Pages

Tuesday 20 September 2011

bukti al quran berdasarkan kejadian bngnan wtc...


bukti al quran berdasarkan kejadian bngnan wtc...

by Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia on Wednesday, 19 January 2011 at 15:39
Kebenaran Al-Quran Mengenai Peristiwa Keruntuhan Bangunan W.T.C New York




Dalam al-Quran terlalu banyak Allah membuat perumpamaan,antaranya ialah:"Dan tamsilan-tamsilan dan perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia,dan hanya orang yang berilmu (sahaja) yang dapat memahaminya.Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmah;sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Alla) bagi orang yang beriman."(Surah al-Ankabut-29:43-44)






Juzuk : 11 Surah : AT-TAUBAH No. Surah 9 Ayat : 110
Profil Surah : 
Ayat Sebelum
Ayat Berikut

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi




(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
   

   

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

The foundation of those who so build is never free from suspicion and shakiness in their hearts, until their hearts are cut to pieces. And Allah is All-Knowing, Wise.


OK,mari kita lihat apa yang berkait dengan surah diatas ini..Menurut fakta tragedi tersebut ialah sperti berikut

  1. Ketinggian bangunan WTC : 110 tingkat
  2. Tarikh kejadian                  :  11 haribulan
  3. Bulan                                 :  9
  4. Tahun                                :  2001
Fakta yang terdapat di dalam al-Quran :Ketika Allah menempelak golongan yang membina masjid Dhirar,beberapa ayat telah diturunkan.Antaranya ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa membina bangunan tinggi dan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan mereka sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolah-olah dikerat-kerat dan dipotong.


Demikian betapa sakitnya hati mereka,bila bangunan yang anggap gagah,dibina puluhan tahun,yang menjadi kebanggaan mereka diserang dan runtuh,serta musnah dengan sekelip mata..Betapa aib sekali maruah mereka.

Jika dilihat,ayat berkenaan ialah ayat 110 surah at-Taubah (al-Bara'ah).Maka fakta lebih kurang sama dengan kejadian 11 September 2001 itu.Ayat yang ke 110 (Bangunan WTC 110 tingkat).Juzuk ke 11 (Tarikh kejadian pada 11 haribulan).Surah ke 9 ( Kejadian itu berlaku dalam bulan 9).Sementara huruf terakhir surah itu ialah huruf yang ke-2001 (Kejadian itu berlaku pada tahun 2001)



Ini adalah satu perbandingan yang boleh dianggap tepat.Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika itu tidaklah kita ketahui.Cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan persamaan makna ayat,maka kita boleh mengambil iktibar kerana kaedah ilmu tafsir menyebut: "Pengajaran daripada sesuatu ayat itu boleh diambil daripada maknanya yang oknum (tersendiri dan bersifat peribadi) dan bukan daripada sebab turun ayat yang khusus".Namun kita juga menolak anggapan penemuan itu dianggap sebagai "kebetulan",kerana menurut keyakinan,apa yang Allah telah jadi dan berlaku,semuanya di dalam ilmu Allah (Allah lebih dahulu mengetahuinya),cuma segala rahsia Allah itu hanya diberitahu kepada sesiapa yang dikehendaki.Sesiapa yang rajin mencari,maka ia akan bertemu.Selaku hamba Allah,setiap perkara yang ajaib dan menakjubkan berlaku dihadapan mata kita,hendaklah kita jadikan sebagai iktibar bagi merasakan keagungan Allah yang menurunkan al-Quran sebagai mukjizat yang amat agung.



Peristiwa seranagn dan keruntuhan WTC New York pada 11 September 2001 telah menimbulkan pelbagai syak wasangka orang yang ada didalam hatinya penyakit syak dan sangka buruk terhadap orang Islam,semuanya dianggap musuh (Militan).Tepat sekali sepertimana yang disebut oleh Allah dalam ayat 110 surah at-Taubah.


Firman Allah, "Sesungguhnya orang yang sebelum mereka telah mengadakan kerosakan (maksiat dan kemungkaran), lalu Allah menghancurkan rumah-rumah (bangunan) mereka dari tapak asasnya,lalu atap (bangunan itu) jatuh menimpa mereka dari atas,dan datanglah azab itu kepada mereka dari tempat yang mereka tidak sedari (sangka)." (Surah an-Nahl ayat 26)

No comments:

Post a Comment