Pages

Wednesday 9 February 2011

Tahun 2012 NIBIRU akan menghentam Bumi!!!, Tapi...


by Hasron' Rabbani on Wednesday, 15 December 2010 at 16:42
 
 
*Heboh sana sini,sejak tahun 1995 hingga kini alkisah Planet X a.k.a. NIBIRU yang dikatakan planet ke 12 yang ditemui para ahli astronomi.Sampaikan ke dalam parlimen dibahaskan isu Ini!!(rujuk akhbar 15/12/2010).Dikhabarkan juga oleh 'ahli2' ini bahawa NIBIRU ini akan Menghentam Bumi seterusnya membawa kepada KIAMAT yang dahsyat pada 2012 atau pada tarikh yang lebih tepat 21 Disember 2012!!siap buat filem '2012' yg mencapai Box office pula tu! Tapi Persoalannya kini,wujudkah NIBIRU??adakah KIAMAT berlaku akibat 'Hentaman' NIBIRU??atau.....???


-Wahai Hamba-hamba Allah yang mengaku Beriman!!! Rujuk semula Al-Quran,di dalamnya telah tertulis segala-galanya.Rujuklah ia,usah dirujuk 'ahli2' ini.Sedangkan mereka juga asalnya merujuk Kitab kita yakni Al-Quran!!


-Kiamat berlaku dgn tiba2 dan ianya menjadi tanda-tanya kpd manusia. Apakah yg berlaku kpd bumi? Apabila di tiup kali pertama, matahari dan bulan di satukan dan mahatari pun terpadam. Bintang2 berguguran dan lenyap. Binatang2 berkumpul di satu penjuru bumi. Perempuan yg mengandung keguguran anaknya dan perempuan yg menyusu anak terlepas anak dari pangkuannya. Manusia seperti kupu2 bertebaran. Semua yg berada dilangit dan bumi di matikan. Langit dibelah dan menjadi seperti luluhan perak. Gunung2 dijalankan menjadi seperti kapas diterbangkan angin dan kemudian menjadi debu lalu fana. Lautan dipanaskan dan terpelowap lalu keringlah bumi Allah ini. Kemudian bumi memuntahkan apa yg ada di dlmnya yg berupa lava yg panas lalu menutupi permukaan bumi. Dan bumi itu menjadi kosong di dlmnya dan di permukaan luarnya menjadi datar dan tandus seperti padang di segenap bumi.


-Firman Allah;
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu).  Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (YaaSiin 48-49).


-Yang Pasti,Segala isi alam ini,yakni Matahari,Bumi,bulan dan bintang-bintang telah ditetapkan beredar pada paksinya dan tidak akan SEKALI-KALI mendahului satu sama lain atau menghampiri satu dan yang lain sebagaimana Firman Allah;


- Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; (37) Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (39) (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)(YaaSiin 37-40).


Kesimpulannya...

sekalipun 'wujud' apa yang dikatakan 'NIBIRU' itu,ia sekali-kali tidak akan berani 'menghampiri' lebih-lebih lagi 'melanggar' bumi sepertimana yang 'ahli2' ini jangkakan!!kecuali NIBIRU ini akan menghentam bumi dalam filem-filem rekaan manusia atau dalam cerita kartun!!Jangan sesekali terperangkap dengan permainan Iblis dan Kuncu-kuncunya yang tidak pernah lelah cuba menggoyah keimanan kita lebih-lebih lagi akidah kita sebagai seorang ISLAM!!! Waallahualam Bissawab......


-Adios Amigos-


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


*imej dikatakan NIBIRU..
· · Share

No comments:

Post a Comment