Pages

Wednesday 2 February 2011

PLURALISME beri kesan kepada akidah Islam




by Ayda Holicqueenr on Friday, 26 November 2010 at 00:29


By: Ummah, Nov 2010

 

Titik penting munculnya idea tentang pluralisme  di dunia Islam pada era moden bertolak pada perdebatan tentang khalifah dan perlaksanaan system politik moden dalam dunia Islam. Ia menyaksikan kemunculan idea tentang demokrasi, sosialisme, sekularisme, liberalisme dan sebagainya. Beberapa peristiwa penting yang memainkan peranan besar kepada pertembungan dunia Islam dan idea-idea Barat ini ialah Revolusi Rakyat di Iran pada 1905-1911. Revolusi Golongan Muda (Young Turks) pada 1908 dan akhirnya Revolusi Kamal Attarturks pada tahun 1924 yang menghapuskan pemerintahan Khalifah Osmaniah di Turki. Pada masa yang sama gerakan muncul gerakan pembaharuan di Mesir dan Negara Arab untuk bebas daripada cengkaman colonial Barat. Termasuk juga gerakan pembebasan yang berlaku di India, akhirnya menyaksikan pemisahan entity Islam yang memunculkan Negara Islam Pakistan.

Tidak ketinggalan isu Palestine yang ketika itu mula di jajah oleh zionisme Yahudi. Pertembungan antara Dunia Islam dan Barat seperti mengulangi pertembungan yang pernah berlaku dalam era Perang Salib. Namun pada kali ini, dunia Islam berada di pihak yang tewas. Penjajahan kuasa colonial moden Barat ke atas sebahagian besar dunia Islam telah membentuk  dikotomi penjajah-dijajah, tuan-hamba, atau pusat-pinggiran yang meletakkan dunia Islam di bawah penguasaan colonial Barat.

Idea yang mencetuskan gerakan pembebasan dan pembaharuan dunia Islam muncul dengan hebatnya pada awal abad ke-20 sebagai aksi reaksioner terhadap penjajahan dan pengaruh kuasa Barat ini. Wujud dua bentuk aliran umum dalam aksi reaksioner ini. Pertama, muncul golongan pembaharuan Islam yang memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam membangunkan kekuatan dunia Islam dan kedua mereka yang mengambil dan menyesuaikan kerangka serta system pemikiran Barat bagi memajukan dunia Islam, seterusnya mebangunkan dunia Islam yang progresif, moden dan maju. Perbincangan tentang idea pembaharuan ini memunculkan nama-nama seperti Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida yang memperjuangkan nilai-nilai Islam sejagat dalam konteks pembentukan Pan-Islam. Sementara golongan kedua yang mengambil kira pemikiran Barat secara drastic dan menolak nilai-nilai Islam secara langsung atau tidak langsung telah melahirkan nama-nama Mustafa Kamal Atarturk, Ali Abd Raziq membawa pemikiran liberal-demokratik Barat ke dalam dunia intelektual Islam yang turut mengecam pemerintahan Khalifah Islam.

Intelektual Islam

Pemikiran pembaharuan Islam yang memperjuangkan pembentukan wilayah Islam yang menyeluruh baik dari segi politik, ekonomi, budaya, masyarakat dan intelekutal mencipta gelombang besar di tangan-tangan intelektual dan pertubuhan Islam seperti Muhammad Iqbal (1877-1937), Hassan Al-Banna (1907-1949), Abu al-Ala Mawdudi (1903-1979) dan Sayyid Qutb (1906-1966). Tokoh-tokoh ini menentang keras pembaharuan liberal dan politik demokrasi Barat ke dalam dunia Islam. Rashid Rida menegaskan bahawa masyarakat Islam tidak akan muncul sehinggalah system pemerintahan Khalifah ditegakkan, sekaligus merupakan kecaman terhadap pemerintahan secular Atarturk di Turki. Pandangan Rida itu di kongsi pengasas Pertubuhan Ikhwan Muslimin, Hassan al-Banna yang menggerakkan pertubuhan persaudaraan Islam yang keras menentang segala pemikiran dan system politik Barat. Hassan al-Banna menegaskan bahawa perlaksanaan syariah Islam adalah jalan keluar daripada kemunduran dan kegelapan umat Islam. Pandangan al-Banna ini juga merupakan pandangan balas terhadap idea liberal-sekular yang dikemukakan oleh Ali Abd Raziq.

