Pages

Tuesday 20 September 2011

KITA HAMPIR KE SITU


KITA HAMPIR KE SITU::.




by Aroma Mawar Sufi on Sunday, 16 January 2011 at 02:08





Ya ukhti,

kita hampir ke situ,

Destinasi jalan mujahadah..

Menggamit memori indah bersamamu

Bersatu di atas landasan taqwa

Jihad bersama dalam lapangan ilmu

Alunan zikir nyanyian nurani

Oh indahnya KasihMU Ar-Rahman

Terbias pada ikatan ukhwah

Diriku dan dirimu...


Ya ukhti,

Kita hampir ke situ,

Destinasi jalan mujahadah..

Warkahmu seringkali menyuntik semangatku

Langkah muslimah yang kusandarkan tampak gagah

Kerana kau di sisi menjadi sayap kiri

Terhapus dukaku dengan tarbiah lembutmu

Maha Pengasih DIA

Mengirim mawar berduri untukku

Tegar pasakku menjunjung kalimah dakwah

Walau dugaan datang bertamu

Menguji ketabahan hamba

Sebagai khalifah Yang Maha Pembela..






Ya ukhti,

Kita hampir ke situ,

Destinasi jalan mujahadah..

Aku sayang padamu kerana ALLAH

Menitis hiba relung hatiku

Saat dirimu pergi memenuhi tuntutan fitrah

Terpisah kita sejauh pandangan mata

Ku mengadu pada Rabb Yg Esa semahunya

Esak tangisku kubiarkan menderu

Betapa bermakna kasihmu pada diriku

Namun…

istighfar yang ku lapikkan di atas kerinduan ini menginsafkanku

Terpujuk ku dengan keagungan CintaNYA yang tiada tara

Melenyapkan kelalaian hatiku dalam rengekan kerinduan terhadap dirimu

Aku hamba yang lemah..


Ya ukhti,

Kita hampir ke situ,

Destinasi jalan mujahadah,

Jangan lena dibuai fatamorgana marcapada

Hiasi dirimu sirna taqwa

Jadikan kalamullah dan sunnah Rasul tautan padu selamanya

Awas bisikan kumbang yang ingin menyambar madumu

Rendahkanlah pandangan matamu

Moga dirimu teras mekar di jambangan dakwah tanpa berpatah arah

Yakinlah serikandiku

JanjiNYA itu pasti

Raudhatul Jannah yang kita impi

Mardhatillah yang dicari

InsyaALLAH kita kan raih!

Amiiin..




uhibbukifillah...moga ikatan ukhwah hgga ke akhirnya..Allahumma amin..

No comments:

Post a Comment