Pages

Wednesday 2 February 2011

penjelasan tentang mimpi bertemu nabi..




by Muhammad Naili Mohd Jawa on Wednesday, 10 November 2010 at 16:31


Assalamualaikum..

ini adalah penjelasan berdasarkan ilmu yg sedikit hasil kurnian Allah S.W.T pada saya tentang isu mimpi bertemu Baginda S.A.W..
hasil kajian nya..dapat lah saya berkongsi bersama kalian..
benar atau tidak..Waallahualam ..saya hanya berpandukan rujukan..

Masalah mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini, samalah dengan permasalahan karamah, ma’unah, kasyaf, ilham yang benar, mimpi yang hak dan yang seumpamanya. Yang mana semuanya ITU adalah ANUGERAH dan REZEKI daripada Allah Ta’ala ke atas beberapa individu dengan hikmah yang Allah Ta’ala yang Lebih Lagi Maha Mengetahui akan sebabnya.

Oleh kerana itu adalah rezeki dan anugerah Allah Ta’ala, maka tidaklah selayaknya, orang yang diberikan mimpi sedemikian rupa, menceritakannya kepada orang lain dengan tujuan untuk RIYA’ , TAKBUR, dan seumpamanya, apatah lagi jika ianya diceritakan dengan maksud untuk mengeksploitasi ataupun mempergunakannya dengan tujuan untuk menipu manusia ataupun melakukan apa-apa yang bertentangan dengan dasar-dasar syariat, terutamanya Al-Quran dan As-Sunnah ( al-Hadist ).

 Mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini juga merupakan satu perkara yang harus dan mungkin sahaja terjadi, samada di zaman dahulu , zaman sekarang ataupun bagi zaman yang mendatang. Dan ada mimpi yang perlu dita’abir ( dihuraikan ) dan ada pula yang tidak perlu dita’abir kerana mimpi itu jelas lagi terang.

 Orang yang bertemu ataupun melihat Rasulullah s.a.w melalui mimpi , akan tetap bertemu secara sedar. Hadis ini secara umum memberikan peluang dan khabar gembira kepada setiap orang yang beriman bahawa mereka mempunyai peluang untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w di atas muka bumi ini ( ketika hidupnya Rasulullah s.a.w ) ataupun di hari akhirat kelak.

4 - Orang yang bermimpi itu mestilah juga seorang yang jujur lagi adil ( ertinya ialah Islam ) dan tetap berpegang-teguh ( percaya ) dengan mimpinya itu lagi berpegang-teguh juga dengan ajaran-ajaran Islam, dan juga mestilah juga seorang yang waras dan berkeupayaan untuk menceritakan mimpi tersebut sebagaimana yang dialaminya.
 Mimpi dan seumpama dengannya – sebagaimana telah disebut di atas – TIDAK BOLEH MENGHARAMKAN YANG HALAL ATAUPUN MENGHALALKAN YANG HARAM. Dan jauh sekali untuk mengubah syariat Islam yang telah sempurnah di zaman Baginda Rasulullah s.a.w !.

Mimpi ini adalah anugerah dan rezeki daripada Allah Ta’ala untuk menambahkan lagi kekuatan iman dan berjuang di jalan Allah Ta’ala dan juga merupakan peneguh dan penambah kemanisan iman. Kemanisan iman ini bukanlah satu perkara yang boleh dimungkiri sebagaimana manisnya orang yang merasai makanan yang manis ataupun yang bergula.

 Apabila terdapatnya perselisihan pendapat mengenai hal ini di kalangan muslimin, maka hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik seperti berbincang dan bermuzakarah, bukannya dengan melontarkan tohmahan bahawa lawannya itu adalah orang yang telah menjadi ahli bid’ah ( mubtadi’e ) , kafir dan jauh sekali menjadi seorang yang musyrik !.

 Masalah mimpi seperti ini juga BUKANLAH MERUPAKAN USUL ATAUPUN RUKUN IMAN, yang menyebabkan boleh dikafirkan seseorang muslim yang agak kurang selesa untuk menerima hakikatnya !.

 Masalah seperti ini juga BUKANLAH DALIL kepada golongan seperti Al-Arqam yang “ beriman “ bahawa Haji Ashaari Muhammad ( Pengasas Al-Arqam ) ataupun Syeikh Abdullah As-Suhaimi telah bertemu dengan Saidina Rasulullah s.a.w di dalam keadaaan sedar, lalu mengambil tareqat mereka yang dikenali sebagai “ Aurad Muhammadiah “ di dalam Ka’abah Al-Musyarrafah. Apatah lagi, kesesatan jemaah ini semakin terserlah apabila berbagai kisah pengasas jemaah mereka yang direka-cipta dengan 1001 macam kisah yang penuh khurafat lagi takhyul serta bid’ah dholalah !.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

1 – AL-JAMIE’ AS-SOGHIR ~ Imam Jalaluddin As-Suyuthi (rh) Ms 1739, Jilid 4. Terbitan : Maktabah Nazzar Mustafa Al-Baz, Riyadh.

2 – FATHUL BARI ~ Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolani (rh) Ms 411, Jilid ke –14, Terbitan : Darul Fikr , Beirut.

3 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM ~ ‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr Ms 78, Jilid 2 , Darul Ghad Al-‘Arabiy, Kaherah.

4 – NAZARAT FI RISALAH AT-TA’ALIM ~ Muhammad Abdullah Al-Khatib & Muhammad Abdul Halim Hamid Ms 64, Darul Tauzie’ Wan Nasyr Islamiah, Kaherah.

5 – USUL DUA PULUH ~ Al-Fadhil Prof. Madya Alias Othman ( UM ) Terbitan : Pustaka Salam, Kuala Lumpur.
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment