Pages

Thursday 27 January 2011

Selamat tinggal wahai Jejaka kacak & tampan...


by Abu Muawiyah Full on Sunday, 14 November 2010 at 02:37
Jejaka yang bertuah... 



Remy merupakan seorang pemuda yang tampan dan sangat dikenali oleh seluruh penduduk taman perumahannya. Tambahan pula, Remy bukanlah calang-calang orang. Ayahnya, Othman merupakan seorang usahawan yang berjaya. Ibunya pula, Rosnah seorang peniaga yang sedang meningkat kejayaannya. Ketampanan Remy pula, membuatkan ramai anak gadis yang teruja dan jatuh cinta terhadapnya. Kehidupan Remy boleh dikatakan begitu senang dan selesa. Apa sahaja yang dihajatinya, pasti akan ditunaikan oleh kedua ibu bapanya.

Malangnya, Remy tidak menggunakan keistimewaan dan kelebihan yang diberi oleh Allah dengan baik tambahan pula dia bukanlah seorang yang mengamalkan ajaran Islam. Sangat jauh sekali untuk melihatnya menunaikan solat!.

www.muawiyah90.blogspot.com

Kesenangan dan kenikmatan yang dikecapinya telah membuatkan dia terus hanyut ke dalam dunia maksiat. Salah satu penyebabnya, kerana dia dikelinlingi oleh rakan-rakannya yang tidak berakhlak. Sikap buruk dan aktiviti maksiat rakan-rakannya telah mempengaruhi Remy sehingga menyebabkan Remy begitu ketagih bersama anak gadis berhibur di disko, Club malam, bermain judi dan berlumba haram pada setiap malam.

Remy terus hanyut dengan dunia maksiat, sehinggalah Allah memutuskan keputusanNya...

www.muawiyah90.blogspot.com

"Ya Allah!. Anak kita kemalangan bang!. Pekikan Rosnah bergema di segenap ruang rumah banglonya sejurus selepas pihak polis menyampaikan berita nasib malang anaknya itu.

Tidak sampai beberapa minit, kelihatan Othman bergegas menurun anak tangga dengan mendiamkan diri seribu bahasa akibat terkejut dengan berita yang baru didengarinya. Dengan tanpa membuang masa, Othman terus mencapai kunci kereta mewahnya sambil menarik tangan Rosnah bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anaknya.

www.muawiyah90.blogspot.com

"Aduh! sakit!. Sakitnya!. Rintihan Remy di bilik hospital membuatkan orang-orang yang berada di sekelilingnya terdiam dengan wajah yang sayu dan sedih melihat penderitaan yang dialami Remy sambil jururawat terus mengubati luka-lukanya yang parah, terutamanya di bahagian kepala.

"Inilah nasibku!. Inilah nasibku!." Remy terus menerus merintih. Dia seolah-olah tidak menyedarkan diri.

www.muawiyah90.blogspot.com

"Mengucap nak, mengucap. Ingat Allah." Bisikan perlahan dan lembut dari Doktor Rahmat ke telinga Remy bagi menenangkannya.

"Allah dah tak terima aku...dosa aku sangat banyak." Balas Remy dengan suara yang semakin perlahan dan serak disebabkan menahan kesakitan yang dialaminya.

www.muawiyah90.blogspot.com

"Tidak wahai anakku!. Tidak!. Allah yang di langit itu Maha Pengampun wahai anakku. Allah Sangat penyayang kepada hambaNya, selagi nyawa masih melekat di badan, selagi itulah peluang untuk kembali ke pangkuanNya masih luas dan terbuka." Doktor Rahmat kembali menenangkan dan memberi semangat kepada Remy supaya tabah, sabar dan terus memohon keampunan kepada Allah.

"Tidak!. Tidak!. Aku tak percaya sama sekali. Buktikan kepada aku sekiranya Allah masih menerima taubat aku yang berdosa besar ini!." Remy terus berkeras. Suaranya kembali kuat dan serak, tetapi kali ini, Remy tercungap-cungap seperti dadanya ditekan-tekan.

www.muawiyah90.blogspot.com

Doktor Rahmat semakin menggelabah. Dia semakin buntu memikirkan cara untuk memberi semangat kepada Remy. Sementara orang-orang yang disekelilingnya itu terus menerus mendiamkan diri melihat situasi yang sangat menyayatkan hati itu.

Doktor Rahmat bertambah risau memikirkan keadaan ibu bapa Remy yang masih tidak muncul-muncul lagi di hospital bagi melihat keadaan anaknya. Dalam ketika itulah, Allah Yang Maha Pengasih mengingatkan Doktor Rahmat kepada sebuah hadis yang pernah dihafalnya ketika membaca sebuah buku berkenaan Taubat. Tanpa membuang masa, Doktor Rahmat terus membacakan hadis yang diingatinya dengan lancar ke telinga Remy yang ketika tadi tidak percaya bahawa Allah menerima taubatnya selagi mana nyawanya masih melekat di badan.

www.muawiyah90.blogspot.com

مَنْ تَابَ اِلَى اللهِ قَبْلَ اَنْ يُغَرْغِرَ قَبِلَ اللهُ مِنْهُ.

