Pages

Wednesday 26 January 2011

Mahukah anda berzina dengan ibu sendiri???


by Hasron' Norsah on Saturday, 06 November 2010 at 19:11
 
 
-Keharaman riba adalah ma'lum min ad-deen bi adh-dharurah (perkara yang tidak boleh uzur untuk tidak diketahui hukumnya di dalam agama).Al-Quran dan Sunnah dengan begitu Sarih (jelas) menerangkan keharaman Riba dalam pelbagai bentuk.
-Allah SWT berfirman: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(QS:AlBaqarah 275)

"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(QS:AlBaqarah 279)

-Ayat di atas jelas menerangkan bahawa Allah SWT dan Rasulullah memerangi orang-orang yang terlibat dengan Riba.Keharaman riba adalah Qat'ie (tegas dan pasti). dan tidak boleh diijtihadkan lagi!.Bukan setakat itu,di dalam ayat tersebut juga menegaskan bahawa orang yang memakan Riba itu akan berada di dalam neraka dan kekal di dalamnya,Na'uzubillah min zalik.

-Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda," jauhilah oleh kalian 7 perkara yang membinasakan.yakni.:
1.Menyukutukan Allah
2.sihir
3.membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak,
4.memakan riba
5.memakan harta anak yatim
6.lari dari medan perang
7.menuduh wanita2 Mukmin yang baik-baik berbuat zina



-Di dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda; Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba,yang memberi makan riba,penulisnya,dan dua orang saksinya.Baginda bersabda, mereka semua adalah sama.(HR Muslim).

-Sungguh besarnya dosa Riba sehingga Rasulullah SAW mengingatkan umatnya bahawa,"Riba itu memiliki 73 pintu.yang paling ringan (dosanya) adalahseperti seseorang itu BERZINA DENGAN IBUNYA SENDIRI" (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi).Abu Hurairah ra menuturkan bahawa Nabi SAW bersabda,"Riba itu ada 70 dosa.yang paling ringan adalah seperti seorang lelaki menikahi (menzinai) ibunya sendiri".(HR Ibn Majah,Al Baihaqi,Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya).

Bahkan Abdullah bin Hanzhalah menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,"satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki sementara ia tahu,lebih berat dosanya daripada 36 kali berzina dengan pelacur".



-Hal ini jelas menunjukan Riba termasuk kemaksiatan yang paling berat.sebabnya,kemaksiatan yang menandingi bahkan lebih berat daripada kemaksiatan zina,yang merupakan perbuatan yang sangat menjijikkan dan sangat keji dan tidak diragukan lagi.Secara faktanya,riba sejak dulu hingga kini merupakan alat penindasan,perhambaan,eksploitasi,kezaliman,pemerasan,penjajahan dan bermacam-macam kejahatan lainnya.Semua itu bukan terjadi pada tingkat individu sahaja,malah terjadi terhadap suatu bangsa,umat dan negara yang kuat/kaya ke atas negara-negara lemah.

-Walaupun Riba jelas dinyatakan haram di dalam Al-Quran dan Al-Hadis,malah dengan ancaman neraka yang begitu dahsyat,namun sungguh pelik kerana sebahagian besar umat Islam masih mempraktikkan riba (kebanyakannya tanpa sedar!).Riba diamalkan secara begitu berleluasa seolah-olah tiada apa-apa kesalahan langsung dengannya sehingga sudah sebati dan terlalu lali dengannya sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan Riba akan dianggap sebagai asing malah digelar bodoh.

-Tidak mengambil Riba langsung tidak akan menyebabkan kematian atau kebinasaan jiwa.justeru,Riba sememangnya tidak akan pernah halal atas alasan darurat,kerana sememangnya keadaan itu tidak wujud dan tidak akan pernah wujud.Alasan seseorang tidak mempunyai pilihan jika tidak mengambilriba adalah batil.

-Seseorang itu Boleh tinggal di rumah sewa jika ia tidak mampu membelinya.Menyewa rumah tidak haram,tetapi membeli rumah dengan pinjaman riba adalah haram!Seseorang itu boleh membeli sebuah kereta second-hand yang murah jika tidak mampu membeli kereta baru secara tunai.membeli kereta buruk dan murah secara tunai tidak haram tetapi membeli kereta baru secara pinjaman riba adalah ibarat berzina dengan ibu sendiri!Sesungguhnyaseseorang itu tidak akan mati jika tidak memiliki rumah atau kereta dengan pinjaman riba.Malah dengan rumah dan kereta buruk yang dipandu tanpa riba,kesemua itu adalah lebih baik baginya dan itulah yang akan dipandunya ke syurga nanti,Insya'allah..



-Wahai Kaum Muslimin,hari ini para kapitalis terutama golongan sektor perbankan berlumba-lumba menawarkan pakej riba yang terbaik untuk pelanggan yang nampaknya langsung tidak menghiraukan azab Allah yang menanti.Lihatlah pakej-pakej pinjaman perumahan,pinjaman perniagaan,pinjaman kereta,tawaran kad kredit dan pelbagai lagi istilah yang nampak "sihat" pada pandangan mata kasar.hari ini istilah riba telah 'dimodenkan' untuk mengaburi mata umat Muhammad.perkataan Riba telah di sedapkan bunyinya kepada istilah "interest","faedah tetap" malah bahasa kasar sikit adalah "bunga".Rasulullah turut memberi amaran,walaupun kita tidak terlibat secara langsung dengan riba,tetapi kita pasti terkena 'debu-debunya'...Takutlah kalian dengan azab Allah yang disediakan buat si pemakan Riba di mana ia akan kekal di dalamnya selama-lamanya.Na'uzubillah min zalik...

*Ya Allah!Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami telah menyampaikan....

(artikel asal,Suara Kebangkitan Bil: SN237 Nasyrah Mingguan Hizbut Tahrir Malaysia)














· · Share

No comments:

Post a Comment