Pages

Monday 26 September 2011

Pemuda menyokong muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Al-Mursyidul AM PAS


Pemuda menyokong muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Al-Mursyidul AM PAS

by PEMUDA PAS MALAYSIA on Tuesday, 08 February 2011 at 09:51
Bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong dan menggesa agar muzakarah diantara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Parti Islam Se-Malaysia dengan diketuai oleh Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat segera diadakan. Ini kerana DPPP yakin segala pertelingkahan, pertikaian, perselisihan faham mesti diselesaikan secara muzakarah dengan menjadikan AL-Quran dan As-Sunnah sebagai asas penyelesaian.

Ini sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan. Malah DPPP ingin menegaskan bahawa bukan sahaja satu atau dua isu yang berkait dengan Al-Mursyidul Am PAS tetapi masih banyak perkara-perkara lain yang menyentuh aqidah ummah perlu dimuzakarahkan. 

DPPP juga turut mengalu-alukan penyertaan ulamak-ulamak UMNO justeru mereka adalah pendokong kerajaan yang dipimpin oleh UMNO bagi menyelesaikan isu-isu agama.

DPPP melihat, sekian lama UMNO dan Barisan Nasional menguasai agen penyebaran massa utama seperti televisyen, radio dan akhbar arus perdana di dalam negara sudah terlalu banyak fitnah dan tohmahan telah dilemparkan terhadap Al-Mursyidul Am PAS khususnya dan Parti Islam Se-Malaysia amnya. Inilah peluang dan platform terbaik bagi rakyat menilai apa yang ditohmah oleh media arus perdana ini benar ataupun salah. 

Justeru itu, muzakarah antara kedua-dua pihak ini suatu peluang dan platform yang sangat baik sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan atau mufti-mufti bersama ulamak-ulamak UMNO menganggap apa yang pernah disebut atau di praktikkan oleh Al-Mursyidul Am dan kami Parti Islam Se-Malaysia bercanggah dengan Islam.


Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

No comments:

Post a Comment