Pages

Tuesday 20 September 2011

KETAKUTAN MAKHLUK BERNAMA SYAITAN...


KETAKUTAN MAKHLUK BERNAMA SYAITAN...

by Misses Najiha on Wednesday, 19 January 2011 at 16:22
Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Wahai Aisyah, sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat beberapa gedung istana yang terdiri dari mutiara, batu permata merah, dan dari batu zabarjad, emas dan perak."

Kata Aisyah r.a. : "Wahai Rasulullah SAW, untuk siapakah istana itu?."

Kata Rasulullah SAW. : "Istana itu adalah untuk orang yang berpuasa pada hari Arafah."

Kata Rasulullah SAW lagi : "Wahai Aisyah, hari-hari yang sangat disukai oleh Allah ialah hari Juma'at dan hari Arafah, kerana pada hari itu terdapat rahmat (dari Allah) dan sesungguhnya hari-hari yang paling dibenci oleh Iblis ialah hari Juma'at dan hari Arafah."

Kata Rasulullah SAW lagi, : "Wahai Aisyah, barangsiapa yang pada pagi-pagi berpuasa di hari Arafah, maka Allah swt akan membukakan baginya 30 pintu kebaikan dan menutup 30 pintu kejahatan, dan apabila dia berbuka puasa dan meminum air maka seluruh peluh dibadannya itu akan meminta ampun untuknya dengan berkata : "Ya Allah belas kasihanilah dia sampai terbit fajar. 

No comments:

Post a Comment