Pages

Thursday 27 January 2011

yang paling pantas


by Khaulah Mujahidah on Tuesday, 02 November 2010 at 17:23
 
 
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun bliau tidak dapat memilih keempat-empat calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya sekali untuk ditemuduga ( Beliau tidak sekaya Donald Trumph untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice =) )

Setelah keempat-empat calon berada dihadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata,

"Saya ada satu soalan yang mungkin memberikan jawapan yang berbeza, calon yang memberikan jawapan yang terbaik akan diterima untuk bekerja disini.."
SOALANNYA adalah....

"Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?" tanya CEO tersebut.

- CALON PERTAMA berkata: " FIKIRAN!" kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik" kata CEO tadi, "kamu pula?" tanyanya kepada calon yang kedua.

- " KELIP MATA!" kerana tanpa kita sedari. sebelum sempat kita buat apapun, mata kita dah berkelip" jawab CALON KEDUA.

" Satu jawapan yang sangat baik, lagi pun perumpamaan melayu jua ada mengatakan SEKELIP MATA MELAMBANGKAN KEPANTASAN," kata CEO itu. "Bagaimana kamu pula?" tanya CEO kepada calon ketiga.

"kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa.."MENGHIDUPKAN LAMPU" adalah paling pantas!" jawab CALON KETIGA.

" Jawapan yang TERHEBAT setakat ini. Bagaimana pula dengan kamu?" CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan MERASAKAN calon ketiga HAMPIR PASTI menjadi eksekutif baru disyarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

" Setelah diteliti jawapan calon-calon yang lain sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang palin pantas adalah CIRIT-BIRIT," Jawab CALON KEEMPAT dengan YAKIN sekali.

"Haaaaaa....??? CIRIT-BIRIT? Kamu ni tak serius langsung!, macamana kamu kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya nh??" CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

" Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.........!

DANNN~~~~

---- CALON KEEMPAT diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan!

khaulah sayz: KEKREATIFAN MINDA (^_^) like itz...


like aiskrim very much3 huu~
· · Share

No comments:

Post a Comment