Pages

Monday, 26 September 2011

Usaha Tabligh/ Dakwah (JT)


Usaha Tabligh/ Dakwah (JT)

by Ghuraba Perindu Syahid on Tuesday, 08 February 2011 at 07:48
Usaha tabligh/ dakwah ini bukanlah usaha baru tapi usaha ini adalah peninggalan Nabi Muhammad Saw, Para Sahabat, tabiie, Tabiit Tabiien, usaha ini dah lama kak, kerana usaha ini telah dibuat oleh para `Anbiyaa` Alaihi sollatu wassalam yang telah dihantar oleh Allah SWT sebanyak 124,000 iaitu mengajak manusia supaya kenal Allah,beriman dengan Allah,yakin dengan kudrat Allah, yakin penyelesaian masalah ada di dalam amal-amal agama bukan di dalam `mal` (kebendaan), Ummat Muhammad S.A.W telah diberi peluang untuk buat usaha yang sangat mulia ini kerana sebelum kita diwujudkan,usaha ini hanyalah untuk para Anbiya a.s, yang mana mereka maksum,suci.

usaha ini mempunyai salasilah yang mana salasiahnya sampai terus kepada Baginda S.A.W.

ada beberapa Tariqat yang terus kepada Rasulullah saw. Tapi itu bukan maksud utama untuk ummat ini diutuskan sehingga Allah letakkan Ummat ni pada satu kedudukan yang tertinggi berbanding kaum2 yang terdahulu.

petikan kata2 Maulana Ilyas rah (pengasas JT) bahawa "Usaha yang aku buat ini bukan usaha yang dibuat sekarang. Andai aku lakukan usaha yang ada sekarang maka aku bukan kedepan, malah aku ketinggalan sejauh 1400 tahun. Inilah ketinggian fikir seorang penyambung Usaha yang mulia.

sebenarnya JT ni bukanlah nama, entah mana datang panggilan ni, kerana Maulana Muhammad Ilyas rah tak pernah namakan kumpulan kerana Tabligh/dakwah ini adalah tanggungjawab semua Ummat Islam,

Jadi untuk islahkan diri kita keana tingkatkan iman kite kena buat pengorbanan kerana dengan pengorbanan baru kita dapat merasakan kemanisan hakikat Iman. Jadi atas maksud itu mereka yang buat usaha ini kena keluar 4 bulan sekali seumur hidup, 40 hari setiap tahun 3 hari setiap bulan untuk memperbaiki diri dan mengajak manusia dekat pada Allah dari masa ke semasa

begitu juga kita kena buat usaha halaqah (tempat tinggal kita) agar bila kita balik dari khuruj kite istiqomah dengan usaha dakwah, ajak orang tempatan datang ke surau mengamarahkan Masjid dan Surau kita, so tiap2 hari kita ada mesyuarat di kalangan jemaah agar kita dapat tingkatkan usaha, majlis taklim(majlis ilmu) baca hadis dan dengar cerita para sahabat dan Nabi saw untuk memberi semangat pada kita, ziarah menzirah satu di halaqh kite satu lagi di halaqah tempat lain, agar ukhwah terjalin, kemudian hidupkan takliim dirumah agar usaha dakwah dapat berterusan di dalam keluarga jugak, kemudian wanita jugak punyai usaha masturah usaha di kalangan wanita, nanti adik xplain kat masa lain.

khuruj Fisabilillah ni kalau 4 bulan 40 hri 3 hari untuk islahkan diri kita, dalam pada masa inilah kita nak jaga amalan kita, makan ikut sunnah, tido iktikap ikut sunnah, masuk keluar tandas dan masjid ikut sunnah, berbicara kikut adab dan tertib, kena patuh pada Ameer(ketua) time inilah kita nak belajar Ilmu masail (ilmu farhu ain) dan Ilmu fadhail (ilmu fadhilat) untuk memantapkan lagi amalan kita, bermula dari pagi subuh ada bayan (ceramah hakikat usaha atas Iman) untuk memberi semangat kemudian dalam kul 10 kebiasaanya ada mesyuarah untuk memutuskan tanggungjawab masing2 dalam jemaah, pemberi bayan, pembaca taklim, kemudian aturan waktu setiap aktiviti,

ini schedule adik ketika keluar 3 hari bulan lepas
ini atas putus ameer jemaah

pertama sekali mesyuarah antara jemaah untuk memutuskan tanggungjawab masing, aturan waktu dan selalunya mesyuarah selepas subuh (selepas bayan subuh) sebelum sarapan, kadang2 dalam pkul 10 selepas sarapan( ni selalunya time hari terakhir keluar)

pada pagi dari kul 9 pagi smpai setengah jam sebelum zuhur kami akan duduk dalam majis ilmu, dengarkan hadis, dan jugak ada halaqah Quran untuk memperbetulkan tajwid dalam 10 surah terakhir dalam Al-Quran, lepas zuhur ada muzakarah adab2 dan sunnah seharian, kemudian ada menjamu makan tengah hari, kemudian infradi a'mal(buat amal sendiri, untuk beristirehat, ada yg baca quran, ada yang baca kitab ada yang berzikir) lepas asar ada aktiiviti ziarah menziarah jumpa saudara Islam untuk ajak mereka ke Masjid atau surau, lepas magrhib ada majlis fikir atas iman(bayan), bagaimana agama boleh tersebar ke seluruh alam, bagaiamana kemanisan Iman itu boleh di rasai bersama. kemudian lepas Isyak, ada bacaan kisah para sahabat sebagai pemberi semangat untuk hari esok, lepas subuh ada lagi majlis atas Iman (bayan), untuk menyediakan jemaah untuk aktiviti yang di tetapkan.

tapi 3 hari dan 40 hari dan 4 bulan berlainan mujahadahnya lebih lama lebih mujahadah, adik pengalaman selama 10 hari, 10 hari nih dah masuk kampong, hutan buat usaha dakwah atas orang kampong, suasana bandar pun ada jaga iman agar tak terkesan pada suasana bandar, 40 hari di hantar jauh sikit macam adik dok KL 40 hari mybe di hantar ke kelantan, indonesia, india, pakistan or Bangladesh ikut keputusan Syura Negara, 4 bulan Masya Allah!!!! di hantar ke America, Eropah ini untuk ajak manusia yg Islam dan bukan Islam untuk mentauhidkan Allah dn mendekatkan diri pada Allah,adalagi khuruj 2 bulan jalan kaki (insya Allah adik akan pergi bulan sept nih) suasana mujahadah angkat lugggage dari kampng ke kampong dgn berjalan kaki, 25 Km jln kaki kemudian iktikaf kat mana2 surau kemudian buat usaha di sana, adalagi yang khuruj seumur hidup, di mana ada jerr jemaah yg nak di hantar dia akan bersedia berkorban masa nyawa harta atas maksud Lailahaillah Muhammadur Rasulullah, nak xplain lebih adik tak pandai, kena keluar dulu bru tahu, tapi bagi wanita kena ada muhrim untuk keluar/khuruj di kalangan wanita, baru boleh.

SOURCE FROM: Usamah Bin Mohd Ariff
February 8 at 12:46am

No comments:

Post a Comment