Pages

Wednesday 26 January 2011

Jom bercinta ^_^


by Re Lax on Monday, 22 November 2010 at 17:23
 
 
CINTA

Cinta adalah tautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang membahagiakan.Andai pertautan itu bertambah kuat,ia akan menghasilkan rindu yang sangat mendalam.Cinta membuatkan seseorang itu mabuk.Rela melepaskan apa saja yang disayangi dan sanggup melakukan apa pun asal ia disenangi oleh yang dicintai,sekaligus meraih kasih dan perhatian dari DIA si jantung hati.

ASYIK

Ramai sekali di kalangan kita yang memperkatakan soal cinta.Topik yang sentiasa maju,kerana ia sangat berkaitan dengan syahwat.Tentu seronok bukan?.Selain bercerita lara,ia juga sejenis luahan jiwa yang lahir dari lubuk hati nan gersang dan sunyi.Samada dari yang bercerita mahupun yang mendengar.Asyik!

SYUKUR

''Alhamdulillah'',bangga rasanya.Ada juga di antara muda-mudi kita yang selalu bermadah cinta dengan sang ''Kholiq.''Inilah fokus kita.Kita akan berbicara tentang cinta pada tuhan''Tabarakallah!.''

SELAK

Pertama sekali ''moh'' kita semak terma dan ajaran bagi sesiapa yang mahu bercinta dengan tuhan:

1-Setia dengan ketaatan sepenuh hati
2-Bersabar sehingga ''redha'' dengan sebarang ujian dari tuhan
3-Menyintai Rasululah,para Anbiya dan Auliya(kekasih tuhan)
4-Mengetahui segala pantang-larang agama yang'' difardhukan''(fardhu ain)
5-Segera bertaubat dari semua kesalahan yang dilakukan
6-memohon maaf dan memberi kemaafan atas kesalahan-kesalahan
7-Hormat menghormati dan kasih mengasihi sesama muslim
8-''Meqadha'' semua ''kefardhuan'' yang terluput
9-berpakaian dengan sifat-sifat terpuji dan melontar jauh segala sifat-sifat tercela
10-Mempunyai guru yang membimbing
11-Bergaul dengan orang-orang soleh
12-Mengambil dunia sekadar yang perlu
13-Tidak berkongsi cinta rindu tuhan pada yang lain
14-Membenci segala bentuk maksiat dan menyintai ketaatan
15-Menyintai ilmu agama
16-Beramal dengan ilmu yang benar

"Aha,apa macam?."Saya sendiri masih terpinga-pinga dengan apa yang digariskan.Kadang-kadang mahu saja berputus asa.Tapi apakan daya.

TIDAK BERSYARAT

Sekiranya kita mahu menyintai tuhan tanpa bersusah-payah untuk memenuhi syarat-ayarat yang tersebut,jawapannya,'tidak mustahil.'Tetapi amat jarang berlaku.Ia dipanggil Jazbah.Yaitu,semacam tarikan dari tuhan terhadap seseorang untuk merasa cinta kepada-NYA tanpa melalui peross Mujahadah,yang mana ada padanya(mujahadah)pengabdian seorang hamba terhadap tuhannya.Maka Jazbah didapati dengan cara pemberian atau anugerah tuhan, bukan dengan latihan ''khidmah'' seorang hamba pada ''Rabbulalamin.''Dari itu,para ulama tidak menyarankan kepada kita untuk bergantung harap sepenuhnya pada Jazbah tersebut tanpa ada sebarang usaha Mujahadah.Jazbah juga dalam kebanyakan kes,didapati hanya bersifat sementara.Satu detik,dua detik,sepuluh detik,satu hari,dua hari,minggu,bulan atau tahun.Semuanya ada dalam lipatan sejarah.Kerana itu para ulama menasihatkan kepada sesiapa yang mengalami pengalaman tersebut agar segera mendapatkan guru bimbingan demi memastikan ia terus konsisten dengan jalan yang ditunjukkan."Ingat tak Ogi Ahmad Daud?ahaa."Ketika Kak Ogi baru pulang dari Mekah satu ketika dulu..Mungkin..Allahua'lam.

