Pages

Monday 26 September 2011

Amalan Sunat Hari Jumaat


Amalan Sunat Hari Jumaat

by Acho | Demi Masa on Thursday, 20 January 2011 at 20:58

 1. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat.

Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم maksudnya;
"Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memeberikan salam kepadanya sepuluh kali."
[Riwayat al-Baihaqi]


2. Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat.

Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud;
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, amka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat."
[Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi]


3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.

Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud;
Sesungguhnya hari ini(Jumaat) ialah hari raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika memiliki minyak wangi, maka ia hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak." [Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan]


4, Bersegera menghadiri solat Jumaat

Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut;

Waktu masuk ke masjid ---> Seolah-olah berkoran
  • awal waktu                       seekor unta
  • waktu kedua                     seekor lembu
  • waktu ketiga                     seekor kambing kibas
  • waktu keempat                 seekor ayam
  • waktu terakhir                  sebiji telur


5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat.

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sabda Baginda yang bermaksud;
"Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa manjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya."
[Riwayat Abu Daud dan al-Hakim]


Sumber: Info Fiqah, Solusi 27.

 ·  · Share

No comments:

Post a Comment