Pages

Wednesday 26 January 2011

Muslim Village [First Concept]-


by WakeupProject NibongTebal on Friday, 24 September 2010 at 13:42
 
 
Bismillahirrahmanirrahim
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”. (Surah Al-Kahfi, 10) 
 
 
Pengenalan
Medinah Project
Medinah Project
– Ialah satu Projek yang bertujuan untuk membina sebuah perkampungan Muslim atau penempatan kecil, di mana gaya hidup Islam diamalkan dan disebarkan dan Sunnah Nabi diikuti setepat mungkin (kembali kepada Islam yang asal). Antara salah satu projek perkampungan Muslim yang telah dibangunkan ialah di Afrika Selatan (berdekatan Lady Smith) dengan pantauan Ulama Islam, Maulana Sheikh Imran N. Hosein. Di Indonesia ia masih lagi dalam pembangunan dengan keluasan yang belum jelas dan kami memohon bantuan dan bimbingan dari Allah untuk menjayakan projek ini.

Projek ini akan bertapak di Sulawesi, Indonesia Insya Allah.

Tempat harus meliputi beberapa tujuan:
• Hidup di lingkungan Islam dan alam
• Persiapan untuk keruntuhan ekonomi global yang telah dijangkakan/perang dunia ke-3/penderitaan
• Persiapan untuk menyambut kedatangan Imam al-Mahdi (berusaha untuk mencipta kesatuan dan dasar yang umum sebagai contoh bagi umat manusia.)
 
Konsep
Ianya adalah Wajib bagi setiap Muslim untuk berusaha menegakkan Islam di muka bumi, bahkan biarpun hanya di rumah sendiri. Tapi, situasi di dunia hari ini hanya menimbulkan satu pertanyaan jika pembentukan "Darul Islam" menjadi mungkin. Dari skala makrokosmos (negara), jawapannya mungkin sangat pasti akan dijawab dengan 'Tidak' kerana kuasa sekular telah menggenggam dunia ini dalam cengkamannya yang kukuh (termasuk Malaysia & Indonesia). Namun, ia masih mungkin untuk membuat suatu tempat di skala mikrokosmos (penempatan kecil, kampung), di mana kehidupan sedekat mungkin menyerupai konsep Darul Islam.
Menurut Hadis Sahih, seseorang yang menghidupkan Sunnah pada waktu, ketika Sunnah sudah hancur, akan mendapat pahala 100 kali mati Syahid! Malangnya, kehidupan moden sekarang sudah sangat jauh dari mengikut Sunnah. Dan, Sunnah yang sebenar tidak akan dapat dihidupkan dengan bersendirian, ia perlukan sebuah Jemaah! Tapi dimanakah orang akan dapat mencari rasa semangat Islam yang asal? Dimanakah dapat menemukan satu persaudaraan yang nyata dan perasaan bekerjasama untuk satu tujuan: Keredhaan Allah swt?

Gudang simpanan stok makanan.

Sebuah Konsep Baru

Setiap perbuatan, dibekalkan Dakwah, harus mengikuti contoh Nabi s.a.w, jadi bagaimana boleh ada konsep baru untuk Dakwah? Sebenarnya, ia bukanlah hal yang baru, tetapi itu adalah terjemahan dari prinsip-prinsip kuno ke dalam konteks baru.

Medinah
Kita melihat dalam sejarah Islam, bahawa Dakwah Nabi s.a.w menjadi benar-benar berjaya selepas ia boleh membina dirinya di Medinah. Alasannya adalah bahawa ia akhirnya telah menemukan asas dimana untuk mendirikan benih kepada negara Islam dan di mana Penganut baru boleh beramal dengan agama baru mereka dalam selamat dan didalam masyarakat, dan dimana orang-orang yang tertarik boleh datang dan mendengar tentang prinsip-prinsip Islam dan merasakan semangatnya yang tanpa diganggu. Bahkan tawanan perang, terikat pada tiang masjid, menjadi penganut kerana mereka menyaksikan kehidupan masyarakat Muslim.

