahulu) dan mengambil WUDUK (sepertimana WUDUK) untuk sembahyang” (HR.al-Bukhari).

Dalam riwayat lain pula, Sayyidatuna ‘A’isyah radhiyallahu ‘anha berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam apabila dalam keadaan junub lalu Baginda hendak makan atau tidur, Baginda mengambil WUDUK sepertimana WUDUK Baginda untuk sembahyang” (HR.Muslim).

Kedua hadis di atas adalah dalil mengenai SUNAT bagi orang yang berjunub untuk mengambil WUDUK sebelum tidur atau sebelum makan dan minum. Manakala dalil mengenai dengan SUNAT BERWUDUK sebelum mengulangi semula persetubuhan bagi orang yang berjunub itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudriy radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu mendatangi (menyetubuhi) isterinya, kemudian ingin mengulangi lagi, maka (sebaiknya) hendaklah dia mengambil WUDUK” (HR.Muslim).

Imam an-Nawawi Rahimahullah menerangkan bahawa hadis-hadis tersebut di atas memberi maksud bahawa orang yang BERHADAS BESAR dengan berjunub jika dia hendak tidur, makan, minum atau bersetubuh lagi dengan isteri yang telah disetubuhinya atau isterinya yang lain adalah DISUNATKAN terlebih dahulu mengambil WUDUK serta membasuh (membersihkan) kemaluannya (sebelum BERWUDUK). Beliau juga menyebut bahawa para ulamak asy-Syafi‘iyyah berpendapat adalah MAKRUH hukumnya ke atas orang yang BERHADAS BESAR dengan berjunub untuk tidur, makan, minum dan bersetubuh sebelum BERWUDUK.

1.1.        Hikmah SUNAT BERWUDUK Ke Atas Orang Yang Junub
Terdapat beberapa pendapat ulamak mengenai hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub jika dia hendak tidur, makan, minum dan bersetubuh. Antaranya:

1.1.1.Pendapat Pertama
Untuk meringankan HADAS kerana WUDUK berperanan untuk mengangkat HADAS daripada anggota-anggota WUDUK. Demikian juga ia bermaksud bagi tujuan kebersihan.

1.1.2.Pendapat Kedua
Dengan WUDUK merangsang seseorang untuk mandi apabila air terkena pada anggota-anggota WUDUK.

1.1.3.Pendapat Ketiga
Bertujuan agar seseorang itu tidur dalam keadaan suci dari salah satu dua HADAS (HADAS kecil dan HADAS BESAR) kerana ditakuti dia menemui ajalnya di dalam tidur.

2.        Hukum Perempuan Yang Dalam Haidh Dan Nifas Mengambil WUDUK
Hukum BERWUDUK bagi perempuan yang dalam haidh atau nifas itu terbahagi kepada dua:

2.1.        Darah Haidh Atau Darah Nifasnya Belum Kering
Jika darah haidh atau darah nifasnya masih keluar (belum kering), TIDAK DISUNATKAN baginya untuk BERWUDUK. Ini adalah kerana WUDUK TIDAK memberi apa-apa kesan pada mengangkat HADAS perempuan haidh atau nifas yang masih keluar darahnya. Maka TIDAK SAH bersuci daripada HADAS ketika darah haidh atau nifas masih keluar.

2.2.        Darah Haidh Atau Darah Nifasnya Sudah Kering
Jika darah haidh atau nifasnya sudah berhenti (kering) tetapi dia belum mandi wajib, maka DISUNATKAN ke atasnya untuk mengambil WUDUK jika dia hendak tidur, makan atau minum. Ini kerana apabila darah haidh atau nifas perempuan tersebut sudah berhenti, maka hukumnya adalah seperti orang yang berjunub iaitu SUNAT ke atasnya mengambil WUDUK jika dia hendak tidur, makan atau minum kerana ia memberi kesan pada HADASNYA (terangkat HADAS kecil).

Penutup
Berdasarkan penerangan di atas, tiada halangan bagi orang yang berjunub dan juga perempuan yang kering haidhnya tetapi belum mandi wajib untuk mengambil WUDUK pada waktu-waktu tertentu sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa hadis. Sekurang-kurangnya dengan melakukan WUDUK dapat meringankan HADAS yang ditanggung oleh keduanya sebelum mandi untuk mengangkat HADAS.

RENUNGAN: WUDUK vs HADAS
WUDUK adalah suatu cara bersuci dari HADAS kecil
WUDUK adalah perintah WAJIB yang turun bersama perintah sembahyang
WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah sembahyang dan seumpamanya
WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah tertentu sama ada WAJIB atau SUNAT..

WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah tawaf
WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah tilawah
WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah sujud syukur
WUDUK TIDAK hanya dituntut pada ibadah yang menjadikan WUDUK sebagai syarat SAH perlaksanaannya..

WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika membaca dan mendengar hadis
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika membaca dan mendengar al-Qur’an
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika memegang kitab agama, Tafsir atau Fiqh
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika membaca atau belajar tentang ilmu-ilmu syarak..

WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika sedang marah
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika hendak tidur, makan dan minum
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika masuk dan duduk di dalam masjid dan sebagainya
WUDUK juga dituntut pada keadaan-keadaan yang lain walaupun tuntutan itu hanya berupa SUNAT semata-mata..

