Pages

Friday 30 September 2011

Scam Alert: Jai Network Sdn.Bhd- Sampai Hati Kau Tipu Orang Melayu


Scam Alert: Jai Network Sdn.Bhd- Sampai Hati Kau Tipu Orang Melayu

by SAY NO to MLM on Thursday, 10 February 2011 at 20:20
Masih ingat dengan kes pengubahan wang haram yang berlaku tahun lepas.Tahun lepas memang banyak sistem pengubahan wang haram.Mereka tergolong dalam dua kategori , melalui online dan offline.Kalau melalui online seperti abfund , eaindex dan sebagainya.Kalau offline seperti Jai Network Sdn.Bhd.
Dr Jailani-CEO:Jai Network System Sdn Bhd


Aku juga salah seorang mangsa penipuan Jai Network Sdn Bhd.Tapi nasib baik , aku mendapat kembali separuh modal.Sebenarnya kita tertipu dengan teknik-teknik yang digunakan oleh mereka.Sebagai contoh bagaimana Jai Netwok Sdn Bhd menipu kita.Mereka berselindung di sebalik jualan alat penjimatan minyak iaitu stromberg.Mereka mengatakan keuntungan diperolehi melalui jualan produk tersebut di luar negara.Yang sebenarnya , keuntungan yang kita perolehi adalah melalui ahli-ahli baru yang menyertainya.

Sedikit diberi kepada kita , sebanyak mungkin di perolehi oleh mereka.Aku membangkitkan isu ini kerana Mahkamah Sesyen Kuantan,membenarkan Dr Jailani Jabar, 48, yang juga Pengarah Jai Network System Sdn Bhd yang menghadapi 106 pertuduhan menerima sejumlah wang hasil daripada pengubahan wang haram dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.Dr Jailanai Jabar menerima sejumlah RM98.7 juta daripada sumber tidak sah menerusi akaun syarikat itu.
Aku rasa terkilan kerana beliau dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.Aku rasa tidak patut beliau dibebaskan setelah apa yang beliau lakukan kepada rakyat Malaysia.Rakyat yang menerima padah.harap2, duit tersebut dipulangkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment