Pages

Tuesday 8 February 2011

AKU BERTANYA, ALLAH MENJAWAB: UNTUK APA AKU DIHIDUPKAN DI DUNIA INI


by Rafidah Shaharun on Thursday, 06 January 2011 at 20:45
 
 
Buat renungan dan pertanyaan di kala diri ini alpa dengan kenikmatan yang ada...

UNTUK SUJUD MENYEMBAH ALLAH...

Firman Allah: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Bayyinah:98)


SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI...

Firman Allah: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnyayang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya. Sesungguhnya  Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-An'am: 165)


UNTUK MENYERU KEBAIKAN, MEMBENTERAS KEJAHATAN... 

Firman Allah : "Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka bersikap demikian ialah orang yang berjaya (Surah Ali Imran : 104)


ALLAH TIDAK JADIKAN AKU SIA-SIA

Firman Allah : " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada penciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami."  (Surah al-Mu'minun: 115)
· · Share

No comments:

Post a Comment