Pages

Monday 26 September 2011

Cantik


Cantik

by Sekadar Perkongsian on Thursday, 03 February 2011 at 20:19
Bismillahirrahmaanirrahiim

Semua manusia sukakan kepada kecantikan. Mahukan isteri yang cantik, rumah yang cantik, handphone yang cantik, wajah yang cantik, sehingga, nombor plate kereta pun mahukan yang cantik.

Kalau barang dah jadi buruk, semua orang akan "buang" kerana ingin memiliki barang yang cantik sahaja. Perkara ini tidak salah kerana telah menjadi salah satu fitrah manusia iaitu sukakan kepada kecantikan.

Perkongsian kali ini ingin bertanyakan kepada anda, bagaimana kalau hati kita sendiri tidak cantik?

Anda ada jawapan? Bagaimana penilaian Allah s.w.t nanti kepada kita yang tidak memiliki hati yang cantik iaitu tidak mempunyai iman yang kukuh dan hati dipenuhi dengan dosa?

Mungkin, selepas membaca persoalan ini, hati kita tergerak untuk merasai perasaan takut kerana risau jikalau hati ini tidak cantik tetapi mahukan harta dunia yang cantik.

Fikirkan, jika kita boleh membuang barang yang tidak cantik begitu sahaja, mungkin nasib kita sama suatu hari nanti di akhirat kelak iaitu dicampak kedalam neraka.

No comments:

Post a Comment