BERTUAH

Antara tokoh-tokoh ulama yang menyintai tuhan menurut jalan ini ialah,Ibrahim Bin Adham rhm,berasal dari seorang
raja.Basyar Al hafi rhm,Fudhail Bin Iyadh,Rabiatul Adawiyah dalam sesetengah versi catatan,juga seorang yang menyintai tuhan secara Jazbah.

BELAHAN JIWA

Teman-teman,"jom"kita baca nukilan-nukilan romantis cinta tuhan pula.Mudah-mudahan bermanfaat kepada kita semua dalam memahami cinta-NYA:

*Kata Fudhail Bin Iyadh rhm,"Andai engkau ditanya' adakah engkau menyintai Allah?',Maka hendaklah engkau diam.Kerana,andai engkau mengaku cinta padanya,engkau berdusta.Sekira engkau menjawap'tidak',engkau menjadi kufur.

*Seorang ulama ditanya mengenai tanda orang yang menyintai tuhan.Ia menjawap," kurang pergaulan(yang sia-sia),banyak menyendiri(beribadah),selalu berfikir,banyak diam(kecuali ketika perlu),tidak melihat ketika memandang,tidak mendengar ketika dipanggil,tidak faham ketika diajak bicara(khusyuk),tidak berduka terhadap bencana dan tidak gentar dengan bentakan."

*Wahab Bin Munabbih rhm berdoa agar ia tidak gemar tidur di malam hari,maka dia dianugerahkan tuhan tidak pernah tidur selama empat puluh tahun(qiamullail)

*Asyibli rhm bersyair,''Kata cinta memabukkan wahai tuhanku.Pernahkah engkau melihat pencinta sejati tidak mabuk kepayang?."

*Dalam kitab Mukasyafah Imam Al-Ghazali rhm meriwayatkan,nabi isa as ketika salamnya tidak dijawap oleh seorang abid,lalu Allah menurunkan wahyu kepada Isa as."Demi kemuliaan dan keagunganku,adai engkau membelahnya dengan gergaji nescaya dia tidak akan merasa sakitnya(dari kerana asyik dengan meyintaiku).

Banyak lagi riwayat-riwayat cinta romantis.Kisah Bilal Ibnu Rabbah,Sumayyah yang sanggup diseksa kerana cintakan Allah.''Hermm,teman-teman boleh cari sendiri kisah-kisah yang berkaita kan.''

PENCINTA TUHAN

Walaupun demikian,syurga itu bertingkat menurut ketinggian darjat seseorang di sisi tuhan.Begitu juga tahap kualiti cinta seorang hamba pada sang kholiq. Hamba tuhan yang mendapat kemenangan terbahagi kepada dua bahagian:

1-Muqarrabin
2-Ashabul Yamin

Nukilan-nukilan diatas berkait dengan kumpulan yang pertama(Muqarrabin).Setiap dari dua golongan ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian.Teman-teman carilah sendiri pembahagian-pembahagian tersebut.Saya sendiri masih kurang bermaklumat dan masih belajar.

BERPIJAK DI BUMI NYATA

Zaman sekarang,kalau mahu mencari golongan Muqarrabin mungkin agak sukar.Ashabu Yamin,''insya'allah'' boleh.Golongan inilah yang lebih diharapakan kepada kita semua.Mungkin cinta di ''level'' merekalah yang dimadah indah oleh kebanyakan muslimin-muslimat kita yang mendambakan kasih tuhan.

CINTA ANAK KECIL

Perkataan cinta yang dihadapkan kepada golongan ini,(Ashabul Yamin)bukanlah berasaskan difinisi cinta yang sebenar.Tetapi,ia hanya ungkapan yang biasa,tidak menurut sisi pandang cinta yang sejati.Oleh kerana mereka juga manusia-manusia pilihan untuk ke syurga,maka mereka juga digolongkan dalam kumpulan pencinta tuhan secara ''Majazi''(bukan pada takrif yang sebenar).