Tiada lagi golongan Ansar
Saat ini, ke mana orang boleh pergi untuk mendapat pengalaman Islam "sebenar"? Ke mana mereka boleh berpindah dimana mereka boleh beramal dengan agama mereka tanpa gangguan dari kehidupan lama mereka dan belajar dari sebuah komuniti dinamik yang bekerja keras untuk diri mereka sendiri dalam membentuk Sunnah, sehingga mereka sendiri tetap tabah dalam keimanan mereka? Kami hanya melihat bahawa semua yang kononnya mengaku sebagai Negara Islam, tidak menerima ‘saudara baru’ dan tidak memberikan hak sepenuhnya terhadap mereka sebagai warga negara. Kehidupan masyarakat ini pada umumnya jauh dari Sunnah tetapi menurut gaya hidup materialistik global dengan sentuhan Islam (Islam moden). Hasil yang mengerikan adalah bahawa banyak saudara baru pergi meninggalkan Islam dengan kekecewaan terhadap Islam, mengamalkan semacam "Islam moden" atau berakhir di sebuah pecahan (sekte) yang akhirnya memberikan mereka perasaan masyarakat sebagaimana yang mereka cari-cari.

Pemuda Muslim yang tersesat ?
Kita juga dapat menyaksikan bahawa orang-orang muda didalam apa yang kononnya disebut negara Islam yang sering kali lebih tertarik pada budaya barat daripada budaya Islam kerana apa yang mereka alami dalam hidup sehari-hari mereka tidak menyentuh hati, fikiran dan jiwa mereka. Mereka berpecah antara kekaguman kepada Barat dan kebencian kepada Barat, tetapi tidak melihat alternatif yang nyata dan tujuan untuk diperjuangkan, bahkan ada juga yang menjadi korban puak pelampau.

Dan kita pula ?
Kita harus mengakui bahawa tekanan akibat kehidupan moden memang banyak menghalang kita dari benar-benar melaksanakan Islam sebagaimana yang perlu dilakukan kerana Islam adalah lebih daripada sekadar solat lima kali sehari! Bahkan dalam beberapa minit dari solat kita, fikiran kita masih sibuk terfikir dengan perniagaan sehari-hari. Oleh kerana itu kedudukan kita tidak banyak dalam memberikan contoh cemerlang untuk anak-anak kita, apalagi kepada yang bukan-Muslim!

Penyelesaian yang mungkin ?
Sebuah tempat yang jauh dari "kehidupan moden", sebuah oasis, di mana tidak hanya orang bukan-Muslim dapat merasakan semangat Islam dan saudara baru dapat tinggal selama yang diperlukan bagi mereka untuk menguatkan keimanan mereka, tetapi di mana kita dan keluarga sendiri juga boleh mendapat semacam "penyegaran", mengingatkan pada masa lalu yang mulia Islam dan inspirasi untuk masa depan. Konsepnya adalah untuk membina Medinah dan keramahan para Ansar ... sekali lagi!

Rumah Tetamu tempat persinggahan pertama tetamu baru.

Bagaimana ?
Tempat itu haruslah istimewa! Harus lebih dari Pusat Dakwah Konvensional di mana buku kecil diedarkan yang menjawab soalan seperti: "Apakah rukun Islam?"  Ia harus menjadi tempat di mana orang datang dan berkata: "Wow! Di sinilah saya ingin tinggal!" Dan mereka dialu-alukan! Mereka harus merasa; Ini adalah sesuatu yang berbeza; Disinilah terdapat kedamaian dan persaudaraan! Disinilah terdapat kekuatan dan kemurnian! Disinilah terdapat keberkatan Tuhan! Maulana Dr. Muhammad Fazl ur-Rahman Al-Ansari menulis didalam bukunya, di mana cara prinsip-prinsip perkampungan harus dibina: The Qur'anic Foundations and Structure of Muslim Society, 2 Vol. Asas kampung adalah Qur’an dan Sunnah, dengan Masjid sebagai pusatnya.

Mengapa perlunya perkampungan ini ?
 Sejak dari diutusnya Nabi Muhammad s.a.w ke dunia ini, maka dunia kita secara praktisnya telah memasuki era Akhir Zaman, dimana didalam banyak Hadis meriwayatkan akan berlakunya pelbagai fitnah, penderitaan, peperangan, pembunuhan dan segala perbuatan yang menyalahi tata-susila kemanusiaan yang sebagaimana yang pernah dilakukan umat-umat sebelumnya, bahkan lebih teruk dari itu. Diantara fitnah-fitnah tersebut akan muncul kemuncak segala fitnah yang akan menyebabkan ramai orang-orang yang beriman terpedaya dengannya dan tercabut imannya. Ia adalah fitnah Al-Masih Dajjal!

