Pages

Monday 26 September 2011

USRAH All One 14: BAB 8 - MALAM PERTAMA : MELAYARI BAHTERA RUMAH TANGGA


USRAH All One 14: BAB 8 - MALAM PERTAMA : MELAYARI BAHTERA RUMAH TANGGA

by All One Nasyeed on Thursday, 20 January 2011 at 23:03
MALAM PERTAMA
OLEH: Muhamad Fazil Ahmad
http://fazilahmad.blogspot.com

Setelah selesai majils akad nikah bolehlah kedua-dua pengantin itu bertemu. Isteri hendaklah bersedia di dalam biliknya dengan pakaian yang cantik dan bau-bauan yang menyegarkan. Isteri hendaklah bersedia bagaikan menunggu sesuatu yang baru dalam hidupnya. Sungguhpun begitu janganlah merasa takut, berdebar atau malu.

    MASUK BILIK
Suami ketika hendak masuk ke dalam bilik hendaklah terlebih dahulu memberi salam dan meminta izin masuk, setelah dibenarkan, masuklah dengan ucapan:

Terjemahannya: Semoga Allah berkati kita masing-masing dalam persahabatan ini.

Kemudian bacalah doa berikut:

Terjemahannya: Ya Allah aku bermohon kepada Engkau kebaikannya dan kebaikan wataknya dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatannya dan kejahatan wataknya.

Doa ini dibaca sambil memegang ubun-ubun isterinya. Kemudian isteri menyambutnya dengan ucapan:

Terjemahannya: Bagaimana setelah engkau lihat isterimu ini? Semoga Allah memberkati engkau.

(Riwayat: Al Bukhari)

Satu perkara yang patut diingat bahawa sebelum mengauli isteri pastikan mas kahwin telah dibayar. Kalau belum membayarnya hendaklah diserahkan di waktu itu juga. Kalau tidak, isteri boleh menghalang suaminya dan mensetubuhinya. Sabda Rasulullah:

Terjemahannya: Maka apabila dia (suami) masuk wajiblah untuknya (isteri) mas kahwin, ialah yang menghalalkan farajnya.

    GAULI ISTERI
Sungguhpun isteri diibaratkan sebagai ladang bagi suami dan begitulah sebaliknya namun untuk membajaknya mestilah mengikut cara yang dibenarkan oleh syariat:
  • Bergurau dan bercumbu kasih hendaklah didahulukan sehingga timbul rasa kemesraan hubungan suami isteri. Ini merupakan muqaddimah persetubuhan. Mereka yang terus melakukan persetubuhan tanpa muqaddimah tersebut samalah macam perogolan. Ini sudah tentu membahayakan isteri. Rasul SAW pernah melarang perbuatan tersebut dengan sabdanya:
Terjemahannya: Rasulullah melarang seseorang menggauli isterinya Sebelum bercumbu-cumbuan.

(Riwayat: Al-Khatib)
  • Bacalah doa sebelum menggaulinya:
Terjemahannya: Dengan nama Allah, Ya Tuhan, jauhilah kami dari syaitan dan jauhiliyah dan syaitan apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)
  • Jauhilah dari bertelanjang bulat kerana itu menyamakan dengan sifat binatang. Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Apabila seseorang kamu menggauli isterinya hendaklah tutup tubuh keduanya dan janganlah bertelanjang bulat seperti kaldai.

(Riwayat: At Tabrani)
  • Apabila sudah hampir terpancutnya air mani bacalah doa:
Terjemahanya: Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dan air (mani).

Perlu diingat, waktu yang paling baik untuk dikeluarkan air mani ialah setelah kedua-duanya merasai kepuasannya.
  • Jika berhasrat untuk mengulanginya kali kedua atau seterusnya, disunatkan suami membasuh zakarnya. Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahanya: Apabila seseorang kamu menggauli isterinya dan berhasrat untuk mengulanginya lagi maka hendaklah membasuh zakarnya.

(Riwayat: Al-Baihaqi)

Peraturan yang disebutkan di atas hendaklah dijadikan amalan harian setiap kali hendak melakukan persetubuhan. Cuma sebaik-baik waktu bersetubuh ialah:
  1. Waktu malam.
  2. Perut tidak terlalu lapar dan terlalu kenyang.
  3. Tidak terlalu mengantuk.
Persetubuhan boleh dilakukan sekerap mungkin. Walau bagaimanapun tidaklah elok jika dilakukannya setiap hari dan makruh pula jika tidak dilakukannya dalam tempoh empat hari. Ertinya sejarang-jarang persetubuhan itu ialah empat hari sekali.

 ISTERI YANG BAlK

Isteri yang dapat memahami segala kemahuan suami itulah isteri yang baik. OIeh itu isteri yang hanya rajin menyediakan keperluan makan dan pakaian untuk suami belumlah lagi isteri yang baik. Sebaliknya mereka yang dapat memahami seks suami itulah yang dikatakan baik. Sabda Rasulullah saw.:

Terjemahannya: Sebaik-baik wanita (isteri) ialah mereka yang menjaga baik kehormatan dirinya dan bernafsu terhadap suaminya.

(Riwayat: Ad-Dailami)

Sehubungan dengan itu Rasulullah bersabda:

Terjemahannya: Apabila seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu dia enggan maka dia (suami) merasa marah terhadapnya nescaya malaikat melaknatinya sampai ke waktu Subuh.

(Riwayat: Ahmad)

Isteri yang pandai menjaga soal-soal begini sudah tentu suaminya akan bertambah sayang dari hari ke hari. Sikap begini selain dari faedahnya dapat dikecapi oleh isteri juga, namun ia secara tidak Iangsung dapat membantu suaminya agar tidak terjebak ke dalam kancah maksiat ketika di luar rumah. Apa tidaknya, apa yang dirasakan di rumah Iebih istimewa dari yang di luar.

No comments:

Post a Comment