Tolak demokrasi liberal Barat

Pemikiran yang bertentangan dalam ertikata menyeru kepada pembaharuan yang mengangkat nilai-nilai modeniti Barat seperti demokrasi, liberalism dan pluralism yang bangkit pada pertengahan abad ke-19 mula lahir dalam bentuk-bentuk yang lebih konstrucktif. Fathi Osman muncul sebagai suara liberal yang menyeru kepada pluralisme dan hak asasi manusia, khususnya hak golongan wanita dan minority bukan Islam. Walaupun dari satu segi terlihat pandangan Fathi Osman sebagai suara murni mencari keadilan bagi golongan yang kononnya tertindas, tetapi pada hakikatnya kea rah nilai-nilai liberalisme Barat. Sedangkan dalam Islam hak golongan wanita, minority bukan Islam dan hak asasi manusia telah ditegaskan dengan jelas dalam syariah Islam, bahkan dilaksanakan dalam syariah Islam yang memberikan keadilan kepada manusia berasaskan prinsip Islam. Dalam prinsip Islam, hukum datangnya daripada Al-Quran dan hadis, serta qias para ulama.

Period ini menyaksikan lahirnya konsep tentang pluralism yang berasaskan dan nilai dan pemahaman Barat. Pluralisme menekankan prinsip hak asasi manusia yang berasaskan individu sebagai puncak kepada hukum keadilan. Ia bermula dengan penegasan hak sama rata manusia tanpa mengira  agama dan bangsa. Dalam pada itu, ia menyerapkan prinsip liberalism Barat. Pluralisme kemudian berkembang dalam pemahaman siosiopolitik mewujudkan apa yang disebut sebagai consiciotional politic, dalam bidang siosioekonomi melahirkan globalisasi, dalam siosiobudaya melahirkan liberal-capatalistmass culture atau budaya hedonism, dan dalam agama melahirkan siosiologi agama atau anthoropocentric prespective. Semua hal ini mewujudkan konsep pluralism yang mengaburkannilai-nilai agama (Islam terutamanya) dengan nilai-nilai individu yang hanya mewujudkan sebagai entity duniawi.

Asas penting kepada konsep pluralism ini berdiri dalam pernyataan hak asasi manusia yang di maktub berasaskan nilai-nilai liberalism Barat. Sebagai contoh umum, beberapa ketetapan dalam piagam hak asasi manusia konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu memperlihatkan bagaimana nilai-nilai liberal Barat di jadikan asas kepada pandangan sejagat. Semua artikel hak asasi yang diterima sebagai asas kebebasan manusia ini menolak nilai agama sebagai asas penyataannya. Contohnya artikel menyatakan kebebasan untuk manusia bekerja mencari nafkah tetapi dalam Islam pekerjaan yang melibatkan perkara haram disisi Islam dan subahat dengan kemungkaran  adalah di tegah. Maka tegahan dalam Islam itu di anggap sebagai melanggar hak asasi dan kebebasan manusia. Begitu jugal soal hak dan hukum bagi golongan wanita, contohnya berpakaian menutup aurat dan penyertaan wanita dalam ruang awam mempunyai batasannya demi menjaga maruah wanita Islam. Namun tegahan dan ketetapan menutup aurat ini juga di pandang sebagai melanggar hak asasi wanita dalam menentukan kebebasannya.

Sebuah masyarakat plural

Persoalan mengenai pluralism mula-mula muncul dalam konteks pemahaman social, yakni hubungan kemasyarakatan dalam suasana baru setelah era penjajahan colonial. Apa yang dikatakan suasana baru tersebut ialah munculnya masyarakat heterogenus iaitu percampuran antara masyarakat pribumi dengan masyarakat pendatang ataupun kewujudan masyarakat daripada pelbagai etnik yang hidup bersama. Maka masyarakat baru yang wujud ini adalah sebuah masyarakat plural atau masyarakat majmuk. Sesuai dengan sifat masyarakat majmuk, ia turut membawa kepelbagaian cara hidup berlandaskan budaya, agama atau kepercayaan masing-masing etnik. Pluralisme melihat bagaimana pertembungan masa lalu dan masa kini tidak lagi berpegang kepada nilai-nilai fundamental etniik, agama, dan budaya yang terpisah-pisah tetapi sebaliknya mewujudkan sebuah masyarakat baru yang beridentitikan nilai masa hadapan.