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.”

Melalui Hadis ini, dapatlah kita ketahui bahawa, jika Dajjal muncul sedangkan Nabi Muhammad s.a.w masih ada, maka baginda pasti akan membela setiap orang mukmin daripada Dajjal dan fitnahnya (seorang mukmin ialah seorang Muslim yg menerima agamanya secara keseluruhan, mengakuinya dengan hati, mengucapkannya dengan lidah dan melaksanakannya didalam perbuatan-perbuatan hidupnya. Dan apabila dia berjaya berbuat begitu maka Allah akan memasukkan ‘Nur’ kedalam hatinya, dan dengan itu dia akan mampu melihat dengan 2 mata, iaitu mata fizikal dan mata rohani, bukan 1 mata seperti Dajjal).

Akan tetapi Muhammad s.a.w telah datang dan pergi sebelum kemunculan Dajjal, dan kita sekarang adalah pembela kepada diri kita masing-masing! Jika kita benar-benar menerima suruhan agama dengan ikhlas dan menyeluruh (didalam Qur’an Allah menyuruh umat Islam masuk kedalam agama secara keseluruhan.), maka Insya-Allah, Dia akan menunjukkan jalan keluar dan kita akan berjaya membela diri dari Dajjal dan fitnahnya..

Akan tetapi apa yang kita lihat disekeliling kita hari ini adalah bertentangan! Umat Islam kini bukanlah umat yang benar-benar menerima agamanya dengan keseluruhannya. Boleh jadi mereka mengakui dilidah mereka, tetapi dengan perbuatannya mereka jelas mengingkarinya dalam kegiatan seharian. Dan pendorong mereka adalah niat yang berasaskan nafsu. Hukum-hukum Allah kini dipermainkan sesuka hati, bukan oleh golongan kafirin, tetapi oleh orang yang mengakui dirinya adalah Islam. Mereka menjadikan Riba yang diharamkan oleh Allah sebagai halal, judi yang diharamkan oleh Allah kini mereka halalkan (asalkan ia mendapat pengiktirafan mereka), maksiat dibiarkan menjadi berleluasa dan digalakkan walaupun ulama telah bersuara dan mengeluarkan fatwa, wanita-wanita berpakaian tetapi berbogel berada dimana-mana, dan lebih teruk lagi Hukum Allah tidak lagi berdiri sebagai Kedaulatan Tertinggi, tetapi dirobek dan dirampas dan kemudian kedaulatan tersebut diberikan kepada Negara, lantas ramailah orang yang tiada ilmu agama mendaulatkan Negara melebihi Allah Yang Maha Tinggi. Namun apakah alasan yang seringkali ampuh kepada kita untuk menghalalkan semua ini? Tiada lain selain KEMAJUAN, KEPERLUAN @ DARURAT, bukannya KEIMANAN, KEPATUHAN @ KETAQWAAN kepada Allah.. Adakah kemajuan lebih penting dari Ketaqwaan kepada Allah? Nyatalah kini memang umat Islam lebih mementingkan kemajuan! Adakah Keperluan lebih penting dari Keimanan kepada Allah? Nyatalah kini memang keperluan lebih dicintai dari keimanan kepada Allah. Jadi apa yang Daruratnya tentang semua itu sehinggakan kita sanggup mengingkari Hukum Allah sedangkan kereta, rumah, motor yang dibeli berasaskan riba boleh dielakkan kerana rumah masih boleh disewa, perkhidmatan kenderaan awam masih banyak..? Jawapannya adalah kerana kita telah mengada-adakan Tuhan yang lain selain dari Allah, kita telah bertuhankan NAFSU, KEBENDAAN & pelbagai TAGHUT (sesuatu atau seseorang yang diberi penghormatan & ketaatan yang setara dengan penghormatan & ketaatan yang sepatutnya diberikan kepada Allah SWT; contohnya Fir'aun). Jadi apa yang perlu kita lakukan jika keadaan masyarakat ketika itu sudah sampai kepada tahap begitu? Adakah Qur'an tidak memberikan kita sebarang petunjuk?! Bagi yang sentiasa mencari, jawapannya sudah tentu ada..

