Lazim manusia mencari kekayaan dan harta benda .Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dan dunia kita sering teralpa akan tanggungjawab terhadap sesama manusia dan Tuhan.Kita bekerja dari pagi sehingga malam sehingga terlupa tanggungjawab pada keluarga dan orang tua.Kita begitu sibuk dengan urusan pejabat sehingga membiarkan orang tersayang terabai dan tersingkir dari hati sendiri.
Hakikat harta diterangkan Rasulullah SAW seperti sabdanya yang diriwayatkannya oleh Abu Hurairah:
Seorang hamba (manusia)berkata,"Hartaku,hartaku!"Padahal hartanya itu sesungguhnya ada tiga jenis:
Disebabkan itu juga Rasulullah SAW berpesan supaya jangan sesekali berbangga dengan kelebihan yang dimiliki.Seelok-eloknya tunduklah(hati) supaya kita dapat melihat bahawa ada orang yang lebih malang daripada kita.Justeru diri akan lebih terasa insaf.
Daripada Abu Hurairah,katanya ,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-ruah dan dengan kecantikan ,maka tengoklah pula orang-orang yang KEKURANGAN."(Sahih Muslim)

- Apa yang dimakannya lalu habis.
- Apa yang dipakainya lalu lusuh.
- Apa yang disedekahkannya lalu tersimpan untuk AKHIRAT.
Disebabkan itu juga Rasulullah SAW berpesan supaya jangan sesekali berbangga dengan kelebihan yang dimiliki.Seelok-eloknya tunduklah(hati) supaya kita dapat melihat bahawa ada orang yang lebih malang daripada kita.Justeru diri akan lebih terasa insaf.
Daripada Abu Hurairah,katanya ,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-ruah dan dengan kecantikan ,maka tengoklah pula orang-orang yang KEKURANGAN."(Sahih Muslim)
No comments:
Post a Comment