Orang yang BERHADAS kecil itu adalah orang yang berada dalam keadaan TIDAK mengangkat HADASNYA
Orang yang BERHADAS kecil DIWAJIBKAN mengambil WUDUK untuk mengangkat HADASNYA
Orang yang BERHADAS kecil boleh saja BERWUDUK semula jika BATAL WUDUKNYA
Orang yang BERHADAS kecil boleh terus memperbaharui WUDUK walaupun masih dalam keadaan BERWUDUK bila-bila masa saja..

Orang yang BERHADAS BESAR itu adalah orang yang berada dalam keadaan berjunub
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib tiada halangan untuk mengambil WUDUK pada waktu-waktu tertentu
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib tetapi mengambil WUDUK dapat meringankan HADAS yang ditanggung olehnya
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib adalah DISUNATKAN untuk membasuh kemaluan sebelum mengambil WUDUK..

Orang yang berjunub yang belum mandi wajib adalah DISUNATKAN untuk mengambil WUDUK apabila hendak tidur
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib adalah DISUNATKAN untuk mengambil WUDUK apabila hendak makan
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib adalah DISUNATKAN untuk mengambil WUDUK apabila hendak minum
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib adalah DISUNATKAN untuk mengambil WUDUK apabila hendak mengulang semula persetubuhan..

Orang yang berjunub yang belum mandi wajib dan TIDAK mengambil WUDUK apabila hendak tidur hukumnya MAKRUH
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib dan TIDAK mengambil WUDUK apabila hendak makan hukumnya MAKRUH
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib dan TIDAK mengambil WUDUK apabila hendak minum hukumnya MAKRUH
Orang yang berjunub yang belum mandi wajib dan TIDAK mengambil WUDUK apabila hendak mengulang semula persetubuhan hukumnya MAKRUH..

Hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub adalah untuk tujuan kebersihan
Hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub adalah untuk meringankan HADAS
Hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub adalah untuk mengangkat HADAS daripada anggota WUDUK
Hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub adalah untuk merangsang seseorang untuk mandi apabila air terkena pada anggota WUDUK..

Hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub adalah bertujuan agar tidur dalam keadaan TIDAK BERHADAS kecil
Hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub adalah bertujuan agar tidur dalam keadaan TIDAK BERHADAS BESAR
Hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub adalah bertujuan agar tidur dalam keadaan suci dari HADAS kecil dan HADAS BESAR
Hikmah DISUNATKAN BERWUDUK ke atas orang yang berjunub adalah bertujuan agar tidur dalam keadaan suci kerana ditakuti menemui ajal di dalam tidur..

Orang yang BERHADAS BESAR itu adalah perempuan yang dalam keadaan haidh atau nifas
Perempuan haidh atau nifas yang sudah berhenti darahnya hukumnya adalah seperti orang yang berjunub
Perempuan haidh atau nifas yang sudah berhenti darahnya dan belum mandi wajib tiada halangan untuk mengambil WUDUK pada waktu-waktu tertentu
Perempuan haidh atau nifas yang sudah berhenti darahnya dan belum mandi wajib tetapi mengambil WUDUK dapat meringankan HADAS yang ditanggung olehnya..

Perempuan haidh atau nifas yang sudah berhenti darahnya dan belum mandi wajib adalah DISUNATKAN mengambil WUDUK jika hendak tidur
Perempuan haidh atau nifas yang sudah berhenti darahnya dan belum mandi wajib adalah DISUNATKAN mengambil WUDUK jika hendak makan
Perempuan haidh atau nifas yang sudah berhenti darahnya dan belum mandi wajib adalah DISUNATKAN mengambil WUDUK jika hendak minum
Perempuan haidh atau nifas yang sudah berhenti darahnya dan belum mandi wajib tetapi mengambil WUDUK memberi kesan pada terangkat HADAS kecilnya..

Perempuan haidh atau nifas yang masih keluar darahnya adalah TIDAK SAH bersuci daripada HADAS
Perempuan haidh atau nifas yang masih keluar darahnya adalah TIDAK DISUNATKAN mengambil WUDUK
Perempuan haidh atau nifas yang masih keluar darahnya adalah TIDAK memberi apa-apa kesan pada mengangkat HADAS..

Amalan sentiasa mengekalkan WUDUK adalah DISUNATKAN
Amalan sentiasa mengekalkan WUDUK disukai oleh malaikat Hafazhah
Amalan sentiasa mengekalkan WUDUK adalah amalan para Nabi dan para Rasul
Amalan sentiasa mengekalkan WUDUK adalah amalan para wali dan para auliya'..

Amalan sentiasa mengekalkan WUDUK boleh meluaskan rezeki
Amalan sentiasa mengekalkan WUDUK boleh mendatangkan manfaat yang BESAR
Amalan sentiasa mengekalkan WUDUK boleh menjadi pendinding memelihara diri daripada maksiat
Amalan sentiasa mengekalkan WUDUK bagi orang yang BERHADAS kecil bukanlah suatu perkara yang susah..

Tapi mengapa ramai yang lebih suka menghabiskan masa sepanjang hidupnya dalam keadaan TIDAK mengekalkan WUDUK?
Antara contohnya, lihatlah dirimu sendiri..lebih banyak masa sepanjang hidupmu dalam keadaan mengekalkan WUDUK atau BERHADAS?
· · Share
• 3 people like this.

No comments:

Post a Comment