Jika umat Islam dizaman dahulu sanggup mati dari menyekutukan Allah & mengenal pasti Hukum-Nya sebagai Kedaulatan Tertinggi (yang mana jika menyamakannya dengan yang lain bererti Syirik!), tetapi umat Islam sekarang tanpa segan silu merendahkan dan memijak-mijak Hukum Allah dan menggantikannya dengan hukum manusia (mengada-adakan Tuhan yang lain selain Allah) tetapi betapapun begitu masih tak tahu malu mengaku beriman! Di sekeliling anda kini, tanpa diragui lagi beginilah keadaannya umat Islam sekarang. Bagaimanakah Allah mahu membela umat yang sebegini dari fitnah Dajjal? Pasti akan ada yang berkata, “Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang..” Benar! Tetapi bagaimana pula dengan 98 lagi sifat-Nya itu? Dia juga adalah Yang Maha Menyeksakan! Yang Maha Keras! Yang Memaksakan Kehendak! Janganlah hanya beriman kepada 1 sifat Allah, tetapi mengingkari 98 sifatnya yang lain! Janganlah kita silap mengukur ikatan agama & kehidupan kita hari ini dari sudut kacamata manusia demi mendapat redho manusia, sedangkan yang kita perlukan bukanlah redho manusia tetapi redho Allah!

Jadi bagi mereka yang benar-benar ingin menyelamatkan dan membela diri mereka & pada masa yang sama mengharapkan Allah SWT juga membela mereka, maka perhatikanlah bahawa Nabi Muhammad s.a.w memberikan jawapan, untuk mengelakkan dari fitnah Dajjal dengan merujuk kepada sebuah Surah didalam Al-Qur’an iaitu Surah Al-Kahfi. Bahkan Surah ini juga merupakan satu-satunya Surah yang mempunyai perkaitan dengan Ya’juj & Ma’juj, selain dari Surah Al-Anbiyaa. Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa kepentingan Surah ini adalah sangat kritikal bagi umat Islam di akhir zaman kerana ia telah dirujuk oleh Nabi sebagai penyelesaiannya. Didalam Surah Al-Kahfi ada diceritakan Firman Allah SWT;
"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Mereka berkata pula sesama sendiri): “Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna”.
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abi said Al-Khudri yang bermaksud:
“ Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah”
Imam Ahmad berkata, dari Abi Darda’, daripada Nabi saw, baginda bersabda:
“ Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.” (HR muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tarmizi daripada Qatadah)
Iman ahmad berkata, daripada Abi darda’, Nabi saw bersabda:
“ Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (HR Muslim dan An-Nasai)
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi saw baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)
Daripada Umar beliau berkata, Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya dari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat.” (HR Ibnu Katsir)
Perkampungan Muslim ini sebenarnya lahir dari pengkajian terhadap Surah Al-Kahfi secara keseluruhannya dengan memerhatikan perjalanan zaman yang sedang dilalui oleh umat Islam sekarang dan hubungkaitnya dengan fitnah Dajjal dan Ya’juj & Ma’juj [Rujuk Buku Surah Al-Kahfi and the Modern Age oleh Imran N. Hosein]. Ia disokong oleh banyak Hadis dan ayat Qur’an, dan keadaan zaman kita kini juga telah menunjukkan betapa pentingnya untuk sebuah komuniti seperti ini dibangunkan, bukan sekadar untuk diri kita bahkan untuk memelihara generasi Islam yang akan datang. Kerana untuk melaksanakan Islam dengan keseluruhannya diperingkat sebuah Negara adalah mustahil (sudah ada parti politik yang memperjuangkannya sejak lebih 40 tahun, tetapi masih gagal), maka lebih baik kita mengusahakannya dari kecil-kecilan sebagaimana dakwah Rasulullah s.a.w ketika baginda mula-mula menggalas tanggungjawab sebagai Rasul. Biar sedikit tetapi berkualiti, berbanding bilangan yang besar tetapi bagaikan buih di lautan. Sejarah telah menunjukkan caranya, dan sejarah telah terbukti sentiasa berulang, dan kita sekarang sedang berada didalam lipatan sejarah yang sedang berulang. Cuma tinggal hanya kita saja yang mahu menerima atau menolaknya. Dan ingatlah Firman Allah ini;
“..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”;                         (al-Quran: An-Nisaa:97)
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,
“…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, KECUALI bila ia lari membawa dirinya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”.Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya…”. (HR al-Baihaqi)

[sumber: www.medinahproject.com]
· · Share

No comments:

Post a Comment