Pages

Wednesday 26 January 2011

MIND YOUR WORD!!!


by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Saturday, 06 November 2010 at 12:55
 
 
http://zaadut-taqwa.blogspot.com/Dhamdham bin Jausy al-Yamami menceritakan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata kepadanya:"Wahai Yamami, jangan engkau berkata kepada seseorang, Allah tidak akan ampunkanmu! atau, Allah tidak akan masukkanmu ke dalam syurga selama-lamanya!"

Saya memberitahunya, "wahai Abu Hurairah, kata-kata seperti itu selalu diucapkan oleh salah seorang daripada kami terhadap saudaranya dan sahabatnya apabila dia marah!?"

Beliau menjawab, "jangan ulangi lagi! Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "Di kalangan Bani Israel terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya sangat rajin beribadah, manakala seorang lagi bersikap melampau terhadap diri sendiri. Mereka berdua mengaku bersaudara.

Saudara yang rajin beribadah sentiasa mengingatkan saudaranya tentang dosa-dosanya. Dia berkata kepada saudaranya, wahai saudaraku, kurangkan maksiatmu!Saudaranya menjawab, biarkan aku dengan Tuhanku! Adakah Dia mengutus engkau untuk mengawasiku?

Sehingga suatu hari saudara yang rajin ibadah melihat saudaranya melakukan suatu maksiat yang sangat besar pada pandangannya. Lalu dia berkata, celaka engkau! berhentilah!

Suadaranya menjawab, biarkan aku dengan Tuhanku! Adakah Dia mengutus engkau untuk mengawasiku?

Lantas saudara itu berkata, demi Allah! Allah tidak akan ampunkanmu, Allah tidak akan masukkanmu ke dalam syurga selama-lamanya!

Maka Allah mengutus Malaikat maut mengambil nyawa kedua-duanya, lalu dihimpunkan kedua-dua di hadapan-Nya.

Allah berkata kepada hamba-Nya yang berdosa, pergilah engkau, masuklah syurga dengan rahmat-Ku!

Dan Dia berkata kepada yang seorang lagi, adakah engkau seorang yang maha mengetahui? adakah engkau berkuasa menentukan apa yang ada di dalam tangan-Ku?

Maka Allah perintahkan kepada para malaikat, bawalah dia ini ke neraka!

Rasulullah s.a.w. menutup bicaranya dengan sabda (maksudnya), "demi Tuhan yang nyawa Abi al-Qasim di Tangan-Nya, sesungguhnya satu perkataan yang diucapkan oleh seseorang, boleh membinasakan dunia dan akhiratnya!"

(Riwayat Ahmad) 

Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
· · Share

No comments:

Post a Comment