Pluralisme seterusnya berkembang kepada konsep budaya dan pemahaman agama. Setelah ia melihat semua manusia adalah sama dengan konsep hak asasi yang berasaskan nilai liberalism Barat, plurarisme berkembang dengan konsep yang melihat semua agama itu juga adalah sama. Bagi pluralisme tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain. Pemahaman ini menjelaskan bahawa agama seseorang bukanlah satu-satunya hal yang eksklusif bagi kebenaran, kerana dalam agama-agama lain juga dapat ditemukan kebenara atau setidak-tidaknya nilai-nilai yang benar. Seorang tokoh pluarisme agama di Barat iaitu John Hicks menyatakan bahawa kebenaran tidak dapat hanya dengan mlihat secara eksklusif terhadap mana-mana pegangan agama, sebaliknya kebenaran ditemui melalui gabungan pelbagai sumber agama, kepercayaan dan pemikiran.

Hicks menyebutnya sebagai transcategorial nounemal reality, yang melihat bahawa pengalaman keagamaan di kategorikan sebagai noumenal yang di pengaruhi oleh reality budaya, persekitaran, sejarah dan pemikiran. Dalam ertikata lain, Hicks menyatakan Tuhan wujud berdasarkan persepsi manusia. Transcategorial ini kemudiannya mewujudkan apa yang disebut Hicks sebagai phenomenal God dan noumenal God. Kedua-dua konsep ini menjelaskan bagaimana pengetahuan tentang Tuhan adalah dipengaruhi oleh budaya dan sejarah manusia. Pemikiran Hicks ini dipengaruhi oleh falsafah Kantian (Immanuel Kant), yang memilih kebenaran antara objek zahir dengan Tuhan untuk meletakkan satu kepastian kepada semua ilmu.

Secara keseluruhannya plurarisme menegaskan tiga perkara pokok tentang persamaan agama. Pertama, tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, kerana setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain. Kedua, kebenaran wujud dalam semua agama dan dengan itu penekanan harus diberikan terhadap kepelbagaian sumber berkenaan.

Ketiga, kerjasama dan dialog antara agama menjadi keperluan penting dalam mencari nilai kebenaran. Ketiga-tiga perkara yang kedengaran muluk ini menimbulkan kekeliruan terhadap kebenaran agama khususnya Islam. Pluralisme sebenarnya mencipta kebenaran baru dengan merombak-rombak agama sepertimana yang dilakukan oleh pascamoden. Bezanya pascamoden menolak agama, namun pluralism menerima agama dengan memberikan nilai baru.
Pluralisme menyebabkan berlakunya kekeliruan agama. Lebih bahaya lagi apabila Islam disamaratakan dengan agama lain. Penerimaan terhadap konsep pluralism member kesan terhadap akidah Islam. Dalam Islam tidak ada satu agama pun di muka bumi ini agama yang benar kecuali Islam. Dalil ini dinyatakan dalam al-Quran, surah Al-Imran: 85; “Barangsiapa mencari agama lain selain daripada Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. Dan Islam setelah di utus, iaitu yang di bawa oleh baginda bukan agama selainnya.”

Hal ini dengan jelas dan langsung menyanggah pluralism. Fahaman pluralism ini malangnya di bawa ke dalam pemikiran umat Islam oleh golongan Islam sendiri. Ia menimbulkan kekeliruan terhadap Islam dan memberi kesan kepada akidah Islam. Islam mengutuk perlakuan yang mengelirukan ini sebagaimana yang tersebut  dalam Al-Imran: 78; “Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca al-Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian daripada al-Kitab padahal ia bukan dari al-Kitab dan mereka mengatakan: Itu dari Allah sedang sebenarnya bukan dari Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.”

Kehadiran golongan tertentu di kalangan umat Islam yang mendokong faham pluralism ini mendapat pengaruh daripada pemikiran liberal yang kini merebak ke dunia Islam. Namun sejak akhir ini, pemikiran liberal dan pluralism ini mula menyerap dalam pemikiran dan gerakan politik yang cuba menyesuaikan konsep consociotional politic dengan keadilan-kesaksamaan dalam reality hidup masyarakat majmuk di Malaysia. Kemunculan golongan liberal yang mendokong faham pluralism pada hari ini mempunyai serba sedikit kecenderungan yang menghampiri apa yang pernah dilakukan oleh golongan zindik pada suatu ketika dahulu. “..Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian peraturan Allah kepada kamu….”(al-Maidah:49)
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment