Buat rakan-rakan sekalian dan terutamanya diri ini, marilah sama-sama kita renung dan ambil pengajaran. Semoga kita sama-sama beroleh keredhaan-Nya dalam menjalani kehidupan seharian, maaf andai mengandungi unsur ke-jiwangan terlampau.. ikhlas dari hamba :
Hawa, Ketahuilah..
Hawa..
Ampun dan maaf Adam pinta,
Andai nukilan ini bisa mengguris jiwa,
Namun buat si dia yang Adam tumpahkan setia,
Adam coretkan jua sedikit kata-kata,
Moga menjadi tarbiyah buat kita bersama..
Hawa, ketahuilah..
Sesungguhnya Allah telah memberi ilham-Nya,
Agar Adam memilih Hawa menjadi teman setia,
Seseorang yang bisa menggembirakan,
Jua seseorang yang menjadi harapan,
Teman hidup Adam di masa hadapan,
Bakal disatukan melalui ikatan..
Dan ketahuilah jua..
Adam memahami niat suci kita,
Agar Hawa bisa menjadi halal buat diri ini,
Peneman diri di kala sunyi,
Pentarbiyah di kala diri dihanyutkan arus duniawi,
Bakal ibu buat para mujahid dan mujahidah Islami,
Dan bakal bidadari di syurga ukhrawi..
Namun..
Dalam keterlekaan menjalin hubungan,
Dalam kita gembira 'lebih dari teman',
Sedarkah Hawa,
Syaitan itu sedang memainkan peranan?
Lupakah Hawa pada janji makhluk terkutuk itu,
Bahawasanya ia akan mengaburkan pandangan,
Menjadikan maksiat itu dipandang mulia,
Walhal ia sebenarnya menyesatkan? (15:39)
Sungguh..
Adam tidak bisa mengguris Hawa,
Hati lembut Hawa tidak sanggup diluka,
Kerana Adam tahu dan faham,
Akan niat ikhlas dan suci kita bersama,
Mencari keredhaan-Nya bersama,
Sebagai pasangan yang sah disisi-Nya,
Dan Hawa tidak sekadar menjadi fitnah wanita..
Tapi Hawa..
Adam takut Hawa,
Adam takut pada kemurkaan-Nya,
Kerana syariat Dia lebih utama,
Usah dilupa harapan ibu dan bapa,
Agar kita menjadi insan berguna,
Bukannya hanyut dalam arus cinta dunia,
Arus yang bisa menyesatkan manusia,
Mencampakkan kita ke lembah yang paling hina,
Andai tidak dibatasi dengan norma agama..
Oleh itu ketahuilah Hawa..
Marilah kita tangguhkan dahulu segala perasaan,
Hindarkan segala bisikan syaitan,
Jauhkan segala kemungkaran,
Dan kembalilah kita menjadi kawan biasa,
Yang tiada mengenal erti suka, sayang dan cinta,
Jua tiada 'lebih dari kawan biasa'..
Dan ingatlah Hawa..
Ukhuwwah sesama kita lebih Adam damba,
Daripada bahagia berkalung noda,
Daripada gembira menyulam dosa,
Sebaliknya marilah bersama kita jelajah dunia,
Menjejak impian dan cita-cita,
Memantapkan diri dengan ilmu-Nya,
Dalam memburu keredhaan dari Dia,
Niat suci kita itu kita tawaquf bersama-sama,
Kepada Dia kita pasrahkan segala..
-malayneum-
9/1/2011
4 Safar 1432

No comments:
Post a Comment