Pages

Tuesday 8 February 2011

Kuasa Remaja Dalam Menentukan Jalan


by Putera Mohamad Abid on Thursday, 06 January 2011 at 22:07
 
 
Ini adalah sedikit ole-ole dari pembacaan aku dalam buku Tuhan Manusia mengenai remaja.

Generasi tua kadang kala kerana telah banyak rosak dan tercemar fikiran, mereka meyuguhkan banyak aspek yang salah dalam masyarakat. Jadi sebagai remaja yang berilmu, jangan rasa kalah oleh apa yang berlaku. Jangan sesekali. Ada hikmah besarnya tentu, kita tak tahu. Kena jalan terus, kena jadi remaja yang yakin, remaja yang beri pukulan maut kepada mereka yang mahu mempertahankan kepentingan diri mereka dengan menggunakan retorik atau kenderaan liberalisme.

Pernah dengan tentang sahabar Rasulullah SAW yang bernama Itab Bin Usaid? Usianya beru 21 tahun. Selepas pembukaan Kota Mekah, Rasulullah SAW harus bergegas untuk ke medan Perang Hunain pula. Baginda mesti melantik seorang gabenor Mekah buat sementara. Lantas baginda melantik remaja tersebut sebagai pemimpin Mekah. Perlantikan Itab ternyata mencetuskan kontroversi kerana dia masih muda lagi. Orang Quraisy kebanyakkannya baru memeluk Islam mengandaikan Nabi sengaja memperlekehkan mereka dengan memberi tugas mempimpin kepada seorang remaja yang masih dianggap budak ketika itu.

Itab sendiri berasa segan dan terbeban dengan tugas berat itu. Tetapi Rasulullah sering mengangkat golongan remaja atau golongan sahabat muda ini, telah mengutus surat kepada Itab untuk memahamkan penduduk Mekah maksud perintah itu. Dalam surat itu Rasulullah antara lain menegaskan " Tiada antara kalian yang berhak menentang, tambah-tambah lagi tindakan menentang itu dilakukan atas alasan usia muda. Ketahuilah, bukanlah yang lebih besar itu yang lebih mulia, akan tetapi, yang lebih mulialah yang besar."

Selawat!

Marilah Menuju Kejayaan! :D


http://generasieraremaja.blogspot.com/
· · View original post · Share

No comments:

Post a Comment