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkongan (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”.

Mata Remy yang hampir terlelap itu kembali terbuka luas selepas mendengar hadis yang dibacakan oleh Doktor Rahmat tadi, seolah-olah dia baru mengalami mimpi yang ngeri. Seketika itu air matanya mula keluar menitis-nitis membasahi baju. Manakala bibirnya sudah mampu mengukir satu senyuman manis.

www.muawiyah90.blogspot.com

"Inilah yang aku tunggu, aku yakin dengan kata-kata ini, aku yakin dengan kata-kata ini. Remy kembali bersuara selepas mendengar ayat yang membuatkan dia mendapat satu semangat yang baru. "A...ku. bertau...bat padamu Ya... Allah." Suara Remy semakin teruk, dia tidak mampu lagi untuk mengeluarkan suara, tetapi dia masih berusaha untuk meneruskan.

Doktor Rahmat yang melihat situasi Remy itu terus menggelabah. Yakinlah Doktor Rahmat bahawa Remy sedang nazak dan bakal menemui ajalnya dalam masa yang singkat. Dengan pantasnya, Doktor Rahmat menarik salah seorang yang berada di sebelah Remy ke tepi untuk memberi ruang kepadanya merapatkan mulutnya ke telinga Remy bagi mengajarnya kalimah agung, kalimah yang menentukan Syurga dan Neraka seseorang, iaitu kalimah syahadah, 'la ilaha illallah.'

www.muawiyah90.blogspot.com

Doktor Rahmat terus menerus mengajar kalimah syahadah kepada Remy, wajahnya sudah berpeluh-peluh, tetapi dia tidak mengalah, dia kelihatan begitu semangat dan penuh tekun sekali. Remy semakin nazak, suaranya semakin perlahan, tetapi dia masih lagi berusaha untuk mengucapkan kalimah syahadah sehinggalah beberapa ketika dia mampu melafazkan kalimah syahadah dengan sempurna..

Akhirnya, Remy menghembuskan nafas terakhirnya di katil hospital, ditemani beberapa orang di sisinya ketika itu termasuk doktor Rahmat. Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik yang menempatkan Remy di hospital itu dibuka, muncullah kedua-dua ibu bapa Remy dengan wajah yang penuh dengan kerisauan dan kesedihan. Mereka berdua terus bergegas ke tempat pembaringan Remy.

www.muawiyah90.blogspot.com

"Remy...maafkan ibu, ibu tak sempat berada di samping Remy...maafkan ibu Remy.." - Rosnah mengeluh dengan kesedihan apabila melihat anaknya sudah tidak bernafas. Pergi meninggalkannya dalam beberapa minit sebelum ketibaannya..

Sementara itu, ayah Remy, Othman hanya mampu menitiskan air mata, tanpa mengucapkan sepatah perkataan. Ditatapi mata Remy dengan penuh kasih sayang...

[Tamat]

Pengajaran:

1] Gunakan kenikmatan yang Allah beri seperti kekayaan dan kekacakan untuk kebaikan. Jangan sesekali menggunakan kenikmatan itu untuk tujuan kejahatan. Kelak Allah akan tarik semula kenikmatan itu.

2] Berkawanlah dengan kawan-kawan yang baik, soleh dan berakhlak mulia. Kawan-kawanlah merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi sikap seseorang dan menentukan masa depan seseorang.

3] Maha Pengampunan Allah yang di langit itu begitu luas. Jangan sesekali bersangka buruk padaNya. Setiap anak Adam tidak terlepas dari melakukan dosa, sebaik-baik yang melakukan dosa adalah yang bertaubat memohon keampunan Allah. Selagi mana nyawa masih melekat di badan, selagai mana mata boleh melihat, selagi mana hidung boleh mengeluarkan nafas, selagi mana kaki boleh melangkah, selagi itulah peluang untuk memohon keampunan Allah masih terbuka.

4] Ibu bapa tidak boleh bersikap tidak mengambil tahu tentang anak-anaknya. Apatah lagi hanya lebih tertumpu pada soal pekerjaan. Keluarga yang baik bermula dari ibu bapa. Pengajaran dan tunjuk ajar perlu dimulakan oleh ibu bapa.

Wallahualam...

www.muawiyah90.blogspot.com
__________________________________________________________________________________

Anda disarankan join page ini: http://www.facebook.com/pages/Senyuman-manis-penawar-hati-yang-duka/108099849246604

Join saya di TWITTER: http://twitter.com/Muawiyah90
· · Share

No comments:

Post a Comment