MERANGKAK-RANGKAK

Hati mereka masih lalai.Mereka masih mengekali dosa-dosa kecil,iman mereka tidak menentu.Sifat-sifat hati yang tercela masih tersisa di jiwa mereka.Solat mereka masih tidak khusyuk dan tidak berkesan untuk mencegah dari melakukan perkara mungkar.Di samping taat,masih ada maksiat(lahir atau batin).Hati mereka sangat menggemari bidadari-bidadari syurga dan segala isi-isinya dan demikianlah yang meggerakkan mereka untuk beramal dengan amalan ukhrawi.Kerana itu,mereka diberati dan ditakuti dengan penantian keputusan timbangan Al-Mizan.Keputusan mereka dibantu dengan syafaat Rasulullah dan kasihan belas tuhan.Akhirnya,mereka adalah golongan yang mendapat kemenangan.

TERUS MENCUBA

Bagi saya,dapat ''join'' dengan kumpulan ini pun sudah cukup baik.Mereka tetap bermujahadah menghindari dosa-dosa.Saya cuma perlu membtulkan niat.Berniat untuk merebut cinta tuhan,bukan bidadari dan seluruh isi syurga(konon kukuk'^_^").Mudah-mudahan mendapat syafaat Rasulullah dan meraih cinta Allah.AMIN....

ENGKAU YANG TERTINGGI

Ada juga di kalangan ikhwan yang tidak mahu bercinta Insani selagi hatinya tidak terpaut dengan cinta Ilahi."Hoh, bagaimana 'tu?,''sedangkan antara cinta Allah dan cinta Adam/Hawa itu bukan sahaja tidak berlawanan bahkan saling membantu satu sama lain."but no couple la.''Bagaimanapun,tidak mengapalah.Memang ada pendapat sebahagian ulama yang agak ''syadid'' dalam bab ''nih.''Contohnya Imam Al-Ghazali dan pendukung-pendukungnya.Itu pun,setelah dipanjangkan perbahasan mereka.Biarlah,pilihan masing-masing,tidak ada sekatan.Mungkin itu pilihan terbaik.Tetapi seseorang itu perlulah faham ''langit itu tinggi dan bumi itu rendah dipijak.''''Allahua'lam.'' :)

APA BAHASA

"Sungguh,aku menyintaimu kerana Allah",Antara ungkapan yang biasa kita dengar di kalangan para ikhwan.Untuk pasangan Adam dan Hawa,atau ditujukan pada sahabat-sahabat dan kawan-kawan.Ya!,memang ia adalah ajaran agama dalam berkasih sayang antara sesama,tetapi sedarlah bahawa ia adalah ungkapan yang terlalu tinggi untuk diamalkan.Hamba yang mengasihi sahabatnya kerana Allah adalah mukmin yang sudah melepasi mehnah Mujahadah dan sudah menyintai Allah.Bagaimana seseorang itu mampu mengasihi makhluk kerana Allah, sedangkan dia belum lagi menyintai Allah?.Rasionalnya?."Emm,setiap di antara kita pasti punya persepsi tersendiri apabila berkata-kata bukan?.''Ye lah,jangan mudah menunding jari".Walau begitu,sudut-sudut kefahaman,andai dikongsi bersama,pastinya membuka medan pencerahan yang lebih luas dan telus.^^''

CINTA TUHAN BUKAN MOMOKAN

"Senang citer,mengaku kalah je lah".Banyak yang rabak.Bukan tidak boleh berpuitis indah menyatakan kasih pada tuhan,tapi berhati-hatilah dari sifat munafik(bergantung niat).Memperkatakan sesuatu yang tidak ada di hati.Apatah lagi ia berkaitan dengan cinta pada tuhan.Lagipun,bukankah kekasih-kekasih Allah itu merupakan golongan yang paling mengaku tewas dengan suruhan dan larangan Allah?,lalu mereka diangkat dan dimenangkan oleh tuhan.Mengakulah kelemahan-kelemahan diri dalam usaha Mujahadah ini,di samping berusaha dengan sepenuh hati.Kita pasti berjaya.''Insyaallah summa amin''.

-_-',

SAYANG
CINTA
SAYANG
Share

No comments:

Post a Comment