Pages

Tuesday 20 September 2011

Koleksi Petua Menurunkan Darah Tinggi


Koleksi Petua Menurunkan Darah Tinggi

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Tuesday, 18 January 2011 at 18:53
1.  Minumlah air rebusan pokok  Hempedu Bumi Pokok Cerita.
2.  Minumlah air rebusan daun Pokok  Ati-ati.
3.  Makanlah biji buah Peria.
 4. Makanlah pucuk Pokok Pala  sebagai ulam.
5.  Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
6.  Minum air  rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama  nisbahnya.
7.  Rebus daun pandan wangi  secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal 1/2 gelas   sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
8.  Makanlah 3 ulas  bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.  
9.  Parutkan kunyit sebesar ibu  jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan  petang. 
10. Ambil segenggam daun kucai, basuh  bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu  yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur  dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk  atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum  atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat  3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.

No comments:

Post a Comment