MUHASABAH BUAT ANAKKU...
by Mutiara ImanKu on Friday, 11 February 2011 at 09:33
- Wahai anakku, tiadalah akal bagi orang yang memungkiri janji.
- Tiadalah maruah bagi orang yang tidak jujur.
- Tiadalah ilmu bagi yang tidak berminat.
- Tiadalah taubat bagi orang yang tidak mendapat taufik daripada Allah.
- Tiadalah kekayaan yang lebih besar nilainya daripada ilmu.
- Tiadalah harta yang lebih bernilai daripada sikap lemah lembut.
- Tiadalah kedudukan yang lebih tinggi daripada adab sopan.
- Tiadalah teman yang lebih cekap daripada akal.
- Tiadalah bukti yang lebih terang daripada mati.
- Tiadalah kemuliaan yang lebih tinggi daripada meninggalkan maksiat.
- Tiadalah beban yang lebih berat daripada hutang.
- Tiadalah ibadah yang lebih baik daripada diam sambil berfikir.
- Tiada kejahatan yang lebih dasyat daripada dusta.
- Tiadalah kemiskinan yang lebih dasyat daripada kejahilan.
- Tiadalah kehinaan yang melebihi tamak.
- Tiadalah sesuatu yang lebih baik daripada sifat qana'ah.
No comments:
Post a Comment